Pihak berkuasa perlu cari sampai lubang cacing dalang kes ini.
Menurut sumber 'orang laut', dua tahun lalu, sebuah agensi penguatkuasa berjaya memintas sebuah kapal dagang yang telah ditukar nama di Selat Melaka selepas 10 jam hilang.
Lokasi penemuan kapal MT Orkim Harmony di Teluk Siam ini pun dikatakan bukan calang-calang lokasi, mempunyai kedalaman antara 45 ke 80 meter dan memang laluan kapal tanker. Maksudnya 'lanun-lanun' ini mempunyai kepakaran.
Harap ada tindakan tegas dalam insiden ini.
KUALA LUMPUR 18 Jun: Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, dikesan berada di perairan Kemboja, menurut Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Beliau berkata pada masa ini kapal berkenaan sedang diawasi dari udara oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Udara Diraja Australia.
Beliau juga mengesahkan bahawa kapal itu telah ditukar nama dan catnya.
Kapal MT Orkim yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.
Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal termasuk 16 rakyat Malaysia. Anak kapal lain terdiri daripada rakyat Indonesia dan Myanmar. (MSTAR)
No comments:
Post a Comment