Tiga penjawat awam termasuk seorang pegawai Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) ditahan reman selama seminggu sehingga
Ahad ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu
siasatan kes sindiket pengeluaran sijil dan kad akuan nikah palsu.
Perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek yang berusia
dalam lingkungan 30 hingga 43 tahun itu dibenarkan oleh Majistret Raja
Norshuzianna Shakila Raja Mamat di Mahkamah Majistret di sini pada pukul 10
pagi semalam.
Sumber SPRM memberitahu, ketiga-tiga suspek disyaki terlibat
dalam sindiket menguruskan pernikahan individu yang hendak berpoligami tanpa
prosedur sah.
Di negeri ini, seorang suami yang mahu berpoligami perlu
mendapat kebenaran isteri pertama selain melalui proses di mahkamah.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati, pernikahan tersebut
berlangsung di negara jiran, Thailand manakala surat pengesahan penikahan dan
kad akuan nikah yang tidak sah akan diserahkan kepada mereka di negeri ini
oleh sindiket berkenaan selepas segala urusan selesai.
No comments:
Post a Comment