PUTRAJAYA: Tiada sebarang kesalahan yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes dana RM2.6 bilion dan kes SRC International.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, beliau berpuas hati dengan ketiga-tiga kertas siasatan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepadanya.
“Saya berpuas hati dengan kertas siasatan SPRM mengenai kedua-dua kes ini.
“Tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak berkait ketiga-tiga kertas siasatan.
“Pada hari ini, kertas-kertas siasatan yang berkaitan akan dikembalikan kepada pihak SPRM dengan arahan ketiga-tiga kertas siasatan tersebut ditutup,” katanya.
Beliau ditemui dalam satu sidang media kahas berkaitan kes 2.6 bilion dan kes SRC International, di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment