Laungan "Kami Wira Anti Rasuah" mengakhiri Kempen Wira Anti Rasuah (WAR) di empat buah sekolah disini, hari ini.
Program WAR yang bermula semalam diadakan di empat sekolah sekitar Tanah Rata dan Brinchang membabitkan seramai 600 orang pelajar.
Seramai 300 pelajar telah menyertai program WAR di Tanah Rata pada hari pertama membabitkan dua sekolah iaitu SJKT Tanah Rata dan SMK Sultan Ahmad Shah.
Manakala hari kedua, program WAR diadakan di dua sekolah di sekitar Brinchang iaitu SJKC Brinchang dan SK Convent yang turut membabitkan 300 pelajar.
WAR merupakan satu program khusus yang dirangka bagi mendidik dan menerapkan nilai integriti dan anti rasuah di kalangan pelajar sekolah di negara ini.
Program yang telah bermula sejak tahun 2014 ini merupakan satu inisiatif khusus Bahagian Pendidikan Masyarakat (PENMAS) untuk menyebarluas mesej anti rasuah di kalangan generasi muda hari ini.
Ketua Seksyen Pendidikan PENMAS, Than Chew Keok berkata, program WAR ini adalah pertama kali di adakan di Daerah Cameron Highlands.
"Program hari ini berjaya diadakan rentetan kerjasama yang baik dan jitu dari Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak berkuasa tempatan.
"Menariknya kali ini juga kita berjaya adakan program di semua peringkat sekolah iaitu Sekolah Menengah, Sekolah Rendah, SJKC dan SJKT," katanya.
No comments:
Post a Comment