Daripada empat tertuduh itu, seorang merupakan pegawai kanan yang didakwa dua minggu lalu dan hari ini didakwa berhubung kesalahan pengubahan wang haram.
Kesemua mereka merupakan sebahagian pegawai TLDM yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Mac 2015.
Leftenan Komander Rozlin Mustafa, 33, yang memegang jawatan sebagai Pegawai Kawalan Material 3, Depot Bekalan Armada TLDM Lumut ketika ditahan oleh SPRM, menghadapi dua pertuduhan di bawah seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 iaitu menerima rasuah.
Di bawah pertuduhan pertama, Rozlin dituduh menerima suapan daripada Hussin Roslim @ Roslind melalui suaminya, Leftenan Komander Rizalman Ghazali, wang suapan sebanyak RM30,011.44 melalui sekeping kad ATM Affin Bank sebagai upah meluluskan kerja-kerja pembekalan bernilai RM1,363,317.95 kepada syarikat di mana Hussin mempunyai kepentingan.
Bagi tuduhan kedua pula, tertuduh dituduh menerima suapan daripada Hussin melalui suaminya wang suapan bernilai RM200,000 melalui sekeping kad ATM Affin Bank sebagai upah meluluskan kerja-kerja pembekalan bernilai RM1,363,317.95 kepada syarikat di mana Hussin mempunyai kepentingan.
Kedua-dua kesalahan tersebut didakwa dilakukan pada 15 Oktober 2014 dan 2 Januari 2015.
Sementara itu, Rizalman, 36, dikenakan empat pertuduhan di bawah seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009, menerima suapan daripada Hussin bagi pihak isterinya yang meluluskan kerja-kerja pembekalan kepada syarikat-syarikat di mana Hussin mempunyai kepentingan.
Empat pertuduhan yang dikenakan ke atas Rizalman adalah seperti berikut:
Pertuduhan pertama - menerima daripada Hussin wang suapan RM175,841.41 melalui sekeping kad ATM CIMB Prefered bagi pihak isterinya sebagai upah meluluskan kerja-kerja pembekalan bernilai RM1,363,317.95 kepada syarikat di mana Hussin mempunyai kepentingan.
Pertuduhan kedua - menerima daripada Hussin wang suapan RM15,000 melalui sekeping kad ATM CIMB Prefered bagi pihak isterinya sebagai upah meluluskan kerja-kerja pembekalan bernilai RM1,363,317.95 kepada syarikat di mana Hussin mempunyai kepentingan.
Pertuduhan ketiga – menerima daripada Hussin wang suapan bernilai RM30,011.44 melalui sekeping kad ATM Affin Bank bagi pihak isterinya sebagai upah meluluskan kerja-kerja pembekalan bernilai RM1,363,317.95 kepada syarikat-syarikat di mana Hussin mempunyai kepentingan.
Pertuduhan keempat - menerima daripada Hussin iaitu wang suapan RM200,000.00 melalui sekeping kad ATM Affin Bank bagi pihak isterinya sebagai upah meluluskan kerja-kerja pembekalan bernilai RM1,363,317.95 kepada syarikat di mana Hussin mempunyai kepentingan.Kesemua kesalahan didakwa dilakukan antara bulan Oktober 2014 sehingga Januari 2015 di No 16, Persiaran Venice Intan 5/1, Desa Sri Manjungg, Manjung Perak.
Jika disabitkan kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan mana-mana yang lebih tinggi.
Dalam pada itu, Leftenan Kuvendran Sukumaran, 32, yang pada masa itu bertugas di Material 2, Depot Bekalan Armada TLDM, Lumut telah menghadapi empat pertuduhan di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaaan iaitu sebagai penjawat awam menerima barangan berharga tanpa balasan.
Empat pertuduhan yang dikenakan ke atas Kuvendran adalah seperti berikut:
Pertuduhan pertama – menerima suapan daripada Mohd Nasir Abdullah wang bernilai RM68,471.97 melalui sekeping kad Debit CIMB di mana syarikat Mohd Nasir mempunyai kepentingan dan ada hubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Pertuduhan kedua – menerima suapan daripada Mohd Nasir Abdullah wang bernilai RM10,000 melalui sekeping kad Debit CIMB di mana syarikat Mohd Nasir mempunyai kepentingan dan ada hubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Pertuduhan ketiga – menerima suapan daripada Mohd Nasir Abdullah wang bernilai RM4,500 melalui sekeping kad Debit CIMB di mana syarikat Mohd Nasir mempunyai kepentingan dan ada hubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Pertuduhan keempat – menerima suapan daripada Mohd Nasir Abdullah wang bernilai RM22,000 melalui sekeping kad Debit CIMB di mana syarikat Mohd Nasir mempunyai kepentingan dan tugas rasmi dengan tertuduh.
Keempat-empat kesalahan berikut didakwa dilakukan antara Januari dan Oktober 2014 di sekitar Lumut, Manjung Perak.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah semasa pertuduhan dibacakan di Roslin, Rizalman dan Kuvendran, dan minta dibicarakan.
SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azah Kasran.
Hakim Rihaida Rafie membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan iaitu sebanyak RM20,000 terhadap Rozlin manakala sebanyak RM40,000 terhadap Rizalman.
Sementara itu, mahkamah turut membenarkan jaminan sebanyak RM32,000 iaitu sebanyak RM8,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Kuvendran.
Kesemua tertuduh juga diarahkan untuk menyerahkan pasport.
Kes akan disebut semula pada 11 November 2015.
Dalam pada itu, seorang pegawai TLDM yang berpangkat Kapten mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan pengubahan wang haram.
Kapten Abdul Aziz Gaffor, 54, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh.
Pada 17 September 2015, tertuduh telah dikenakan tujuh pertuduhan oleh SPRM di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan di mahkamah yang sama.
Tertuduh merupakan sebahagian daripada pegawai TLDM disiasat oleh SPRM sejak Mac 2015.
Kapten Abdul Aziz yang ketika itu bertugas sebagai Pegawai Pemerintah Depot Bekalan Armada TLDM di Lumut, didakwa di bawah kesalahan seksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 iaitu terlibat dalam pengubahan wang haram.
Berikut lima pertuduhan membabitkan Kapten Abdul Aziz, yang dibacakan di bawah seksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001:
Pertuduhan pertama - menerima sekeping cek Maybank bernilai RM300,000 daripada Hussin Roslim@Roslind melalui akaun Maybank pihak ketiga milik AD Julian Lawrence. Kesalahan ini didakwa dilakukan di Maybank Cawangan Lumut.
Pertuduhan kedua - menerima sekeping cek CIMB bernilai RM60,000 melalui akaun Maybank pihak ketiga milik iaitu AD Julian Lawrence. Kesalahan didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan Sri Manjung, Manjung.
Pertuduhan ketiga - menerima Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti secara Elektronik Masa Nyata (rentas) sebanyak RM300,000, melalui cek CIMB Islamic milik Fiqnis Tech Engineering bernilai RM307,000, dimasukkan ke dalam akaun Maybank pihak ketiga milik AD Julian Lawrence. Kesalahan didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan Seri Manjung, Manjung.
Pertuduhan keempat - menerima pindahan Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti secara Elektronik Masa Nyata (rentas) berjumlah RM30,000 daripada Hussin melalui akaun CIMB milik akaun pihak ketiga milik Zuraifah Syahirah Khalid. Abdul Aziz melakukan kesalahan pada itu di Lembaga Tabung Haji Cawangan Sitiawan, Manjung.
Pertuduhan kelima - menggunakan wang Tabung Haji milik Hussin melalui sekeping kad Debit Bank Islam bernilai RM150,000. Kesalahan didakwa dilakukan di No 16 Persiaran Venice Intan 5/1, Desa Manjung Seri Manjung, Manjung .
Abdul Aziz didakwa melakukan kesalahan tersebut antara bulan Jun 2014 hingga Mac 2015.
Jika disabitkan kesalahan di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tidak melebihi 15 tahun dan denda sehingga RM5 juta atau lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau, yang mana lebih tinggi.
SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azah Kasran.
Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM50,000 iaitu RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin sementara tertuduh pasport ditahan.
Kes disebut semula pada 11 November 2015.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
8 OKTOBER 2015