Monday, June 11, 2018
SPRM KESAN EMPAT INDIVIDU BANTU SIASATAN KES 1MDB
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan empat individu yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
SPRM meminta individu-individu terbabit agar tampil atau menghubungi SPRM dengan segera bagi membantu siasatan kes berkaitan.
SPRM juga meminta mana-mana pihak yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu-individu berkenaan agar menghubungi Penguasa Nur Aida Arifin di talian 03 – 8870 0000 (Sambungan : 0323) atau emel kepada aida_arifin@sprm.gov.my atau menghubungi Penguasa Nahar Haris di talian 03 – 8870 0000 (Sambungan: 0388) atau emel kepada nahar.haris@sprm.gov.my atau menghubungi mana-mana pejabat SPRM yang berhampiran.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
PUTRAJAYA
11 JUN 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment