SETIAUSAHA Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution yang juga Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang ternyata tidak selesa apabila Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad membidas tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana tidak mahu menangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).
Sehubungan itu, beliau membangkitkan persoalan sama ada Dzulkifli mahu menjadi ahli politik atau selebriti? Saifuddin turut menganggap IBR hanyalah untuk menarik perhatian media. Persoalannya, siapa sebenarnya mahu menjadi selebriti? Dzulkifli atau Saifuddin?
Kalau mahu bercakap soal selebriti (sekadar mahu menarik perhatian media), rasanya sudah ramai pemimpin pembangkang mencapai tahap tersebut. Siapa mereka mungkin Saifuddin lebih mengetahui.
Apa yang dilakukan oleh Dzulkifli sejak menerajui SPRM sama sekali tiada kaitan untuk menjadi selebriti, sebaliknya sepanjang hampir setahun berada di agensi itu, beliau sudah melakukan pelbagai langkah dalam usaha memerangi rasuah di negara ini.
IBR, turun padang bertemu rakyat dan melancarkan Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) merupakan pendekatan atau perubahan yang dilakukan oleh Dzulkifli dalam memastikan rasuah tidak menjadi barah yang akhirnya boleh meruntuhkan negara.
Tetapi pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Saifuddin tidak mahu mengiktiraf semua itu, sebaliknya mempersoalkan apakah melalui IBR, isu rasuah dapat diselesaikan. Inilah masalah pembangkang, sebelum ini mereka sendiri beria-ia menonjolkan diri sebagai wira memerangi rasuah, namun apabila SPRM bertindak, mereka pula mempertikaikannya.
Saifuddin melakukan kritikan ke atas Dzulkifli semata-mata kerana Ketua Pesuruhjaya SPRM itu membidas Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam soal IBR, bayangkan kalau teguran Dzulkifli melibatkan kerajaan negeri di bawah kepemimpinan Barisan Nasional (BN), sudah pasti pemimpin pembangkang seperti Saifuddin akan menyokong SPRM.
Kalau benar Saifuddin dan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan mahu memerangi rasuah, kenapa mereka tidak mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk melakukan IBR kerana bak kata Dzulkifli, “Jangan hanya bercakap berdegar-degar mengenai isu rasuah dan salah guna kuasa, minta SPRM ambil tindakan dan pelbagai lagi, tetapi mereka sendiri tidak mahu nyatakan ikrar untuk membanteras gejala itu.”
Sebenarnya, ketika Saifuddin mempersoalkan sama ada Dzulkifli mahu menjadi ahli politik atau selebriti, beliau sendiri mahu mempolitikkan segala-galanya termasuklah ketegasan SPRM dalam memerangi rasuah.
Selain itu, apabila Saifuddin menggunakan perkataan, “menunjukkan kedangkalan fikiran dan kurangnya kreativiti…’’ yang ditujukan kepada Dzulkifli, sebenarnya beliau yang bersikap demikian apabila mempersoalkan adakah menangkap pesalah rasuah setiap minggu akan menyelesaikan masalah rasuah.
Persoalannya, apa yang pemimpin pembangkang seperti Saifuddin mahu SPRM lakukan? Kalau SPRM tidak bertindak agresif seperti menangkap dan mendakwa pesalah rasuah mereka akan menuduh agensi itu lemah dan mengikut telunjuk kerajaan, apabila SPRM bertindak, mereka anggap pula ia tidak mampu membendung rasuah. Begitulah juga apabila Saifuddin mempersoalkan sama ada langkah SPRM mencadangkan Gerah dan bermesra dengan rakyat serta berikrar dapat menyelesaikan masalah rasuah.
Apa salahnya melancarkan Gerah yang bertujuan mewujudkan azam menghapuskan rasuah? Apakah ikrar untuk menolak dan membenci rasuah adalah satu dosa? Adakah langkah Dzulkifli dan SPRM turun bertemu rakyat bagi merapatkan hubungan supaya mereka bersama-sama memerangi rasuah adalah satu kesalahan?
Saifuddin sepatutnya menghentikan perbuatan yang boleh dianggap cuba mengheret SPRM ke dalam kancah atau polemik politik. Apa yang dilakukan oleh Dzulkifli bukanlah untuk menjadi selebriti dan tiada kaitan sama sekali dengan politik. Beliau bukanlah insan yang dilahirkan untuk menjadi ahli politik seperti Saifuddin, sebaliknya seorang penjawat awam yang berusaha melaksanakan amanah dengan sebaik-baiknya.
Sama ada IBR, Gerah atau pendekatan turun bertemu rakyat akan berjaya menghapuskan rasuah atau tidak, biarlah rakyat menilainya, tetapi dalam masa sama rakyat juga berhak mempersoalkan kenapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang susah sangat mahu melakukan IBR?
Apapun kita tidak harus membuang masa melayan kerenah politik yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Saifuddin, sebaliknya SPRM perlu meneruskan agendanya memerangi rasuah sehingga ke akar umbi.
Setakat ini biarpun baharu setahun menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli telah berjaya menjadikan agensi itu ‘Mesra Rakyat, digeruni perasuah’. Kalau pencapaian itu tidak mahu diiktiraf oleh pemimpin-pemimpin pembangkang, biarkan sahaja.
Penulis percaya SPRM tidak akan terperangkap dengan hujah-hujah dangkal bagi mengheret agensi itu ke dalam polemik politik kerana banyak lagi kerja yang perlu dilakukan oleh agensi itu dalam usaha membanteras rasuah di negara ini.
Penulis yakin rakyat sudah bijak menilai kemampuan dan kejayaan SPRM di bawah kepemimpinan Dzulkifli, malah kita percaya dalam kalangan pembangkang pun mereka secara diam-diam mengiktiraf keberkesanan agensi tersebut, tetapi terpaksa berubah nada memandangkan Dzulkifli menegur sekutu mereka, sedangkan apa yang dilakukan oleh Dzulkifli adalah untuk memastikan mana-mana kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan tidak bertindak ibarat ayam jantan berkokok kuat tetapi ekor bergelumang dengan najis!
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/henti-jadikan-sprm-sasaran-politik-1.504077#ixzz4nEGxsNYj

No comments:
Post a Comment