Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan sebuah badan bebas namun SPRM namun masyarakat sentiasa mempertikaikan peranan dan fungsi SPRM secara total. Malah ketelusan SPRM juga turut dipersoal kerana masih berada di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri.
Sebelum menjadi SPRM, agensi ini tidak pernah melapor kepada mana-mana jabatan kerajaan berkaitan operasi yang dijalankan dan benar-benar bertindak secara bebas tanpa campur tangan asing yang mungkin boleh mengganggu perjalanan operasi SPRM.
SPRM akan mempertahankan kebebasan SPRM dalam menyiasat sesiapa saja tanpa mengira pangkat atau perbezaan politik. SPRM telah membuktikannya melalui kejayaan penyiasatan kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan menteri-menteri antaranya bekas Menteri Besar Selangor iaitu Dr Mohamad Khir Toyo yang didakwa baru-baru ini.
SPRM juga dipantau oleh lima (5) badan bebas untuk memastikan check and balance dalam membuat keputusan. Lima badan bebas yang dimaksudkan ialah Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Jawatankuasa Aduan, Panel Penilaian Operasi (PPO) dan Panel Perundingan Dan Pencegahan Rasuah (PPPR) yang diwujudkan mengikut seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
Tiada wujud campur tangan dan gangguan luar dalam penyiasatan yang dijalankan oleh SPRM sebagaimana yang didakwa oleh sebilangan pihak. SPRM mampu bertindak tanpa rasa takut dan gentar selaras dengan kuasa yang diberikan dalam Akta SPRM 2009. SPRM juga tidak mengamalkan kekebalan dalam siasatan di mana semua pihak yang melakukan kesalahan boleh didakwa mengikut Akta SPRM 2009.
Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM pihaknya tidak memberi sebarang kekebalan kepada mana-mana pihak daripada disiasat oleh badan anti rasuah itu, malah bersedia untuk berkorban dalam memperjuangkan kepentingan awam.
Perjuangan SPRM hanya diburukkan oleh agenda politik individu-individu yang tidak bertanggungjawab dan pesimis dengan kemampuan dan keupayaan SPRM. Malah SPRM tidak pernah mengamalkan pilih kasih dan menyiasat secara bebas, telus dan profesional.
SPRM perlu berpegang kepada prinsip telus, bebas dan profesional dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Sememangnya bukan mudah untuk terus berkhidmat kepada negara tanpa sokongan masyarakat. Institusi ini juga perlu terus dipertahankan dari campurtangan pihak luar yang cuba menggugat ketenteraman institusi ini agar ia boleh terus berdiri secara bebas dan tegas dalam menegakkan kebenaran.
No comments:
Post a Comment