Seorang pemangku Ketua Pegawai Eksekutif bergelar Datuk dan pengurus jualan antarabangsa sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam projek E-Pasport melibatkan kerajaan sebuah negara di benua Afrika antara 2013 hingga 2015.
Kedua-dua suspek berusia 58 dan 36 tahun itu ditahan di kediaman masing-masing di Tropicana Indah, Petaling Jaya, Selangor dan Taman Desa, Jalan Kelang Lama, dekat sini kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.
Difahamkan, syarikat GLC itu telah menandatangani satu perjanjian dengan kerajaan negara terbabit bagi tempoh 15 tahun untuk menyediakan permohonan E-Pasport
Kedua-dua mereka ditahan di dalam operasi khas SPRM dikenali ‘Op Guinea’.
No comments:
Post a Comment