Thursday, September 28, 2017

Kejar didik masyarakat benci rasuah

BAGAN SERAI - Kembara Jelajah Anti Rasuah (Kejar) berobjektif membudayakan dan mendidik masyarakat supaya bencikan rasuah, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad.
Beliau berkata, usaha itu juga bagi memastikan negara bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa.

Katanya, SPRM memerlukan sokongan rakyat agar hak mereka tidak dikhianati oleh pihak yang tamak haloba.

"Dalam hal ini SPRM akan memastikan dasar dibuat kerajaan Persekutuan dan negeri untuk kepentingan rakyat dapat dilaksanakan. Apa yang berlaku ada dasar kerajaan tidak dilaksanakan kerana disebabkan rasuah dan salah guna kuasa oleh mereka yang diamanahkan (melaksanakan dasar)," katanya ketika ditemui dalam program Kejar bersama masyarakat Banjar di Kampung Parit Air Hitam dekat sini, hari ini.

Program Kejar yang dianjurkan bersempena 50 tahun penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR)/ SPRM  pada 1 Oktober 1967 di seluruh negara  bermula 8 September dan akan berakhir pada 30 September ini di Perak. - Bernama

No comments:

Post a Comment