Tuesday, January 26, 2016

Patuh lima prinsip basmi rasuah - Abu Kassim


KOTA BHARU: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, menggariskan lima prinsip bagi membasmi rasuah dalam integriti syarikat korporat. 

Abu Kassim berkata, terdapat lima prinsip yang perlu dipatuhi dalam Ikrar Integriti Korporat (CIP) iaitu nilai integriti, ketelusan dan tadbir urus yang baik. 


"Selain itu, pengukuhan kawalan dalaman yang menyokong pencegahan rasuah; pematuhan kepada undang-undang, polisi dan prosedur yang membabitkan pencegahan rasuah; memerangi sebarang bentuk amalan rasuah dan menyokong segala inisiatif pencegahan rasuah yang dibuat Kerajaan Pusat," katanya pada Majlis Menandatangani CIP Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan SPRM, di sini hari ini. 

CIP yang ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMBK, Ahmad Zakie Ahmad Sharif dan Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Abdul Aziz Aban itu juga sebagai usaha mewujudkan mekanisme menyokong usaha persekitaran bebas rasuah dalam pengurusan agensi itu sebagai syarikat pelaburan kerajaan negeri. 


Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

PMBK Tandatangan Ikrar Integriti Korporat Cegah Rasuah


KOTA BAHARU, 25 Jan (Bernama) -- Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) hari ini menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) sebagai komitmen menyokong usaha pencegahan rasuah.

CIP itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMBK Ahmad Zakie Ahmad Shariff dan disaksikan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Ahmad yang juga Pengerusi PMBK berkata integriti adalah suatu yang penting dalam pengurusan sektor korporat dan pentadbiran awam khususnya PMBK sebagai syarikat pelaburan kerajaan Kelantan.

"Dalam melaksanakan kerja, kita hendaklah memenuhi tuntutan ajaran Islam dan melalui ikrar tersebut akan menjadi panduan untuk kita meningkatkan integriti dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanah," katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut, di sini.

Beliau berharap melalui CIP itu juga akan dapat meningkatkan lagi keuntungan kepada PMBK dan 14 anak syarikatnya.

Terdapat lima prinsip dalam CIP iaitu mempromosikan nilai-nilai ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik; memperkukuhkan mekanisme kawalan dalaman dengan memasukkan elemen yang menyokong pencegahan rasuah; dan pematuhan undang-undang serta peraturan yang berkaitan dengan memerangi rasuah.

Prinsip CIP turut meliputi usaha membanteras sebarang bentuk amalan rasuah dan menyokong inisiatif pencegahan rasuah yang diusahakan oleh kerajaan dan SPRM.

-- BERNAMA

SPRM kesan taktik licik penyeludup warga asing


Ahmad Yakob menandatangani plak perasmian sambil disaksikan Abu
Ahmad Yakob menandatangani plak perasmian sambil disaksikan Abu Kassim Mohamed (kanan), Ahmad Zakie Ahmad Shariff (dua dari kanan) dan Abdul Aziz Aban (kiri) dalam Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) Perbadanan Menteri Besar Kelantan di Kota Bharu, Kelantan, semalam.
KOTA BHARU 25 Jan. - Berbaju Melayu, berkain pelikat serta lengkap berkopiah dan berlagak seolah-olah se­perti mahu ke masjid.

Itu antara modus operandi sindiket penyeludupan manusia bagi mengaburi mata pihak penguat kuasa ketika membantu warga asing memasuki negara ini secara haram menerusi Sungai Golok, Rantau Panjang.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Datuk Abdul Aziz Aban berkata, taktik tersebut digunakan seorang transporter atau pengangkut yang cuba membawa masuk enam warga Myanmar menerusi sungai tersebut, baru-baru ini.

Bagaimanapun, kata beliau, lelaki tersebut ditahan pegawai SPRM ketika cuba merasuah anggota penguat kuasa bagi membolehkan dia menyeludup kumpulan warga asing tersebut.

“Ini merupakan taktik penyamaran sindiket penyeludupan manusia yang sememangnya gemar memilih Sungai Golok bagi melakukan kegiatan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed serta Ketua Pegawai Eksekutif PMBK, Ahmad Zakie Ahmad Shariff.

Menurut Abdul Aziz, pihaknya yakin penahanan lelaki yang dipercayai menganggotai sindiket ter­tentu bakal membawa kepada lebih banyak penangkapan suspek pada masa depan.

“Kertas siasatan sudah selesai dan kes ini akan dibicarakan di mahkamah dalam masa terdekat,” katanya.


Transformasi SPRM dan 2016: Kreativiti Modal Insan akan digembeleng

Tahun 2016 bakal menyaksikan transformasi modal insan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bila mana tenaga kerjanya akan digembeleng untuk menjadi lebih kreatif dalam melaksanakan tugas mereka.
Figura penting yang menggerakkan usaha transformasi SPRM,Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata pada permulaan transformasi Suruhanjaya itu di ilhamkan, niat yg digagaskan adalah untuk menaikkan agensi itu pada satu tahap yang dihormati dan menjadi agensi pencegahan rasuah yang unggul di dunia.
"Untuk capai perkara tersebut ia perlu dibuat secara keseluruhan, holistic dan strategik dan perlunya tindakan untuk pastikan SPRM jadi agensi terunggul.
"Untuk tahun 2016 ini sasaran masih tidak berubah tetapi perlu diubahsuai kerana kita alami masalah bajet berkurangan yang amat banyak dan apabila berlaku krisis masalah kewangan disinilah kita bergantung pada kreativiti pegawai.
"2016 kita beri penekanan kepada modal insan, bagaimana kita hendak gembelengkan potensi pegawai untuk wujudkan suasana kreatif berdepan kekakangan bajet. Saya yakin jika kita serius bina kekuatan modal insan, kita akan terus cemerlang walau dalam kekangan bajet ," katanya.
Ketika ditanya penyampai MACC FM mengenai harapan kepada pegawai dan masyarakat, Abu Kassim menyatakan beliau hanya mahu meminta pegawai SPRM, supaya melakukan perkara yang betul dengan mengekalkan prinsip professional telus dan bebas sebagai teras organisasi. "Apabila kita buat perkara betul akhirnya masyarakat akan fhm apa yang SPRM lakukan.
"Saya harap masyarakat akan faham SPRM adalah agensi yang punya kekurangan sana sini tetapi ia wujud atas kepercayaan masyarakat, teruskan sokongan dan percaya kita (SPRM) sedang lakukan yang terbaik iaitu memerangi rasuah," katanya.

Tangani Persepsi, Pemimpin Perlu bersedia disiasat

Pegawai tertinggi entiti pencegahan rasuah di negara ini, Tan Sri Abu Kassim Mohamed pernah memberi peringatan kepada pemimpin di negara ini supaya bersedia untuk disiasat sekiranya mahu bergelar pemimpin.
Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu mengeluarkan kenyataan berkenaan ketika diwawancara oleh sebuah akhbar tempatan tidak berapa lama dahulu.
Abu Kassim ketika ditemuramah di saluran radio kendalian Suruhanjaya ini MACC FM, menegaskan beliau tidak membuat kenyataan berkenaan secara sembarono, sebaliknya beliau mengambil contoh daripada beberapa kes siasatan SPRM membabitkan pemimpin negara ini.
"Bila menjadi ahli politik, mereka terdedah dengan perbuatan rasuah, tohmahan dan aduan. Apabila terdedah dengan tohmahan SPRM haruslah siasat.Jadi mereka haruslah mengalu-alukan siasatan tersebut kerana ini (tindakan menyiasat) menyumbang kepada persepsi.
"Pemimpin yang punya kuasa bersedialah berhadapan dengan tohmahan kerana itu sebahagian dari risiko kerjaya mereka.Tetapi isunya sekarang, siasatan SPRM dimanipulasi sebagai alat politik.
"Itu sebabnya kita nasihati pemimpin bahawa penting untuk tingkatkan ketelusan. Kerana lagi tinggi ketelusan mungkin kurang tohmahan yang akan dibuat," katanya.
Mengambil contoh negara Korea Selatan yang mana pihak berkuasa tempatan di Seoul pernah berdepan dengan banyak tohmahan berkaitan aspek perolehan, tetapi berjaya menangani perkara tersebut apabila menggunapakai prinsip ketelusan yang tinggi dalam sistemnya.

Tiada Kesalahan Jenayah Dilakukan Najib – Apandi Ali


PUTRAJAYA: Tiada sebarang kesalahan yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes dana RM2.6 bilion dan kes SRC International.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, beliau berpuas hati dengan ketiga-tiga kertas siasatan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) kepadanya.
“Saya berpuas hati dengan kertas siasatan SPRM mengenai kedua-dua kes ini.
“Tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak berkait ketiga-tiga kertas siasatan.
“Pada hari ini, kertas-kertas siasatan yang berkaitan akan dikembalikan kepada pihak SPRM dengan arahan ketiga-tiga kertas siasatan tersebut ditutup,” katanya.
Beliau ditemui dalam satu sidang media kahas berkaitan kes 2.6 bilion dan kes SRC International, di sini, hari ini.

Thursday, January 21, 2016

Ku Chin Wah tak mengaku gagal isytihar ‘komisen’ hampir RM1 juta


KUALA LUMPUR 22 Jan. - Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur , Datuk Ku Chin Wah, 58, (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan gagal mengisytiharkan perolehan ‘komisen’ berjumlah RM961, 500 di antara penghujung Disember 2013 dan Januari 2014.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Pertuduhan ke atas Senior Asisten Komisioner Polis yang kini bertugas sebagai Urusetia JSJ Bukit Aman dibuat mengikut Seksyen 49(3) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Chin Wah juga boleh dikenakan denda RM1,000 sehari bagi sepanjang tempoh kesalahan tersebut dilakukan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/ku-chin-wah-tak-mengaku-gagal-isytihar-8216-komisen-8217-hampir-rm1-juta-1.182168#sthash.bkhpLtFL.dpuf

Disiasat SPRM Boleh Bersihkan Nama - Abu Kassim

PETALING JAYA: Orang ramai tidak perlu takut apabila disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ia boleh membersihkan nama mereka daripada tuduhan salah laku, kata Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed.


Abu Kassim berkata, siasatan SPRM tidak bermakna mereka yang terlibat akan didakwa dan ia boleh membersihkan seseorang daripada sebarang tuduhan yang dibuat terhadap mereka.

"Jika saya jadi mereka, saya akan mengalu-alukan siasatan tersebut. Saya dapat membersihkan nama saya," katanya dalam temu bual radio di saluran radio suruhanjaya itu,  MACC.FM.

Abu Kassim berkata SPRM 'bertindak ke atas semua aduan yang dibuat dengan agensi penguat kuasa itu, termasuk aduan yang dibuat terhadap ahli-ahli politik'.

"Kami siasat semua, jadi bersedialah," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, suruhanjaya itu tidak mempunyai kuasa pendakwaan dan oleh itu tidak dapat memberikan jawapan tentang mengapa beberapa individu yang disiasat tidak didakwa.

"Kami seperti 'kontraktor, kami hanya membina rumah, tetapi kami juga menunggu CF (sijil layak menduduki).

"Kami bekerja keras untuk menyelesaikannya, jadi jika ia tidak boleh dilakukan kerana ia tidak sesuai dengan spesifikasi, kita boleh menerimanya. Tetapi jika ia ditolak tanpa sebab tertentu, kami juga berasa kecewa," kata Abu Kassim.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/01/21/disiasat-sprm-bersihkan-nama/

Bauksit: Aspek Keselamatan Pegawai Penyiasat Diutamakan

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Aspek keselamatan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan berkaitan kes rasuah perlombongan bauksit di Pahang diberi keutamaan, kata Pengarah Bahagian Keselamatannya Alias Salim.


Beliau berkata, setakat ini segala tugasan pihaknya dalam operasi itu berjalan lancar tanpa diganggu oleh mana-mana pihak berkepentingan.

"Setakat ini tiada sebarang ancaman atau ugutan dilaporkan pegawai kami... Setakat ini, kira-kira 10 pengawal pengiring dilengkapi dengan senjata api mengawal keadaan," katanya kepada pemberita di Institut Integriti Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tahap keselamatan pegawainya yang terbabit dalam siasatan kes bauksit.

Terdahulu beliau, menjadi panel dalam program "Breakfast Talk" Siri 1/2016 bertajuk: Dasar Keselamatan dan Kebajikan Pegawai Penguatkuasa Semasa Menjalankan Tugas.

-- BERNAMA

Temubual MACC.FM bersama Tan Sri Abu Kassim

Antara yg menarik dalam Wawancara Ekslusif MACC FM bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed semalam:


1. Komen beliau tentang isu dan cabaran @SPRMMalaysia  2015?

"Saya rasa 2015 merupakan tahun yang mencabar kepada SPRM dan saya sendiri kerana saya berhadapan masalah kesihatan.

"Kita berhadapan cabaran yg menguji SPRM bg menjalankan tangungjawab secara professional, kerana sebagai  penguatkuasa undang-undang kita bertindak berteraskan legal framework yang ada dan apabila berdepan siasatan melibatkan sensitiviti kerajaan dan memberi kesan pd masyarakat mahu tidak mahu kita terpaksa mengikut lunas undang-undang yg diluluskan parlimen.


2. Pendapat KP SPRM mengenai gelombang sokongan rakyat pd SPRM 2015?

Perubahan ini bermula dr insiden & ia telah buka mata msyrkt tentang SPRM agensi yg berpegang pd prinsip professional tegas dan adil menjalankan tugas. Apa yg tlh dinyatakan dan dilaung sprm sebenarnya punya makna yg jelas dan tepat pd waktunya," Abu Kassim


3. Apa komen TS Abu Kassim mengenai isu 2.6b yang sering dikaitkan dgn SPRM dan dimainkan di media sosial?

Pertama sy nak jelaskan dalam masa taskforce ditubuhkan, kita tlh beri tugas pd agensi berkaitan cth; BNM kita beri utk lihat ada atau tidak peraturan atau perlanggaran peraturan bank. PDRM untuk isu 1MDB.

DAN 2 prkara pd SPRM iaitu 2.6 masuk ke akaun PM & SRC. ianya satu bentuk pasukan dan yang confuse kat sini ialah, bila ckp 1MDB di kaitkan dgn 2.6. Padahal ia dua perkara berbeza.

Kita harap masyarakat fhm tumpuan kita hanya pd 2.6. kita tlh nyatakan berulang kali, SPRM hanya institusi hanya jlnkan siasatan, cari keterangan, dptkan pembuktian, stlh dptkan perkara tersebut, kita perlu serahkan hasil pd peguam negara

Bekas Peguam Negara: Kertas Siasatan SPRM dipulangkan adalah prosedur biasa

Bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata, ia bukan luar biasa bagi Pejabat Peguam Negara untuk menghantar kembali kertas siasatan yang berkenaan.


Ia adalah satu amalan yang diterima untuk (AG) Jabatan Peguam Negara untuk menghantar kembali kertas siasatan untuk menyiasat lebih lanjut atau penjelasan, bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman, hari ini.

"Ia bukan satu perkara yang luar biasa untuk menghantar kembali fail dengan arahan kepada agensi penyiasatan. Ia telah berlaku sepanjang tempoh perkhidmatan saya. "

Abu Talib berkata demikian sebagai respons kepada keputusan AG penyandang Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk menghantar kembali kertas siasatan berhubung derma RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

 Apandi, yang memegang jawatan itu pada Julai tahun lepas, katanya dalam satu kenyataan beliau mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai cadangan dan syor SPRM dibuat ke atas kedua-dua kes.

"Selepas memeriksa dengan teliti keterangan dalam kertas siasatan, Jabatan Peguam Negara hari ini kembali kertas siasatan untuk mendapatkan penjelasan daripada SPRM beberapa cadangan dan tindakan yang SPRM digalakkan."

Apandi juga memerintahkan bahawa kertas siasatan dipulangkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dengan seberapa segera yang mungkin.

SPRM pada 31 Disember tahun lalu diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara kertas siasatan berhubung SRC International, anak syarikat bekas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan sumbangan RM2.6 bilion yang dibuat kepada Datuk Seri Najib Razak yang ditemui dalam akaun peribadinya.

Apandi mempunyai pada 8 Januari berkata beliau akan pergi melalui secara terperinci kertas siasatan SPRM dikemukakan, tetapi menambah bahawa beliau memerlukan masa untuk berbuat demikian.

Abu Talib, yang merupakan Peguam Negara selama 13 tahun dari tahun 1980, berkata adalah jelas bahawa Apandi telah melalui kertas siasatan untuk dia memberi arahan kepada SPRM.

"Dia mahu penjelasan mengenai isu-isu tertentu untuk beliau untuk membuat keputusan," kata Abu Talib, sambil menambah bahawa kertas siasatan muncul tidak lengkap jika tidak, dia (Apandi) tidak akan meminta SPRM untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Abu Talib berkata Apandi perlu diberi masa yang munasabah untuk membuat keputusan selepas SPRM memulangkan kertas siasatan kepada-Nya.

Najib berkata RM2.6 bilion didepositkan ke dalam akaun bank peribadi beliau adalah sumbangan dan transaksi adalah semua di atas kapal.

Perdana Menteri juga menafikan RM2.6 bilion itu daripada mana-mana kumpulan wang awam dan tidak mempunyai sebarang pautan ke 1MDB.


The Wall Street Journal mendakwa dalam 2015 laporan 2 Julai bahawa wang itu datang dari syarikat dikaitkan dengan 1MDB, suatu tuntutan yang Putrajaya dinafikan.

3 pegawai JPJ ditahan bantu siasatan rasuah

Gaji penguatkuasa rendah, antara sebab rasuah


Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, antara penyebab yang menjadikan negara kita makin tenat ekonominya adalah berkaitan dengan pemberian gaji pengkuatkuasa yang rendah.

Katanya, ini sekaligus mewujudkan budaya rasuah kerana kadangkala pihak berkuasa mengambil kesempatan untuk 'mencari duit lebih' dengan cara menyuap pesalah kerana merasakan gaji mereka terlalu sedikit dan tidak mampu menampung kos kehidupan seharian.

"Gejala ini saya tidak menyokong sama sekali, cuma bayangkan gaji penguatkuasa, kalau mereka mula berkerja lebih kurang dalam RM1,200 ke RM1,500, duduk (tinggal) di Kuala Lumpur siapa boleh duduk dengan gaji begitu di KL.

"Lepas itu caranya penguatkuasa ini ambil kesempatan dengan kuasa yang mereka ada, yang mana akhirnya akan memberi derita kepada orang lain, contohnya pengkuatkuasa dapat RM50 'lori boleh lepas', dapat RM2,000 bangunan boleh lulus, jadi masalah yang timbul selepas itu macam anai-anailah.

"Bila bangunan sudah siap dia akan runtuh, oleh itu kita perlu cari penyelesian dengan harapan masalah ini dapat dikurangkan dan dapat diatasi," katanya dalam Wacana Siri 37: Derita Orang Bandar: Punca dan Penyelesaian di Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Oleh itu ujarnya, kajian yang mendalam diperlukan untuk mencari punca kepada permasalahan ini, supaya ia tidak terus menjadi barah kepada ekonomi negara.


"Ini yang perlu kita ubah, gaji rendah mereka yang sepatutnya amanah buat kerja tidak amanah, warden, penguatkuasa dia terpaksa mencari duit luar, macam kitalah tidak beri duit kepada anak kita lepas itu kita marah dia mencuri, dia pun hendak makan juga, bukan hendak sokong ini hakikat yang perlu kita lihat, kita perlu kaji, selesaikan," katanya.

Tuesday, January 12, 2016

'Those responsible will face the music'



Q: Isn’t it perplexing to MACC that there are so many illegal mines in Kuantan and that they had been allowed to operate indiscriminately for so long? Surely, it should be obvious to the authorities? 

A: MACC at first will look into the corruption elements and issues. But the public came to us with complaints on environmental pollution. Of course, this suggests to us that the enforcement authorities are involved in corrupt activities. But it’s an uphill task for us to uncover the people involved in this as corruption obviously involves two parties benefiting greatly from this. On our part, we deployed our officers to the ground to detect them, as well as to figure out their modus operandi. Then, we discovered that there were so many illegal miners around. We wondered how these illegal miners could operate without being harassed by the authorities.

Q: You were quoted as saying that you faced problems because nobody wanted to be witnesses. Were the relevant agencies concealing info from you? 

A: What we discovered was that the authorities did not cooperate or coordinate with each other for reasons best known to them. Only recently, the Terengganu menteri besar invited us to help them as the part of Terengganu bordering Kuantan was being affected by illegal mining in Kuantan. We welcome the trust given to us by the Terengganu government in preventing any potential problems later. MACC was alone when we began our intelligence operations as only a handful of the people who were affected by the situation cooperated with us. When we discovered that the state’s enforcement officers were involved, we had no choice but to use our informers and resources. With the problems in the direction of our investigation, we were forced to start from an area outside of our jurisdiction — environmental pollution. Only because it was obvious that abuse of power and corruption had allowed this to happen. I could not get anything from the state authorities.

Q: What about the Pahang government itself, surely it can supply you with the information? For example, if they can tell you how many hectares had been allowed to operate and where exactly they are, shouldn’t it be easy to identify the illegal ones? 


A: We hope the state government will reveal to us the necessary info in the interest of the public. The audit should be made by comparing the export and the mining areas involved. 

Q: The Pahang MB said last year’s collection was RM47 million. The thing is, the state government, in the middle of last year, said the revenue collected from the export of bauxite totalled RM37 million. Does it make sense that in the next half, they only got RM10 million? More so when in the last three months, the export spiked to more than RM10 million? Shouldn’t alarm bells be ringing, that somebody somewhere was cheating the system? 

A: As the Pahang MB had admitted, the royalties should be more than what they collected. This shows how rampant illegal mining is in the area! It resulted in leakages in the revenue to Pahang as they (the illegal miners) do not pay royalties for the minerals they extracted. I must say, it looked like nobody even cared if royalties were collected! I think it is pertinent and only natural that, in doing business, due diligence is done, that forecasts are made as to how much royalties would be collected. In this case, the leakages cost the state government at least four times the earnings it registered.

Q: You have picked up several officers from the state Land and Mines Department (PTG). Are you looking at the whole chain of the bauxite mining sector for possible involvement in corruption and abuse of power? 

A: Yes, we are. We have so far picked up five PTG officers for questioning. We also picked up three runners in the chain of corruption that exists. We will get to the bottom of it, irrespective of who they are. (The commission is also calling in six more PTG officers to facilitate investigations.)

Q: Some suggested that the MACC is only going after the small fry and not the sharks in the illicit bauxite mining business. Your comment? 

A: We don’t treat them as ikan bilis, considering the extent of the damage they had caused and the enormity of the damage. We don’t care who they are, but those responsible for what happened in Kuantan will have to face the music.

Q: Surely, there are some big names that could be involved in abuse of power and corruption in the bauxite mining sector? 


A: I heard about that when we started our probe but let me keep it close to my chest first. Rest assured that MACC has no issues with going after the big fish. 

Q: These agencies down the bauxite mining and export chain: the state government, PTG, Minerals and Geosciences, and Customs Departments as well as Kuantan Port. Where exactly do you see that corruption and abuse of power could fester? 
A: We want to make clear that we have no issues with the state government allowing bauxite mining. But the state government must put in place standard operating procedures where the mining of bauxite is concerned. The bauxite issue has become a serious public issue with the perception that corruption is rampant in the industry. The problem of poor enforcement affects not only the state authorities but some other enforcement agencies as well. The crux of the issue is simply that there are too many illegal miners, so much so that it went out of control. It was clear to everyone how the lorries were allowed to ply the routes, leaving a trail of damage and pollution. Even after one year of this going on, nobody seemed to care enough to do anything to arrest the problem.

Q: Do you see any difference in the bauxite operations run by the legal and illegal operators? Because at the moment, the processes — from transport to port operations — had caused a lot of problems as well. 

A: There was little or no proper procedures or guidelines being followed where the Kuantan mining sector was concerned, period. Let’s not even talk about the illegal ones. The recent arrests we made showed that the lack of enforcement was among the main contributing factors to the problem. It is a major loophole in the system; the illegal miners knew that and seized the opportunity.

Q: What now? Or rather, how do you expect the situation to be once the moratorium is lifted three months from now? 


A: In a way, the state government had allowed this to happen as it had been obvious to everyone that the system was so slapdash as to allow this kind of pollution to happen. The problem should have been nipped the minute it became obvious that something somewhere was clearly wrong.

Q: Where does MACC come in? 

A: There must be a task force with representation by all the relevant agencies and MACC in promoting transparency. If the state government missed it before, it should immediately do an audit, including those based on information from their own agencies so that they can identify the loopholes and plug them. Otherwise, the problem will persist and the state’s revenue will continue to be siphoned off. The sector deals with a lot of cold hard cash. At any one time, there are some 300 lorries that come from all over the country, on standby in Kuantan to ferry bauxite. Companies in the business must be held responsible in ensuring that there is no pollution. As the state government increases the royalty rate, the money must also go into preservation efforts. MACC is hopeful that all enforcement authorities will combine efforts to reverse some of the problems and mitigate the damage done. It’s not too late.

Read More : http://www.nst.com.my/news/2016/01/121593/those-responsible-will-face-music

Tindakan proaktif SPRM dipuji - PPIM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memuji tindakan proaktif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana berjaya memberkas pihak yang merasuah dan mencemarkan alam sekitar.

"Perbuatan tidak beretika itu perlu dibanteras kerana ia memberi kesan buruk kepada kehidupan harian dan ancaman kesihatan," kata persatuan itu dalam kenyataan di sini, hari ini. Bagi memastikan SPRM dapat bertindak lebih efektif dalam memantau aktiviti tidak beretika, PPIM turut mencadangkan supaya suruhanjaya itu menambah anggotanya.

Rabu lalu, SPRM menahan empat petugas Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang termasuk seorang pegawai kanan, kerana disyaki menerima rasuah bernilai lebih RM100,000 daripada pelombong bauksit tidak berlesen di negeri itu.


Semua suspek berusia antara 30 dan 38 tahun itu ditahan di sekitar Kuantan berikutan hasil siasatan SPRM selama lebih dua bulan setengah.

Bauksit: Jangan ganggu siasatan SPRM - MB Pahang


Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menggesa semua pihak agar tidak mengganggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu perlombongan bauksit di negeri ini.

Beliau berkata kebijaksanaan SPRM dalam siasatan itu tidak wajar dipertikaikan dan kerajaan negeri juga tidak mencampuri urusan siasatan berkenaan, kerana mahu penyiasatan yang telus.

Adnan menambah peluang juga perlu diberikan kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah berkaitan bauksit kerana perkara ini turut melibatkan agensi penguatkuasaan di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.


"Agensi di bawah kerajaan negeri adalah Pejabat Tanah dan Galian (PTG). Masalah ini berlaku disebabkan kelemahan penguatkuasaan.

"Sebab itu kita setuju tindakan Kerajaan Pesekutuan hendak bantu kerana pelabuhan, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Polis dan Kastam di bawah Kerajaan Persekutuan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Kerajaan negeri juga bersetuju dengan keputusan Kerajaan Persekutuan mengenakan tempoh moratorium selama tiga bulan bermula 15 Januari ini bagi mengurangkan pencemaran selain mencari penyelesaian lebih baik yang bersifat jangka panjang.

Adnan juga meminta pihak media agar tidak menyebar laporan tidak tepat berkaitan isu bauksit.
Katanya, beliau akan mengeluarkan kenyataan lengkap merangkumi peranan menteri besar dan jabatan terlibat dalam isu berkenaan tidak lama lagi.

"Saya bukan mahu main blaming game (mempersalahkan sesiapa), tapi saya nampak apabila saya diam, semakin banyak laporan tidak adil.


"Buat masa ini saya memerhatikan laporan media, termasuk media sosial sebelum mengeluarkan jawapan kepada perkara yang dibangkitkan," katanya.

Intergriti peribadi, kita ini barang pinjaman


DALAM kehidupan seharian, saya selalu berpegang kepada konsep "kita ini hanya barang pinjaman". Allah meminjamkan kita satu benda dengan harapan kita melakukan sesuatu yang baik di dunia. Maka, sepanjang hayat, kita perlu melakukan yang terbaik. Malah perkara ini ditekankan oleh Islam. Ali Imran ayat 109 dengan jelas menyebut, “Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.”

Sebagaimana saya sebutkan dalam tulisan sebelum ini dan saya menekankan dalam hampir setiap ceramah bahawa pegawai SPRM ini mempunyai tugas yang berat iaitu mencegah seseorang itu daripada melakukan rasuah. Itu peranan SPRM. Maka, kerja pegawai SPRM sesuatu yang murni. Ibadah namanya!

Begitu juga anggota masyarakat yang lain. Tidak kira pangkat dan kedudukan. Sama ada yang berkuasa atau rakyat pun biasa. Mereka perlu ada integriti peribadi. Integriti peribadi yang memastikan dan memandu kita agar tidak melakukan kemungkaran yang boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain, juga negara.

Dalam memastikan integriti peribadi ini menjadi kenyataan dan dijadikan amalan dan budaya, kita perlu melakukan tiga perkara dalam memperlihatkan "diri kita ini satu barang pinjaman".

Pertama: Kita perlu sedar bahawa kita ini lahir hasil kuasa 'Creator' atau 'Pencipta'. Kita ada Pencipta yang perlu dijadikan panduan dalam setiap tindak-tanduk kita. Pencipta tidak mahu kita melakukan perkara-perkara yang mungkar. Kita perlu sedar bahawa di atas kita ada seorang yang bernama Pencipta.

Kedua: Mengambil berat atau menjaga persekitaran yang diamanahkan. Kita, sebagai barang yang dipinjamkan, perlu menjadi menjaga atau mengambil berat akan dunia dan mereka yang di sekeliling kita dengan menggunakan panduan dan manual yang disediakan. Sama ada manual agama atau bukan agama seperti undang-undang ciptaan manusia. Kita juga ada kepercayaan. Kita perlu mengelakkan perkara-perkara yang ditegah oleh undang-undang dan agama. Sudah pasti dalam perkara ini perlakuan rasuah adalah mustahak. Kita harus mengelak dan menjauhi jenayah rasuah.

Ketiga: Kita sebagai ‘barang pinjaman’ akan diambil semula oleh Pencipta pada bila-bila masa. Kita perlu bersedia untuk diambil pada bila-bila masa untuk kembali ke tempat asal mengikut kehendak Pencipta. Kita perlu redha kepada kehendak ini. Ini mandatori. Kita akan diambil semula sama ada secara sekali gus, beransur-ansur, atau sama ada dengan ‘notis’ atau tanpa ‘notis’.

Dengan mengambil kira konsep "barang pinjaman", kita perlu melakukan yang terbaik sepanjang masa. Tidak kira sebagai atas kapasiti diri sendiri ataupun atas kapasiti jawatan, kedudukan dan autoriti yang diberikan.

Atas konsep ini, kita perlu melakukan yang terbaik untuk mencegah rasuah sama ada dengan menyampaikan mesej menjauhi rasuah, mencegah perbuatan rasuah atau menguatkuasakan undang-undang pencegahan rasuah.

Kita tidak tahu masa yang ada kepada kita. Kalau seorang pegawai badan pencegahan rasuah, sudah pasti kita boleh menjangkakan sama ada usia 58 atau 60 tahun sebagai masa persaraan. Itu pun kalau Pencipta tidak membawa kita kembali kepada Dia sebelum tempoh perkhidmatan berakhir.

Kini saya ada masa selepas bersara pada 12 Oktober lalu. Saya sedang menggunakan ruang dan peluang yang ada untuk meningkatkan kesedaran menjauhi rasuah. Pentingnya membenci rasuah.

Rumusannya, saya sentiasa menekankan keperluan bahawa kita boleh mengatasi isu rasuah jika menggunakan konsep "kita ini barang pinjaman". Dipinjamkan untuk melakukan yang terbaik di dunia ini sepanjang tempoh pinjaman, yang kita sendiri tidak tahu berapa lama.


Pesanan saya tingkatkan integriti peribadi demi semua!

Jangan percaya selesai kes dengan bayar orang tengah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta orang ramai supaya tidak mempercayai dakwaan bahawa siasatan berkaitan pelombongan bauksit boleh diselesaikan dengan membayar wang kepada orang tengah.


Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata khabar angin berkaitan pembayaran wang itu telah disebarkan pihak tidak bertanggungjawab, yang cuba mengambil kesempatan berkaitan isu berkenaan.

"Kita menjalankan tugas dengan telus dan profesional. Jangan percaya khabar angin ini. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada SPRM dan bukan pihak yang tidak berkaitan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Azam juga meminta mereka yang mempunyai maklumat berkaitan isu pembayaran atau isu bauksit supaya tampil membantu SPRM.

SPRM kini giat menjalankan siasatan terhadap isu rasuah pelombongan bauksit di sini.   

Setakat ini, sembilan individu termasuk enam pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang telah ditahan reman untuk membantu siasatan.

Suspek disyaki terlibat dalam penjualan Borang Pemindahan Mineral (Borang 13D) kepada pengusaha lombong haram, dengan siasatan mendapati borang yang dikeluarkan pejabat PTG pada harga RM1 telah dijual antara RM150 dan RM200 setiap satu.

Tiga lagi yang ditahan ialah orang awam termasuk seorang wanita, yang dipercayai terlibat dalam pembayaran wang rasuah bagi melindungi perlombongan bauksit secara haram.

Pegawai JKM didakwa kemukakan tuntutan palsu pakaian seragam

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berusia 54 tahun mengaku tidak bersalah hari ini kerana mengemukakan tuntutan palsu sebanyak RM5,000 bagi membekalkan pakaian seragam, dua tahun lalu.


Syed Mohd Abdul Ghani Syed Ali, yang bertugas di JKM daerah Mersing, didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Baru kerana mengemukakan tuntutan palsu sebanyak RM5,000 pada 24 September 2013 kerana membekalkan pakaian seragam bagi Kelab Sukan dan Rekreasi JKM Mersing.

Terdahulu, pertuduhan dibacakan kepada tertuduh oleh pegawai penterjemah mahkamah di hadapan hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Syed Mohd Abdul Ghani didakwa melakukan kesalahan itu pada 8 Oktober 2013 dari jam 8 pagi hingga 11 pagi di pejabat JKM daerah Mersing Johor dengan niat memperdaya jabatannya.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.

Pendakwaan yang dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norfazlin Hamdan mencadangkan tertuduhan dikenakan ikat jamin sebanyak RM15,000.

Bagaimanapun, peguam tertuduh, M. Vinodharan memohon supaya kadar jaminan dikuragkan kerana anak guamnya mempunyai lapan orang anak untuk ditanggung

Mohamad Haldar menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan tarikh 25 Februari depan, bagi sebutan semula kes.

SPRM-MCA Tandatangan Mou Penggunaan Modul Pencegahan Rasuah


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan MCA hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) penggunaan Modul Pencegahan Rasuah untuk meningkatkan kesedaran menjauhi rasuah di kalangan ahli MCA.

Majlis menandatangani MoU berlangsung di Ibu Pejabat MCA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. MCA merupakan parti politik pertama di Malaysia mengambil langkah ini.

Bagi pihak SPRM, MoU ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato' Sri Haji Mustafar Haji Ali, manakala MCA diwakili oleh Pengetua Sekolah Pengajian Politik MCA, Datin Paduka Chee Mei Fun.

Turut hadir Timbalan Presiden MCA, Dato' Sri Wee Ka Siong dan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Abdul Samat Kasah.

Detik bersejarah ini adalah susulan sesi engagement yang dianjurkan sejak SPRM memperkenalkan program tranformasi secara menyeluruh.

Menurut Dato' Sri Haji Mustafar, MoU ini akan membolehkan ahli politik terutama kalangan anggota MCA mengenali secara lebih mendalam berkenaan kaedah pencegahan rasuah yang perlu dipraktikkan oleh ahli-ahli politik.

"Ini kali pertama SPRM memperkenalkan modul pencegahan rasuah kepada parti politik. MCA merupakan parti politik pertama menggunakan modul ini sejak Disember lalu dan SPRM akan berusaha agar parti politik yang lain mengambil pendekatan sama seperti MCA.

"SPRM sangat berbangga disebabkan ini merupakan satu titik permuafakatan dan diharap dapat membentuk amalan budaya berintegriti dalam berpolitik serta menyebarkan informasi modul berkenaan," kata Dato' Sri Haji Mustafar.

Modul ini digubal oleh Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

Antara kandungan modul ini yang mempunyai 90 slaid adalah statistik terkini penglibatan ahli politik dalam jenayah rasuah, definisi rasuah, hukuman jika terbabit dengan rasuah, undang-undang rasuah dan juga kesan buruk rasuah.

Sementara itu, Dato' Sri Wee berkata, MoU ini adalah satu kerjasama ke arah memerangi rasuah.

"Ini kali kedua secara rasmi dan pada tahun ini, MCA menyasarkan untuk melatih  sehingga 10,000  anggota MCA melalui pengenalan modul pencegahan di sekolah MCA.

"Selain itu pendekatan pencegahan rasuah ini secara tidak langsung  dapat memperbaiki kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI)," kata beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Pada Disember 2015, MCA telah menjemput SPRM bagi memberi taklimat berkaitan usaha memerangi dan menjauhi rasuah kepada ahli-ahli partinya melalui dua kem latihan masing-masing di Gambang, Pahang dan Grik, Perak.