KETIKA kali pertama mahu membongkar kegiatan judi haram, penulis diperingatkan untuk berhati-hati, malah ada teman berkata, apa yang dilakukan bagaikan ‘menjolok sarang tebuan’ atau ‘mengganggu harimau sedang tidur’.
Peringatan itu mempunyai maksud amat mendalam kerana kegiatan judi haram bukan sahaja berkaitan dengan sindiket malah jauh daripada itu, ia juga melibatkan amalan rasuah dan salah guna kuasa serta aktiviti pengubahan wang haram.
Kegiatan itu juga jika dibongkar akan mengakibatkan sindiket bukan sekadar rugi berpuluh-puluh ribu sehari malah mencecah jutaan ringgit sehari dan berbilion ringgit setahun. Sebab itulah dalam apa keadaan sekali pun sindiket akan cuba mempertahankan kegiatan haram berkenaan.
Sekadar perlu menghulurkan RM10 juta hingga RM15 juta sebulan kepada anggota agensi penguat kuasa dan menguruskan segala keperluan yang diinginkan oleh segelintir pegawai-pegawai kanan agensi tersebut ia bukanlah satu masalah.
Atas sebab itulah sejak awal lagi apabila nama Tan Sri Dzulkifli Ahmad disebut-sebut bakal dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau mula ‘diserang’ melalui taktik ‘pembunuhan karakter’.
Sindiket judi amat memahami kewibawaan dan kemampuan anak kelahiran Kepala Batas itu untuk mengganggu dan menjadi ancaman kepada kegiatan haram mereka. Ini memandangkan ketika mengetuai Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara (NRRET), Dzulkifli telah membongkar banyak kegiatan haram termasuklah ketirisan hasil negara serta rasuah dan salah guna kuasa.
Apa yang ditakuti oleh sindiket judi menjadi kenyataan apabila selepas melakukan ‘pembersihan’ di peringkat penjawat awam dan penyelewengan dana kerajaan, Dzulkifli pada 13 September lalu mengisytiharkan ‘perang’ terhadap kegiatan judi haram di negara ini.
SPRM mengesan ia semakin berleluasa disebabkan amalan rasuah, justeru Dzulkifli melontar amaran untuk mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang terlibat termasuk pihak yang melindungi sindiket judi haram berkenaan.
Amaran Dzulkifli diiringi pula dengan pengumuman Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 27 September lalu untuk menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau kegiatan sindiket judi.
Bagaimanapun apa yang lebih ditakuti adalah Dzulkifli, SPRM dan NRRET. Ini kerana jika Dzulkifli benar-benar menggerakkan kedua-dua agensi tersebut bagi tujuan menghapuskan jenayah judi tersebut, ia bukan sahaja membongkar perbuatan berkisar soal sindiket meraih untung dan ribuan menjadi ‘kaki judi’.
Tetapi ancaman yang tersebut ialah kegiatan penggubahan wang haram dan amalan rasuah serta salah guna kuasa dalam kalangan pegawai serta anggota agensi penguat kuasa.
Tindakan tersembunyi inilah yang paling ditakuti oleh sindiket akan dibongkar oleh SPRM, malah yang akan turut gelisah ialah ‘balaci-balaci’ mereka yang berada dalam agensi penguat kuasa.
Selama ini, kegiatan jahat mereka bermaharajalela kerana segala-galanya sentiasa dilindungi sama ada melalui amalan rasuah atau `mencampakkan’ wang haram melalui aktiviti judi untuk ‘dibersihkan’ ke dalam pelbagai perniagaan dan perkilangan.
Berselindung di sebalik sektor korporat dan bersedia memberi sumbangan adalah taktik-taktik yang digunakan oleh ‘tauke-tauke’ judi dan ada antara mereka berpangkat ‘Tan Sri, Datuk’ atau ‘Datuk Seri’. Situasi inilah yang memungkinkan sindiket judi agak sukar untuk dilumpuhkan selama ini kerana mereka berselindung di sebalik aktiviti bersih untuk menutupi kegiatan haram.
Justeru apabila mereka melihat SPRM di bawah Dzulkifli begitu bersungguh-sungguh memerangi rasuah dan salah guna kuasa, maka sindiket dan konco-konco mereka dalam agensi penguat kuasa tidak dapat duduk diam.
Apatah lagi jika benar SPRM mahu melancarkan ‘serangan’ ke atas kegiatan judi, ini mungkin akan mendedahkan bagaimana dahsyatnya amalan rasuah dalam kalangan pegawai kanan agensi penguat kuasa.
Antara perkara yang paling ditakuti ialah jika SPRM menahan ‘orang tengah’ yang dalam istilah sindiket runner. Orang tengah itu memainkan peranan penting antara sindiket dan pihak berkuasa.
‘Orang tengah’ membuat kutipan daripada sindiket-sindiket untuk diserahkan kepada pegawai dan anggota agensi penguat kuasa yang mengamalkan rasuah.
Hanya ‘orang tengah’ ini yang mengetahui kepada siapa setiap bulan, wang haram daripada hasil judi disalurkan. Peranan besar yang dimainkan ‘orang tengah’ memungkinkan dia menjadi antara orang penting untuk melumpuhkan kegiatan judi di negara ini.
Sebab itulah, sindiket tidak mahu keadaan itu berlaku dan pada masa sama kelompok yang bersekongkol dengan mereka juga bimbang akan ditangkap oleh SPRM.
Oleh itu untuk memastikan situasi ‘menang-menang’, mereka perlu merancang sesuatu termasuklah menggunakan ‘tangan-tangan ghaib’ bagi menggugat keyakinan SPRM khususnya Dzulkifli untuk bertindak.
Lanjutan itu apabila Dzulkifli mengumumkan sahaja SPRM akan memerangi judi haram, beliau ‘diserang’ melalui taktik yang cukup menjijikkan iaitu ‘pembunuhan karektor.’ Jika dikaji ‘serangan’ itu dilakukan secara terancang bagi mewujudkan keraguan orang ramai terhadap Dzulkifli.
Namun begitu setakat ini usaha mereka gagal. Dzulkifli dan SPRM masih gah melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Penyelewengan dana kerajaan, rasuah dan salah guna kuasa terus ‘diperangi’. Dan selepas ini penulis yakin kegiatan judi haram pula akan menjadi sasaran. Justeru sama-samalah kita nantikan ‘peperangan’ tersebut.
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/sprm-judi-dan-tangan-ghaib-1.538330#ixzz4vv51FMof

No comments:
Post a Comment