Tuesday, August 4, 2015
Derma....kita tengok sapa yang kena....
Semalam, SPRM telah mengeluarkan satu kenyataan berkaitan siasatan terhadap SRC International dan kemasukan wang sebanyak RM2.6 billion ke dalam akaun Perdana Menteri.
Jelas kenyataan itu, dalam siasatan kes 1MDB, SPRM menyiasat dua perkara iaitu SRC International dan wang RM2.6 billion itu. Siasatan lain dilakukan oleh polis atau Bank Negara mengikut bidang kuasa masing-masing.
Selepas beberapa minit kenyataan itu tersebar di serata dunia menerusi media sosial, maka seluruh dunia bagai terkena histeria kerana SPRM mengesahkan bahawa wang RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun Perdana Menteri itu ialah wang derma.
Di ulangi kenyataan di atas, SPRM mengesahkan bahawa wang RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun Perdana Menteri itu ialah wang derma. Ya wang derma.
Sebelum ini, isu RM 2.6 bilion ini tidak pernah didedahkan kepada media. Tup-tup muncul.
Jadi, mesejnya jelas tapi penuh tersirat, SPRM kini sedang all out!! Tidak berselindung lagi.
Bukan pasal derma, tapi sah duit itu masuk ke dalam akaun Perdana Menteri.
Tidak perlu tahu siapa yang sangat baik hati menderma berbilon ringgit , kalau nak tahu juga tanyalah empunya diri.
Sudah pasti ada sebab kenapa kenyataan ini dikeluarkan. Apa sebabnya?, hanya SPRM yang boleh jawap.
Semalam juga, tiga pegawai SPRM termasuk dua pengarah berpangkat Datuk disiasat polis berkaitan isu pembocoran maklumat rahsia.
Datuk Bahri iaitu salah seorang pegawai kanan SPRM yang disiasat itu, ketika ditemui media selepas memberi keterangan tersebut menganggap perbuatan menahan Timbalan Pendakwaraya SPRM pada pukul 1 pagi sebagai kerja gila.
Hari ini pula, di ibu pejabat SPRM Putrajaya, warganya melakukan solat hajat bagi mendapat petunjuk dari Allah SWT.
Dalam akhbar Kosmo!... online tajuknya: SPRM mohon takdir terbaik (http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0804&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_10.htm)
Sekali lagi, dua perkara ini adalah mesej besar yang jelas tapi penuh tersirat.
Dalam mencari kebenaran ini, memang penuh ranjau yang perlu dilalui.
Sebagai orang Islam pula, diingatkan, kita diuji kerana Allah mahu tingkatkan martabat kita. InsyaAllah.
Akhir kalam, rajin-rajinlah menderma, kita tengok siapa yang kena?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment