PUTRAJAYA 8 Jun - Kerajaan memutuskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjadi badan bebas yang tidak tertakluk di bawah Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC).
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, GIACC akan membentuk polisi dalam pencegahan rasuah di negara namun penguat kuasaan adalah bebas dilakukan oleh SPRM.
"Kita akan menggunakan panduan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam strategi mengurangkan rasuah.Pakatan Harapan serius dalam perkara inj," katanua dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah timbalannya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Ketua Pengarah Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Negara ( GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed. - UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/penguatkuasaan-sprm-bebas-dan-tidak-di-bawah-giacc-1.687842#ixzz5I4P4b3We
No comments:
Post a Comment