KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memaparkan pengisytiharan harta anggota Kabinet dan anggota Parlimen Pakatan Harapan (PH) di portal suruhanjaya itu bermula 1 Oktober ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata, ini seiring arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan semua wakil rakyat PH bersikap telus dan bebas rasuah.
“Usaha memaparkan pengisytiharan harta ini kali pertama kita lakukan untuk tatapan umum,” katanya selepas menjadi tetamu program Ala Carte Pagi Bernama Radio untuk memperkenalkan rancangan bual bicara SPRM 360, di sini hari ini.
Menurutnya, kesemua anggota kabinet dan wakil rakyat PH perlu membuat pengisytiharan itu kepada Pejabat Perdana Menteri yang kemudian akan menghantar salinannya kepada SPRM untuk dimuat naik di portal suruhanjaya.
Mengulas lanjut, Shamsun Baharin berkata, setakat pihaknya belum menerima senarai penuh pengisytiharan berkenaan.
Katanya, SPRM dimaklumkan kesemua anggota pentadbiran dan mereka yang berkenaan harus mengisytiharkan harta masing-masing dalam tempoh tiga bulan selepas mengangkat sumpah jawatan.
“Tempoh itu masih berkuat kuasa dan pada 1 Okt nanti kita akan lihat siapa yang sudah melaksanakan pengisytiharan harta itu,” katanya.
Mengulas rancangan bual bicara SPRM 360, beliau berkata, program akan bersiaran bermula 22 Sept ini di Bernama Radio.
"Rancangan 13 episod ini akan bersiaran pada setiap Sabtu dari 10 pagi hingga 12 tengah hari dengan setiap minggu menampilkan pengurusan tertinggi SPRM sebagai tetamu untuk bercakap berhubung isu pencegahan rasuah," katanya.
Beliau berkata program SPRM 360 itu juga akan menjadi platform suruhanjaya dan media khususnya Bernama dalam menyebar luas mesej berkaitan pencegahan rasuah.
"Walaupun terdapat SPRM My Anti-Corruption Channel (MACC.fm), capaiannya tidak meluas berbanding radio biasa. Sebab itu kita adakan kerjasama dengan Bernama sebagai usaha mendapatkan lebih ramai pendengar.
"Ini kerana rasuah adalah isu nasional yang perlu kita dapatkan sokongan daripada semua pihak memandangkan masyarakat sendiri yang sangat terkesan jika gejala rasuah dibiarkan berlarutan," katanya. -- BERNAMA

No comments:
Post a Comment