Friday, July 24, 2015

KALAU SEMUA BENDA TAK KENA, SEMUA BENDA TAK JADI


Hairan. Ada saja yang tak kena dengan siasatan kes 1MDB.

Bila tubuh pasukan petugas khas untuk siasat kes - dikatakan wayang saja, bukan berani hendak bertindak pun.

Bila SPRM reman tiga individu - dikatakan tahan tidak ikut undang-undang. 

Bila polis pergi siasat Justo - ditanya kenapa pula hendak dengar cerita Justo.

Paling pelik, ada pula yang 'ugut' dengan ungkapan 'jangan sangka rakyat jelata tidak tahu'.

Tapi tiada pula yang lihat pasukan petugas khas sedang menjalankan tanggung jawab mereka.

Faktanya, penyiasatan sedang berjalan dan ada perkembangan.

Yakinlah pada pasukan petugas khas ini. Bukan petik jari semua benda boleh dapat.

Kalau diimbau kes rasuah berprofil tinggi di negara ini seperti skandal BMF atau Perwaja Steel kedua-duanya ambil tempoh masa yang lama untuk siasatan iaitu antara lima ke lapan tahun.

Sekadar mengambil dua kes ini sebagai contoh, sebab begitulah rumit prosesnya.

Jadi, cukup-cukuplah, kalau semua benda tak kena, semua benda tak jadi.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment