Media arus perdana memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya memerangi rasuah.
Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata pendedahan dan laporan berita melalui medium itu boleh membantu kerajaan melakukan perubahan untuk kebaikan negara.
Katanya pendedahan itu menimbulkan kesedaran orang ramai serta meningkatkan harapan mereka ke arah mempunyai kerajaan dan sektor korporat yang lebih sihat.
"Seperti yang dibuktikan oleh sejarah, kebanyakan skandal terburuk di dunia terdedah hasil daripada kewartawanan penyiasatan.
"Media hari ini memikul tanggungjawab berat dan bukan sekadar menulis untuk menyara kehidupan, tetapi menulis dengan kesedaran dan semangat kemasyarakatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Yayasan Anti Rasuah Malaysia 2015 di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment