Walaupun dengan begitu mudah Peguam Negara, Apandi Ali memutuskan skandal derma RM2.6 bilion yang dimasuk dalam akaun peribadi Najib Razak, tetapi sebenarnya telah menelan banyak korban. Pihak yang menjalankan siasatan siang dan malam adalah SPRM atau lebih tepat lagi Pengarah Operasi Khas SPRM, Bahri Zin.
Beliau adalah wira yang tidak didendang dalam membongkar skandal Perdana Menteri walaupun akhirnya Peguam Negara memutuskan Najib tidak bersalah dan menutup siasatan SPRM ke atas skandal derma yang bukan sahaja memalukan Malaysia malah umat Islam. Kerja keras Bahri dibalas dengan cemuhan oleh pencacai Najib sebagai "orang pembangkang."
Semasa menjalankan siastaan kes profil tinggi yang melibatkan Perdana Menteri sebuah negara Islam, Bahri hampir menjadi korban apabila diarah pindah dengan kadar segera ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) sedangkan ketika itu beliau mengetuai siasatan skandal 1MDB. Katakan apa lagi kalau bukan bertujuan untuk menghalang Bahri berkerja dengan jujur dengan menukarkan seorang yang arif dalam siasatan rasuah ke JPM?
Sekiranya pertukaran itu dibuat oleh pertimbangan profesional (bukan untuk mengacau siasatan ke atas 1MDB) kenapa akhirnya Bahri dipulangkan ke SPRM selepas komplot menghalang SPRM berkerja terburai dan rakyat bangkit bersuara? Ini membuktikan pertukaran yang tidak masuk akal ke JPM dibuat semata-mata untuk menganggu kerja SPRM.
Jadi, apabila Bahri memberi kenyataan kemungkinan besar akan merayu terhadap keputusan pelik Peguam Negara yang menutup kes itu, beliau dilihat bertentangan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamad. Sekali lagi Bahri akan dijadikan korban apabila puak-puak pro Najib menganggap Bahri sebagai penderhaka.
Semua orang yang tidak diserkup kepala mereka yang kemudiannya dijamu dengan dedak akan tahu perasaan kecewa Bahri apabila kesungguhan untuk menegakkan kebenaran akhirnya dianggap pertualang. Kini Bahri berada dalam keadaan tidak selamat, bila-bila masa sahaja beliau boleh dimasukkan dalam peti ais, balasan kerana berkerja dengan penuh amanah.
Sebenarnya itulah harga yang perlu dibayar oleh pegawai-pegawai kerajaan yang menjalankan tugas dengan amanah dan tidak mengharapkan pujian kerana bersekongkol melanggar batas amanah demi kelangsungan politik pihak tertentu. Kita percaya Bahri sudah bersedia berdepan dengan semua kemungkinan di negara Islam yang memangsakan orang seperti Bahri.
Sumber berita : http://kayangdailypost.blogspot.my/2016/01/bahri-zin-rakyat-bersama-anda.html
No comments:
Post a Comment