Tahun 2016 bakal menyaksikan transformasi modal insan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bila mana tenaga kerjanya akan digembeleng untuk menjadi lebih kreatif dalam melaksanakan tugas mereka.
Figura penting yang menggerakkan usaha transformasi SPRM,Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata pada permulaan transformasi Suruhanjaya itu di ilhamkan, niat yg digagaskan adalah untuk menaikkan agensi itu pada satu tahap yang dihormati dan menjadi agensi pencegahan rasuah yang unggul di dunia.
"Untuk capai perkara tersebut ia perlu dibuat secara keseluruhan, holistic dan strategik dan perlunya tindakan untuk pastikan SPRM jadi agensi terunggul.
"Untuk tahun 2016 ini sasaran masih tidak berubah tetapi perlu diubahsuai kerana kita alami masalah bajet berkurangan yang amat banyak dan apabila berlaku krisis masalah kewangan disinilah kita bergantung pada kreativiti pegawai.
"2016 kita beri penekanan kepada modal insan, bagaimana kita hendak gembelengkan potensi pegawai untuk wujudkan suasana kreatif berdepan kekakangan bajet. Saya yakin jika kita serius bina kekuatan modal insan, kita akan terus cemerlang walau dalam kekangan bajet ," katanya.
Ketika ditanya penyampai MACC FM mengenai harapan kepada pegawai dan masyarakat, Abu Kassim menyatakan beliau hanya mahu meminta pegawai SPRM, supaya melakukan perkara yang betul dengan mengekalkan prinsip professional telus dan bebas sebagai teras organisasi. "Apabila kita buat perkara betul akhirnya masyarakat akan fhm apa yang SPRM lakukan.
"Saya harap masyarakat akan faham SPRM adalah agensi yang punya kekurangan sana sini tetapi ia wujud atas kepercayaan masyarakat, teruskan sokongan dan percaya kita (SPRM) sedang lakukan yang terbaik iaitu memerangi rasuah," katanya.
No comments:
Post a Comment