SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam keterangan Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng untuk kali kedua bagi melengkapkan siasatan berhubung pembelian banglo beralamat No. 25 Jalan Pinhorn Pulau Pinang oleh beliau.
Lim Guan Eng hadir di Pejabat SPRM Pulau Pinang kira-kira pukul 10.00 pagi ini dan selesai memberi keterangan kira-kira pukul 8 malam ini.
Semalam, SPRM telah mengambil keterangan Guan Eng selama tujuh jam di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang.
Sehingga kini seramai 65 saksi telah dipanggil dan dijangkakan beberapa orang saksi lagi akan dipanggil pada minggu depan untuk memberi keterangan berhubung isu ini.
SPRM yakin siasatan kes berkenaan kini telah memasuki fasa terakhir dan memberi jaminan bahawa akan menyiasat secara bebas, telus dan profesional.
No comments:
Post a Comment