Titah Yang di-Pertuan Agong yang melahirkan perasaan dukacita terhadap gejala rasuah dalam kalangan penjawat mahupun bekas penjawat awam janganlah sesekali dipandang sepi atau hanya disimpan sebagai satu koleksi di Parlimen untuk arkib dan rujukan pengkaji ilmiah semata-mata. Titah Baginda ini haruslah dihayati, disokong dan dilaksanakan oleh kita semua tanpa prasangka dan prejudis.
Sekalung tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas usaha-usahanya yang agresif dan tanpa kompromi untuk memerangi penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa tanpa rasa jemu bagi membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
Setiap hari kita dihidangkan dengan berita tangkapan dan pendakwaan kes rasuah dari kes ikan bilis hingga ikan jerung walaupun keanggotaan SPRM kecil dan bajet yang tidak seberapa.
Namun, harus diingat bahawa SPRM tidak boleh berpuashati dengan kejayaan sekarang kerana perjuangan masih jauh dan cabaran yang menanti semakin hebat.
Ayuh SPRM!!! Tingkatkan lagi momentum perjuangan dan terus mara ke hadapan tanpa rasa takut dan gentar.
Jangan dibiarkan pengkhianat-pengkhianat ini berkeliaran bebas di muka bumi kita ini terus menaburkan kerosakan dan mewarisi kebatilan kepada anak cucu kita.
Masyarakat tetap akan menyokong SPRM bagi menghapuskan pengkhianat-pengkhianat bangsa yang bertopengkan pangkat, kuasa dan kedudukan selagi SPRM melaksanakan tugas dengan amanah, adil dan tegas.
Namun, kerja keras SPRM dalam menjalankan siasatan ini tidak akan ke mana sekiranya ia tidak disambut oleh pihak yang membuat keputusan iaitu Jabatan Peguam Negara untuk membawa pengkhianat-pengkhianat ini ke muka pengadilan.
Tangkapan-tangkapan oleh SPRM hanya akan berakhir dengan gelaran 'wayang' oleh rakyat jika pengkhianat-pengkhianat ini tidak di bawa ke muka pengadilan.
INGATLAH... Rakyat menagih keberanian Peguam Negara untuk melaksanakan pendakwaan di atas tangkapan-tangkapan yang dilaksanakan oleh pejuang-pejuang di SPRM. Hanya dengan cara tersebut rakyat akan mengerti bahawa pihak pendakwaan juga turut menghayati titah dan kehendak Seri Paduka.
INGATLAH... Rakyat menagih keberanian Peguam Negara untuk melaksanakan pendakwaan di atas tangkapan-tangkapan yang dilaksanakan oleh pejuang-pejuang di SPRM. Hanya dengan cara tersebut rakyat akan mengerti bahawa pihak pendakwaan juga turut menghayati titah dan kehendak Seri Paduka.
Kerja keras dan ‘peluh jantan’ Pegawai SPRM yang tidak pernah kenal erti rehat dan hari cuti akan berakhir dengan kekecewaan di pihak SPRM dan rakyat sendiri.
Ayuh seluruh rakyat Malaysia, sama-samalah kita sahut seruan dan Titah Yang di-Pertuan Agong dengan bekerjasama dan menyokong perjuangan membanteras jenayah rasuah dalam apa jua keadaan sama ada susah atau senang.
Ingatlah perjuangan ini bukanlah suatu tugas yang bersifat ‘retorik’ dan ‘teori’ semata-mata tetapi memerlukan semangat perjuangan anak jantan sejati iaitu kecekalan, keberanian dan pengorbanan yang tinggi.
Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dijunjung kasih, SPRM mesra rakyat, digeruni perasuah.
Teruskan semangat memerangi rasuah.
No comments:
Post a Comment