Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti seorang Tan Sri menerajui sebuah bank yang dipercayai terlibat dalam kes salah guna kuasa dan penyelewengan projek penerbitan buku bernilai RM15 juta.
Menurut sumber, siasatan awal mendapati, suspek menggunakan akaun dua buah firma guaman bagi menyimpan wang yang diperoleh hasil kegiatan tersebut.
Ujarnya, individu terbabit telah bersekongkol dengan peguam membuka dua firma guaman bagi mendapatkan tender melibatkan penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.
“Sebaik sahaja wang diperoleh, wang terbabit akan dimasukkan ke dalam dua akaun firma guaman yang terlibat sebelum wang itu dipindahkan ke beberapa akaun yang lain.
“Difahamkan, ketika firma guaman itu ditubuhkan, di dalam akaun firma terbabit hanya mempunyai wang bernilai RM2,000. Namun semakan terkini mendapati akaun terbabit mempunyai wang berjumlah ratusan ribu ringgit,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, lapan individu termasuk seorang Pengarah Urusan sebuah bank bergelar Datuk direman bagi membantu siasatan kerana dipercayai terlibat dalam kes salah guna kuasa dan rasuah melibatkan penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.
Kesemua mereka ditahan dalam beberapa serbuan di ibu negara sejak kelmarin.
Turut dirampas iaitu enam buah jam tangan yang setiap satunya bernilai RM20,000 serta wang tunai sebanyak RM30,000 daripada Datuk terbabit.
Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 atas kesalahan menggunakan kedudukan atau jawatan untuk suapan pegawai institusi awam.
Sementara itu, pengarah siasatan SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Katanya, siasatan sedang dijalankan untuk mencari bukti kes berkenaan.
Datin Yasmin blogger...nak tahu pasal Aman Shah hacker tu tgk instagram "madiskandarzul"..hendak dijadikan novel dan filem ...Aman Shah hacker itu sendiri kata kepada cerita yg Tuan ambil drpd internet hanya 20% betul..tunggu keluaran novel nanti
ReplyDelete