Wednesday, July 29, 2015

1MDB: PANEL BEBAS SPRM MAHU SIASATAN BEBAS TANPA CAMPUR TANGAN MANA-MANA PIHAK

Lima panel bebas yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu siasatan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dijalankan dengan bebas, telus dan profesional serta berkesan tanpa sebarang campur tangan apa pun daripada mana-mana pihak ketiga atau dikenakan apa-apa bentuk tekanan ke atas agensi-agensi penyiasat yang menganggotai Pasukan Petugas Khas.

Pasukan Petugas Khas yang terdiri Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan SPRM mesti diberi ruang seluas-luasnya untuk menjalankan siasatan tanpa rasa gentar dan takut akibat campur tangan pihak-pihak berkepentingan.

Dalam hal ini, kami dengan tegas menggesa agar integriti SPRM sebagai sebuah suruhanjaya pencegahan rasuah yang bebas, perlu dipertahankan dan tidak wajar dikompromi sama sekali.

SPRM perlu dilihat sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas dalam merancang dan menjalankan semua tanggungjawab yang diamanahkan sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat.

Kelima-lima panel bebas ini sebulat suara mahu siasatan yang menyeluruh dikendalikan dan hasilnya diumumkan kepada khalayak ramai secepat yang mungkin. Ini perlu bagi mengurangkan jurang persepsi serta keyakinan yang kini kian melebar.

Pengerusi kelima-lima panel bebas ini terdiri daripada Tan Sri Abu Zahar Ujang (Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah), Tan Sri Hamid Bugo (Panel Penilaian Operasi), Tan Sri Wilson Baya Dandot (Jawatankuasa Aduan) dan Tan Sri Johan Jaaffar (Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah).

Kelima-lima panel bebas juga menggesa pihak Peguam Negara, yang memberi panduan dan nasihat perundangan kepada Pasukan Petugas Khas, perlu memaklumkan dengan jelas perkembangan siasatan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap SPRM dan agensi-agensi penyiasat yang lain dalam Pasukan Petugas Khas.

Tindakan ini penting memandangkan SPRM hanya memberi tumpuan ke atas kes berkaitan SRC International, yang sebelum ini subsidiari 1MDB, manakala isu 1MDB disiasat oleh agensi penyiasat yang lain.

Kelima-lima panel bebas ini memberi jaminan kepada orang ramai bahawa SPRM akan lebih mudah dan cepat menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional jika tidak wujud sebarang tekanan dan campur tangan mana-mana pihak.

Pada akhir siasatan, jika terkesan sebarang bentuk kesalahan di bawah lunas perundangan, maka agensi-agensi terbabit perlu mengambil tindakan sewajarnya mengikut kuasa masing-masing, termasuk SPRM di bawah Akta SPRM 2009.

Selain itu, penting bagi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengumumkan hasil penemuan semua siasatan termasuk laporan Jabatan Audit Negara mengenai isu 1MDB kepada umum secepat yang mungkin.

Ini bagi mengembalikan semula pandangan keseriusan dalam menyiasat isu IMDB sekian lama, terutamanya, memandangkan imej negara sudah tercemar dan juga keyakinan rakyat ke atas keberkesanan usaha SPRM sudah mula dipersoalkan.

Oleh itu, mengambil kira perkembangan semasa dalam negara, kelima-lima panel bebas yang mewakili suara rakyat ingin menegaskan bahawa perlu ada satu penyelesaian kepada isu ini secepat yang mungkin.

Dikeluarkan bersama oleh lima panel bebas yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, iaitu:

JAWATANKUASA KHAS MENGENAI RASUAH 
LEMBAGA PENASIHAT PENCEGAHAN RASUAH 
PANEL PENILAIAN OPERASI 
JAWATANKUASA ADUAN 
PANEL PERUNDINGAN DAN PENCEGAHAN RASUAH 

29 Julai 2015

Task Force shouldn't be intimidated, says former IGP

PETALING JAYA: Former Inspector General of Police,Tan Sri Musa Hassan today said, that there should not be any interference and intimidation on the investigation by the Special Task Force on the debt-ridden 1Malaysian Development Berhad (1MDB), even from the Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak himself.
He said the task force has been entrusted to investigate the state investment arm, and should therefore be allowed to conduct their investigations without any interference.
There have been worries that the Special Task Force in charge of the 1MDB investigation will be intimidated after the service of former Attorney-General (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail, one of the four Tan Sris in the team, was terminated on Tuesday.
"They shouldn't be intimidated in performing their duties, and there shouldn't be any intimidation. You need a fair investigation, as this is a national issue," he said when contacted by theSun today.
The former police chief added that the investigation should be allowed to carry on as usual despite the turmoil surrounding the task force.
"To me, they have been tasked and should therefore continue to do so. The investigation needs to be transparent, in accordance with the proper rules, and should continue to work with high integrity. I'm not even sure why he (Abdul Gani) was removed, but the investigation must go on," he said.
SOURCE: http://www.thesundaily.my/news/1503956

Tuesday, July 28, 2015

1MDB: Penghantar Surat Bebas Tahanan Reman


PUTRAJAYA, 29 Julai (Bernama) -- Mahkamah Majistret di sini, hari ini memerintahkan seorang penghantar surat dibebaskan selepas ditahan reman empat hari sejak Ahad lepas bagi membantu siasatan berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB).


Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahim membenarkan lelaki berusia 27 tahun itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM50,000 iaitu RM10,000 daripadanya didepositkan dan baki RM40,000 jaminan secara lisan oleh dua penjamin.

Penghantar surat itu yang tidak diwakili peguam, bagaimanapun merayu agar jaminan dikurangkan tetapi majistret mengekalkan jaminan itu.

Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazalie Abdul Khairi.

Penghantar surat itu ditahan di kediaman keluarganya di Bentong, Pahang pada 6 petang Sabtu lepas untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Dengan pembebasan lelaki itu, kesemua lima individu yang ditahan SPRM untuk membantu siasatan berhubung 1MDB sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan suruhanjaya itu.

Pada Jumaat lepas, seorang pengarah sebuah syarikat pembinaan berusia 39 tahun, yang merupakan merupakan individu pertama ditahan untuk membantu siasatan itu, dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM100,000 dengan RM20,000 dalam bentuk wang tunai dan RM80,000 atas jaminan lisan dua penjamin.

Pada Sabtu lepas, Pengarah Urusan sebuah syarikat berusia 54 tahun bergelar 'Datuk' dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM100,000 dengan mendepositkan RM20,000 tunai dan RM80,000 atas aku janji lisan dua penjamin.

Pada Isnin, seorang pemilik tunggal sebuah syarikat perdagangan berusia 28 tahun dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000 iaitu RM10,000 dalam bentuk wang tunai dan baki RM40,000 atas jaminan lisan dua penjamin.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat bergelar 'Datuk' turut dibebaskan atas jaminan SPRM sebanyak RM100,000 iaitu RM20,000 daripadanya dalam bentuk tunai dan baki RM80,000 dengan jaminan lisan dua penjamin.

-- BERNAMA

Monday, July 27, 2015

Kenapa terus persoal siasatan 1MDB?



1) Di atas ini adalah gambaran isu yang ditimbulkan oleh segelintir pihak dalam siasatan kes 1MDB.

2)  Sudah boleh diagak sebenarnya, selepas ini golongan ini pasti akan persoal bila suspek hendak didakwa pula.

3) Kalau tiada pendakwaan, maka mereka akan kata inilah wayang dan cara skrip drama ini berakhir.

4) Ini bukan soal drama, ini bukan wayang, ini adalah realiti yang perlu dilalui oleh pasukan penyiasat berkenaan.

5) Sebenarnya, bukan susah pun hendak faham perkara ini. Tapi golongan ini memang sengaja tidak mahu faham. Mereka sengaja mahu menimbulkan isu dengan membuat justifikasi yang tidak adil.

7) Rakyat pun tahu, isu 1MDB ialah isu antarabangsa yang memjadikan Malaysia sebagai tumpuan dunia kerana ia melibatkan Perdana Menteri dan jumlah wang yang teramat besar.

8) Maksudnya, ini adalah soal maruah negara. Jika pasukan ini tidak telus atau gagal bertindak, maka seluruh dunia akan tidak akan percaya lagi penguatkuasa yang terlibat.

9) Maka saya amat yakin pasukan petugas khas ini telus menjalankan tanggung jawab berlandaskan prinsip without fear and favour.

- DY.


SPRM TAHAN SEORANG LAGI PENGARAH URUSAN SYARIKAT BAGI MEMBANTU SIASATAN KES BERKAITAN SRC INTERNATIONAL


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh perintah tahanan reman ke atas seorang lelaki, berusia 48 tahun, yang merupakan Pengarah Urusan sebuah syarikat pembinaan dan pembangunan hartanah bagi membantu siasatan yang berkaitan dengan SRC International.

Dia ditahan di Kuala Lumpur pada petang 24 Julai 2015. Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan tahanan reman selama empat hari mulai hari ini (25 Julai 2015).

Lelaki ini ditahan berhubung siasatan yang sedang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas yang terdiri daripada Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan SPRM.

Siasatan ke atas lelaki ini dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Dalam pada itu, seorang Pengarah Urusan yang ditahan reman sejak 22 Julai 2015 telah dibebaskan pada hari ini (25 Julai 2015) dengan jaminan RM100,000 oleh dua orang penjamin.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA
25 JULAI 2015

1MDB: Penghantar surat direman empat harI

PUTRAJAYA 26 Julai – Seorang penghantar surat sebuah syarikat direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Lelaki berusia 27 tahun itu diberkas di rumahnya di Bentong, Pahang pada pukul 6.30 petang semalam oleh pasukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan individu terbabit mempunyai kaitan dengan individu ketiga yang ditahan reman oleh SPRM pada Jumaat lalu yang merupakan pemilik syarikat perdagangan.

Syarikat itu mempunyai kaitan dengan Ihsan Perdana Sdn. Bhd. iaitu salah sebuah daripada tiga syarikat yang sedang disiasat berhubung kes tersebut selain SRC International Sdn. Bhd. dan Gandingan Mentari Sdn. Bhd.

Perintah reman terhadap penghantar surat itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman di sini hari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.
Sejak Selasa lalu, penghantar surat terbabit termasuk dua pengarah syarikat bergelar Datuk antara lima individu direman untuk membantu siasatan kes 1MDB.

Walau bagaimanapun, dua daripada suspek yang ditahan reman itu dibebaskan dengan jaminan pada Jumaat lalu dan semalam.

SUMBER BERITA: www.utusan.com.my/berita/nasional/1mdb-penghantar-surat-direman-empat-hari-1.117469#sthash.iprYImnJ.dpuf

Friday, July 24, 2015

KALAU SEMUA BENDA TAK KENA, SEMUA BENDA TAK JADI


Hairan. Ada saja yang tak kena dengan siasatan kes 1MDB.

Bila tubuh pasukan petugas khas untuk siasat kes - dikatakan wayang saja, bukan berani hendak bertindak pun.

Bila SPRM reman tiga individu - dikatakan tahan tidak ikut undang-undang. 

Bila polis pergi siasat Justo - ditanya kenapa pula hendak dengar cerita Justo.

Paling pelik, ada pula yang 'ugut' dengan ungkapan 'jangan sangka rakyat jelata tidak tahu'.

Tapi tiada pula yang lihat pasukan petugas khas sedang menjalankan tanggung jawab mereka.

Faktanya, penyiasatan sedang berjalan dan ada perkembangan.

Yakinlah pada pasukan petugas khas ini. Bukan petik jari semua benda boleh dapat.

Kalau diimbau kes rasuah berprofil tinggi di negara ini seperti skandal BMF atau Perwaja Steel kedua-duanya ambil tempoh masa yang lama untuk siasatan iaitu antara lima ke lapan tahun.

Sekadar mengambil dua kes ini sebagai contoh, sebab begitulah rumit prosesnya.

Jadi, cukup-cukuplah, kalau semua benda tak kena, semua benda tak jadi.

Wallahua'lam.

Siasatan 1MDB: Seorang lagi direman



PUTRAJAYA 24 Julai - Seorang pemilik tunggal syarikat perdagangan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Suspek berumur 28 tahun itu diberkas pada pukul 10.45 malam tadi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membenarkan suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009 di Mahkamah Majistret di sini.

Penangkapan suspek tersebut menjadikan jumlah yang diberkas berhubung kes itu sebanyak tiga orang.

Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka telah dibebaskan pagi tadi dengan ikat jamin sebanyak RM100,000.

SUMBER BERITA : http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/siasatan-1mdb-seorang-lagi-direman-1.116322/reman-1mdb-1.116325#sthash.sF0Iv9oh.dpuf

Wednesday, July 22, 2015

Dana Politik Perlu Dikawal - Saifuddin

PETALING JAYA: Penggunaan dana politik perlu dikawal untuk mengelak penyalahgunaan dan rasuah, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah.
"Politik memerlukan wang, tetapi penggunaannya perlu dikawal. Apa yang salah adalah bila wang untuk politik disalahgunakan," katanya sambil menambah penggunaan wang haram boleh menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada proses demokrasi.
Saifuddin menyatakan pandangannya menerusi kolumnya di akhbar tempatan turut memaklumkan, kawalan itu perlu membabitkan dua tahap iaitu parti politik dan calon.
"Untuk parti, kawalan adalah dari segi jumlah dana yang diperlukan dan sumber dana diperoleh, misalnya daripada ahli atau bukan ahli, keuntungan perniagaan, menyewa aset dan wang haram dan juga sama ada mereka turut menggunakan kedudukan dalam kerajaan, pegawai, aset dan dana agensi kerajaan," katanya.
Beliau menambah, cara atau kaedah parti politik menggunakan dana perlu dikawal.
"Apakah perbelanjaan itu mencapai sasaran? Apakah ia diaudit? Sudahkah ia dibahas dan diluluskan secara telus pada mesyuarat agung tahunan parti dan apakah sistem kewangan serta prosesnya telah dijalankan secara berintegriti dan bertanggungjawab," katanya.
Mengenai calon pula, beliau berkata, jumlah dana yang diperlukan sepatutnya ditaksir.
Beliau berkata, calon juga perlu disaring untuk memastikan sama ada mereka terbabit dalam kegiatan beli undi.
Katanya lagi, beberapa peruntukan undang-undang membabitkan pilihan raya umum termasuk berkaitan petugas parti perlu dipinda.
"Definasi yang jelas mengenai petugas parti dan elaun yang dibenarkan seperti untuk makanan dan petrol diperlukan supaya pengundi tidak 'beralih' kepada pekerja parti untuk cuba membeli undi.
"Satu lagi aspek adalah poster termasuk bunting dan papan iklan. Jika parti atau calon hanya dibenarkan untuk memaparkan item berkenaan di kawasan terhad, bayangkan berapa banyak dana yang dapat dijimat," katanya.
Beliau berkata, jika garis panduan dapat dirangka ia dapat mengurangkan kadar yang dituntut daripada calon, sekali gus dapat menjimatkan wang parti.
Saifuddin juga meminta supaya kadar siling membabitkan dana yang dibelanjakan calon ditetapkan.
"Jika dana politik tidak ditangani, akan ada pihak yang menggunakan wang untuk mendapat kuasa dan menggunakan kuasa untuk mendapat lebih banyak wang. Putaran ini akan berterusan hingga ia menjadi lebih teruk," katanya.
SUMBER: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/07/21/kawal-dana-politik/

When avenues for corruption are created - Walter Sandosam

Corruption continues to persist and torment. To be able to combat any menace successfully, one must be able to first understand the root causes which allow for such negative activity to prevail. Is it only the work of the anti-graft agency to fight corruption?  Do others also have a role to play? There appears a lack of clarity here.

In March 2015, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) arrested six high ranking naval officers for their alleged involvement in shady deals in the purchase of spare parts. This was against the backdrop of widespread corruption and abuse of power by senior officers including living lifestyles beyond their incomes.

Now pursuant to the uncovering of graves of illegals at the border, a report by the Special Branch has indicated that 80% of the country’s border patrols and security personnel are corrupt. Was Bukit Aman’s Integrity and Standards Compliance Department not aware of this?

Kulai MP Teo Nie Ching has recently described this as both “alarming and embarrassing”. So what needs to be done? Do we go on an emotional tirade against the MACC for perceived “ineffectiveness” or should the problem be looked at from a more mature and holistic perspective.

Lawmakers should help positively.

An in-depth investigation by the MACC on the Royal Malaysian Navy (RMN) episode has revealed some disturbing facts. RM26.4 million was spent on spare parts for just one of its vessels as reported in a local daily.

These purchases were apparently made through an outmoded procurement system in defiance of a Finance Ministry directive to use the e-perolehan system. Internal audit reports from the RMN had apparently also failed to detect this practice.

As this outmoded system had been used, it allowed for leeway to manipulate information relating to purchases. Avenues for corruption had been inadvertently created.

On the border patrols and security issue, part of the problem is due to the infrequent rotation and familiarity of the personnel which had led to corruption relating to smuggling and human trafficking. Could this have not been foreseen?

Question: where is the governance and supervision expected of the senior officers who are charged with oversight responsibilities to eliminate such and other instances which could breed corruption?
Are they intellectually challenged or just lackadaisical in discharging their duties?  What an utter disgrace!  Either way both reasons are heinous and deserve to be punished severely. Our country needs to be rid of the inept!

In early 2015, the MACC had produced a comprehensive report on our border weaknesses. Was appropriate action taken swiftly our do we suffer from the malaise of lack of responsibility and urgency. That is why we have corruption!

Action appears to have been slow but there is a sudden surge in adrenalin after the mass graves were found. Is our security intelligence so weak that we do not know what is happening at our borders? Do we need people to die first before we get our act together? We collectively have to account for those who died within our borders.

Is the MACC proactive? Other than investigating and uncovering the corrupt, most recently the illegal logging, reports with recommendations have been produced on the Cameron Highlands disaster, the border situation (even before the unfortunate incident) and now on RMN’s procurement.
With all this information available the lawmakers, relevant state authorities, local governments and those at the various ministries should execute their duties diligently. Fighting corruption is a collective effort and should be preventive.

Who is responsible if 80% of border personnel are perceived corrupt?  What has been implemented at Cameron Highlands? What ails the RMN? These issues should be tackled at source. Those responsible should be held accountable. Lawmakers should demand and get answers. That is how you eliminate corruption.

Let us not exhibit unbridled stupidity in not being able to identify the root causes contributing to corruption and initiating the consequential preventive measures. All parties should play their role. It is not the exclusive purview of the anti-graft agency alone.

* Walter Sandosam reads The Malaysian Insider.
* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

SOURCE: http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/when-avenues-for-corruption-are-created-walter-sandosam#sthash.74YMY46D.dpbs

Opposition must focus on bigger picture, not snide remarks - Walter Sandosam

The 16th International Anti-Corruption Conference (IACC) to be held in Putrajaya, Malaysia, in September appears to have attracted much interest especially with a veteran opposition MP’s comment that the conference should go on.

This essentially reverses a comment made earlier that the Conference should not go on. It is also suggested that there should be a sub-theme of “1MDB Financial Scandal”. Why the about turn? Is it self-interest?

This view, of course presupposes that elements of corruption have already been proven and announced by the task force and/or the Public Accounts Committee (which includes opposition lawmakers) which is currently perusing the Auditor General’s report including questioning various parties on the purported sordid dealings of 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

One can’t help but agree that if this was so, this scandal would indeed be a “perfect case study” to show how corrupt Malaysia is and what more, for the good of the world at large, Malaysia is sharing our story. We will be remembered as a truly altruistic nation. In that context, the “show must go on”.
If it is a financial scandal not related to corruption, then the IACC Conference will not be an appropriate stage as its focus is on corruption. Consequentially, we may have to wait for a more suitable forum to highlight our ineptitude.

We must recall the Port Klang Free Trade Zone (PKFZ) case where following due legal process the person charged was acquitted. No corruption here, so we can’t have this as a sub-theme!

Views have been expressed by many quarters on the “independence” of the  task force. The members, notwithstanding however independent they may be, the crux is that they are investigating their “boss”. So it is opined rather unfairly that they just cannot be independent. This places both the “boss” as well as the task force in a quandary. Whatever the outcome, credibility of both parties is tainted.

It was suggested that the “boss” go on leave and the deputy take over. The Bar Council has stated that it is “wholly unacceptable and untenable for the prime minister to continue in office while the investigation is in progress.” The deputy however has stated that “I fully support the task force….” and that all parties should have confidence that the task force will conduct its investigations in a fair and transparent manner! This is due process.

This saga inevitably draws attention to “Who’s the boss”. Must all report to the same boss?
This is where the opposition must make itself both useful and credible. Why is the MACC answerable to the prime minister? Why is sole responsibility for prosecution entirely with the attorney-general (AG)?  Are there no other better operating structures and options?

If we are comfortable with the current situation then do not cast aspersions on the independence of these parties and for that matter the inspector-general of police and Bank Negara Malaysia governor.

Accept their integrity and consequential independence. Snide remarks waste time.

If there is apprehension, opposition lawmakers should be more responsible and pragmatic.
Support amendments to the constitution to make the MACC to have a special service commission, where the Chief Commissioner has security of tenure and does not report to the Executive arm, and also to give the power hire and fire. The A-G’s function should be separated into two functions: the public prosecutor function which is independent and the adviser to the government function.

These steps will eliminate the perceived inherent conflict of interest situation. The Bar Council could be more pro-active and forceful in helping to promulgate such changes. The public look forward to such leadership.

Opposition lawmakers should focus on the bigger picture.  Asking first for cancellation of an international conference and later for sub-themes and case studies to be part of the schedule reflects lack of coherent thought and misplaced focus on street politics to score points.

To be a credible opposition, spend time on game changing strategies! The IACC Conference which is done in conjunction with Transparency International should proceed as scheduled without hitches. We all can learn from it! 

* Walter Sandosam reads The Malaysian Insider.
* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

SUMBER BERITA: http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/opposition-must-focus-on-bigger-picture-not-snide-remarks-walter-sandosam#sthash.OohuDKOH.dpuf

Promosi Malaysia hab latihan antirasuah

DATUK SERI ZAKARIA JAFFAR

KEMUNGKINAN besar tulisan ini karya saya yang terakhir sebelum berundur dari per­khidmatan awam selepas berkhidmat lebih tiga dekad (bersama Badan Pencegah Rasuah yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau singkatannya SPRM). Saya akan bercuti sempena persaraan mulai awal Ogos ini.

Akhir tahun lalu, saya berpeluang ke Bhutan untuk mengambil bahagian dalam program kerjasama latihan agensi penguat kuasa negara itu dan SPRM. Bhutan memperlihatkan kebanggaan pihak­nya kerana berpeluang berkongsi penga­laman dengan Malaysia. Negara Asia Selatan yang terletak di hujung pergunungan Himalaya itu sebenarnya berada dalam keduduk­an lebih tinggi dari segi Indeks Persepsi Rasuah (CPI) berbanding Malaysia.

Saya pun hairan. Negara yang tinggi ranking dalam CPI, tetapi berminat mempelajari pengalam­an Malaysia dari segi pembinaan kapasiti dan keupayaan mencegah rasuah. Sepatutnya kita belajar da­ripada mereka. Bukan sebaliknya.

Ketika itu, jawapan yang diberikan pemimpin Bhutan: Mereka gembira kerana Malaysia jujur dan ikhlas dalam berkongsi ilmu dan pengalaman dengan negara itu.

Perkara sama ditekankan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Bhutan, Zeten Zangmo ketika berada di Putrajaya sempena majlis menandatangani Memorandum Persefahaman dengan SPRM pada 11 Mac lalu.

“Bhutan memilih Malaysia kera­na negara ini mengamalkan keterbukaan dan komited dalam perkongsian pengalaman. Malaysia (dan SPRM) mempunyai pengalaman yang luas dalam membendung jenayah rasuah di peringkat antarabangsa serta rantau Asia. Malaysia juga telah mengintegrasikan dan menginstitusikan pendekatan antirasuah yang telah dijadikan contoh di peringkat dunia,” kata Zeten.

Saya terharu dengan kata-kata ini. Bagi saya dan SPRM, ini satu penghargaan dan penghormatan buat Malaysia. Sumbangan Malaysia diiktiraf oleh pihak luar. Perakuan ini harus menjadi satu kebanggaan buat rak­yat Malaysia sementara kita be­kerja keras untuk memerangi rasuah.

Di SPRM, peranan melatih pegawai terletak di bahu Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) yang tahun ini berusia satu dekad.

MACA menyediakan la­tihan se­cara konsisten kepada pe­gawai-pegawai Suruhanjaya Pe­ncegahan Rasuah Bhutan sejak 2011 berkaitan siasatan dan perisikan. Pada 2013, MACA mendapat pengiktirafan Pejabat PBB Berkenaan Dadah dan Jenayah (UNODC). Dalam laporan penilaian berkenaan pematuhan Malaysia, khususnya SPRM ke atas Konvensyen PBB Berkenaan Pencegahan Rasuah (UNCAC), UNODC mengiktiraf peranan MACA sebagai pusat latihan bertaraf antarabangsa.

MACA mengambil pelbagai pendekatan untuk menjadi pusat serantau bagi usaha-usaha me­merangi dan mencegah rasuah.

Pelbagai institusi dan pertubuh­an antarabangsa menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam menyediakan tenaga pengajar, pakar untuk merangka dan mengendalikan kursus, latih­an, seminar dan bengkel setiap tahun, terutamanya di rantau Asia Pasifik dalam pembanterasan jenayah rasuah. Ini boleh dilaksanakan melalui hubungan dua hala dan pelbagai hala dengan agensi-agensi penguat kuasa serantau seperti ICAC Hong Kong, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Badan Pencegah Rasuah Brunei Darussalam, Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Korea Selatan, Komisi Pemberantasan Korupsi Indonesia, Biro Siasatan Amalan Rasuah Singapura dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Nasional Thailand.

Dengan adanya pelbagai program yang dirancang, diharapkan MACA akan muncul sebagai pusat pembe­lajaran dan latihan terpen­ting di rantau Asia. Penubuhan MACA ini juga adalah sebagai tanggungjawab untuk meningkatkan kemahiran dan profesionalisme pegawai-pegawai SPRM, melalui penyediaan kursus dalam perkhidmatan untuk modul penyiasatan, pendakwaan, perisikan, pendidikan masyarakat, pemeriksaan dan perundingan, tatacara kerja, peng­urusan dan kewangan, keselamat­an, kepimpinan, latihan kejurulatihan, teknologi maklumat serta pengajian bahasa terutama bahasa Inggeris.

Visi MACA menjadi pusat kecemerlangan pencegahan rasuah bertaraf serantau dan antarabangsa. Kumpulan sasarannya pegawai SPRM, jabatan dan agensi kerajaan, sektor swasta, dan peserta dari negara.

Sejak penubuhannya MACA berusaha gigih memberikan latihan berkaitan penguatkuasaan antirasuah yang signifikan dan efektif di peringkat nasional dan global. Kejayaan MACA meng­anjurkan pelbagai program latihan melalui kerjasama strategik dengan agensi-agensi antarabangsa membuatkannya semakin diiktiraf sebagai peneraju pusat latihan antirasu­ah yang mapan.

Demi mencapai objektif membanteras jenayah rasuah, MACA, Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Akademi Antirasuah Antarabangsa dan Interpol telah berganding bahu menganjurkan seminar-seminar teknikal di Malaysia.

MACA ditubuhkan sebelum SPRM lahir sebagai sebuah suruhanjaya bebas pada 2009. Susulan kewujudan SPRM dan selari de­ngan program transformasi, peranan MACA bertambah giat dan luas. Tanggungjawab akademi meningkat bagi membolehkan SPRM memiliki barisan modal insan yang mahir dan berpengetahuan luas. Dalam hal ini, Pusat Latihan Asas (PLA) bertanggungjawab menyelaras dan melaksanakan program latihan untuk pembangunan kerjaya pegawai dan kakitangan sokongan dengan tumpuan utamanya menjalankan kursus asas kepada pegawai-pegawai lantikan baru SPRM. PLA adalah nadi kepada SPRM untuk me­latih pegawai-pegawai baru.

Di sebalik peranan itu, dalam era globalisasi, usaha membanteras rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan menjadi semakin rumit. Kemajuan teknologi, kepesatan pembangunan, nilai kemanusiaan yang terhakis antara cabaran yang menyukarkan lagi inisiatif pencegah­an jenayah rasuah.

Justeru SPRM menjadi tonggak penting dalam membantu memperkasa integriti yang dizahirkan melalui peranan latihan yang dimainkan Pusat Pembangunan Integriti Korporat, MACA.

Penyertaan pegawai penguat kuasa dari luar negara dalam Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO), kendalian SPRM menyaksikan peningkatan, sekali gus mening­katkan keyakinan ma­syarakat antarabangsa ke atas mekanisme kawalan dalaman. Pening­katan itu ada kaitan de­ngan impak dan kesan positif yang disumbangkan oleh Program CeIO kepada agensi swasta dan awam.

Ketika Mesyuarat Negara Anggota Asia Tenggara Memerangi Rasuah (SEA-PAC) Ke-10 di ibu negara awal Disember 2014, SPRM telah menawarkan untuk menjadikan MACA sebagai hab latihan serantau bagi memperkukuhkan keupayaan dan kapasiti pencegahan rasuah.

Putrajaya menjadi lokasi Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) Kali Ke-16 pada September ini. Diharap pengalaman dan kejayaan seperti ini akan dikongsi, bukan sahaja bagi manfaat Malaysia, bahkan demi masyarakat antarabangsa.

Berdasarkan pengalaman periba­di saya sebagai pegawai antirasuah selama lebih tiga dekad, Malaysia mempunyai amalan baik dan kejayaan untuk dikongsi bersama negara lain. Begitulah sebaliknya.

PENULIS ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM.

SUMBER BERITA: http://www.utusan.com.my/rencana/promosi-malaysia-hab-latihan-antirasuah-1.115283#sthash.sOQfsDRQ.dpuf

Perangi rasuah satu ibadat



BANYAK pihak tidak menyedari usaha mencegah rasuah adalah satu bentuk ibadat berpanjangan dalam menentang kebatilan.

Rasulullah SAW memberi me­sej yang cukup jelas kepada umatnya iaitu setiap pelaku rasuah sama ada pemberi mahupun penerima akan menerima azab seksa yang amat pedih di neraka kerana dosanya yang cukup besar di sisi Allah SWT. Ibnu Umar RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam neraka.”

Hadis Rasulullah itu menarik minat seorang mahasiswa perakaun­an dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sesi 1977-1981 untuk menyertai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Baginya, sebarang usaha untuk memastikan umat Islam tidak terjerumus ke lembah kehancuran di­sebabkan rasuah adalah satu bentuk ibadat yang pasti ada ganjaran di sisi Allah SWT sekiranya dilakukan dengan seikhlas hati.

Individu dimaksudkan itu ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Peng­urusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malay­sia (SPRM), Datuk Seri Zakaria­ Jaffar yang juga seorang akuntan bertauliah.

Selepas menabur bakti lebih 33 tahun, beliau akan menamatkan perkhid­­matannya dalam SPRM di usia 58 tahun pada 29 Julai ini.

Ketika ditemui di pejabatnya di Putrajaya, baru-baru ini, Zakaria berkata, sebaik sahaja menamatkan pengajian di UKM pada 1981, beliau terus memohon menyertai BPR meskipun mempunyai pilihan kerja yang lebih lumayan setaraf kelulusannya dalam bidang perakaunan.

“Jika hendak diikutkan saya boleh menerima gaji lebih lumayan jika bekerja di tempat lain sebagai akauntan bertauliah. Namun itu bukan keutamaan kerana apa yang lebih penting saya perlu memilih pekerjaan yang membolehkan saya beribadat sepanjang masa,” ujarnya.

Selepas berjaya dalam temuduga beliau diminta melapor diri di ibu pejabat BPR pada 2 Ogos 1982 sebagai pegawai penyiasat di cawangan ekonomi.

“Penempatan saya di cawangan ini mungkin ada kaitan dengan kelulusan saya. Di cawangan ekonomi, kes-kes yang disiasat berprofil tinggi dan amat sensitif,” katanya.

Zakaria berkata, sepanjang berada dalam cawangan itu beliau diberi peluang menyiasat beberapa kes besar antaranya skandal BMF di Hong Kong yang juga anak syarikat Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB) ketika itu, di samping kes Perwaja Steel membabitkan tokoh korporat Tan Sri Eric Chia yang memakan masa lebih lapan tahun.

Zakaria turut berkongsi tentang tiga prinsip asas yang perlu ‘digenggam’ oleh semua pegawai penyiasat ketika menjalankan tugas iaitu;

Need to know basis yang ber­mak­sud hanya anggota dan pe­gawai terlibat yang tahu me­ngenai satu-satu kes malah ahli keluarga masing-masing pun tidak mengetahuinya. Tujuannya menjaga kerahsiaan kes yang disiasat.

Kill first explain later. Ungkapan ini bermaksud pegawai pe­nyi­a­­sat akan berusaha mendapatkan dokumen atau bukti dengan apa cara sekalipun tanpa perlu beri penjelasan untuk tujuan siasatan tetapi perlu dilakukan tanpa melanggar undang-undang.

First light enter pula bermaksud tangkapan dibuat terhadap suspek sebaik sahaja dia baru bangun tidur di waktu pagi. Pada waktu ini kebiasaannya suspek tidak bertindak agresif ketika ditangkap.

“Ketiga-tiga prinsip ini menjadi panduan kepada pegawai penyiasat kita ketika menjalankan siasatan terhadap satu-satu kes sehingga kes berkenaan dibawa ke mahkamah,” katanya lagi.

Berbalik kepada penglibatannya dalam beberapa kes utama Zakaria berkata, antara yang cukup memberi kesan kepadanya satu kes pecah amanah melibatkan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat milik kerajaan (GLC).

Setelah mengumpulkan semua bahan bukti beliau mengarahkan sebuah pasukan diketuai oleh seorang pegawai penyiasat ke rumah CEO itu kira-kira pukul 4 pagi untuk mela­kukan tangkapan sesuai dengan prinsip first light enter.

Bagaimanapun, dalam kes tersebut kata Zakaria, tiada tangkapan dibuat sehingga menyebabkan beliau amat marah kepada pasukan tersebut.

“Namun demikian apa yang menghairankan saya pegawai penyiasat pula tiba-tiba yang menangis. Dia kata suspek akan datang ke pejabat pukul 8 pagi ini untuk serah diri.

“Selepas suspek menyerah diri, barulah pegawai penyiasat saya ini bercerita. Katanya semasa tangkapan mahu dibuat, lampu yang mula-mula dibuka adalah di ruang tamu dan bukannya di bilik tidur,” ujarnya.

Selepas lampu dibuka kata Zakaria, pasukan itu menyerbu ke dalam rumah tersebut dan apa yang menyentap perasaan pasukan tersebut, mereka melihat di sisi CEO itu anak-anaknya yang sedang lena tidur di samping seorang nenek.

“Anak yang paling kecil menangis mahukan susu. Pada ketika itu barulah pasukan itu diberitahu bahawa isteri CEO itu baru meninggal dunia dua minggu lalu kerana menghidap barah payu dara manakala nenek itu ibu mertuanya,” ujarnya.

Zakaria melihat kes itu dalam pelbagai sudut antaranya balasan dunia yang mungkin diterima akibat melakukan rasuah. Akhirnya selepas melalui perbicaraan CEO itu dibebaskan.

Kes lain yang turut terkesan di hati Zakaria melibatkan suspek yang akhirnya berubah menjadi insan lebih baik.
“Satu kes berlaku di Sarawak iaitu semasa saya bertugas di sana. Satu hari saya telah mengarahkan satu tangkapan dibuat terhadap seorang pegawai kanan kerajaan dalam bidang media.

“Pegawai penyiasat yang terlibat dalam kes tersebut seorang Iban dan tangkapan dibuat ketika pegawai berkenaan mengadakan kendu­ri untuk ke Mekah. Pegawai yang ditahan ini benar-benar aib. Beliau akhirnya dibenarkan ke Mekah untuk tunaikan haji.

“Beliau kemudian dibicarakan dan dibebaskan. Saya bertemu de­ngan pegawai berkenaan di Pondok Pasir Tumbuh Kelantan dan di saat saya bertemu dengannya beliau benar-benar menghambakan diri untuk mencari ilmu akhirat sehingga meninggal dunia,” katanya lagi.

Inilah antara kes yang memberi kesan kepada Zakaria. Walaupun kesnya kecil tetapi pengajarannya begitu banyak.

Dalam pada itu beliau mengakui kegiatan rasuah di negara ini masih berlaku tetapi dikategorikan sebagai masih terkawal.
Meskipun begitu ujar beliau, usaha untuk membendungnya perlu dilakukan bersungguh-sungguh supaya tiada lagi berlaku pencerobohan tanah secara haram seperti yang terjadi di Cameron Highlands dan beberapa kes lain yang dibongkar oleh pihak media.

“Kita pun dalam proses membuka sebuah pejabat tetap di Ca­meron Highlands. Selepas diluluskan kelak kita akan menempatkan beberapa anggota dan pegawai SPRM di kawasan tanah tinggi itu bagi memantau kes-kes pencerobohan tanah di sana,” katanya lagi.

Beliau turut melahirkan rasa gembira apabila tahap keyakinan rak­yat terhadap keupayaan SPRM menjalankan tugas-tugas pencegah­an rasuah semakin me­ningkat dari setahun ke setahun.

Berdasarkan kajian, beliau ber­kata, berbanding tahap keyakinan orang ramai terhadap SPRM pada 2009 cuma 30 peratus, kemudiannya meningkat 39 peratus (2010); 42 peratus (2011); 54 peratus (2012); 65 peratus (2014) dan tahun ini dijangka mencecah 70 peratus.

“Secara umumnya rakyat semakin percaya kepada kewibawaan SPRM dalam menjalankan kerja-kerja membendung, mencegah dan menyiasat segala kegiatan ber­kaitan rasuah.

“Kita akan balas kepercayaan ini dengan memberikan komitmen menghapuskan kegiatan rasuah yang boleh dianggap salah satu musuh utama negara,” ujar bapa kepada 11 anak ini.

Pada masa sama katanya, 27 juta rakyat Malaysia perlu bersama-sama SPRM memerangi perbuatan jijik rasuah itu supaya kegiatan tersebut akhirnya dapat diben­dung sekali gus meletakkan Malaysia pada kedudukan baik dalam senarai laporan CPI.

Meskipun bakal bersara, beliau tetap komited dengan perjuangannya untuk memerangi rasuah dan sedia menerima jemputan daripada mana-mana pihak khususnya pihak media untuk bercakap mengenai gejala tersebut dan kesannya kepada masyarakat dan negara. Tidak boleh disangkal sayang dan kasih Zakaria kepada SPRM tidak berbelah-bahagi.

“Darah yang mengalir dalam tubuh saya ini hanya tertulis dua perkataan sahaja iaitu BPR dan SPRM,” katanya mengakhiri sesi temu bual ini.

Selamat bersara Datuk Seri!

SUMBER BERITA : http://www.utusan.com.my/rencana/perangi-rasuah-satu-ibadat-1.115282

THE LAW MUST PREVAIL

1) SEBELUM INI RAMAI YANG MEMPERTIKAIKAN KEWIBAWAAN PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB.
2) SALAH SATU CONTOHNYA IALAH SPT DI BWH NI :
DAP today questioned how a task force initially comprising three agencies probing the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) scandal could have morphed into four agencies, and wanted to know who is heading the panel.
Parliamentary leader Lim Kit Siang, in a statement today, expressed doubts that even cabinet ministers could tell when the transformation had taken place.
"I don’t think even ministers can tell when this transformation from a three-agency task force turn into four Tan Sris special task force took place and at whose command and authority?
"Who is the head of the four Tan Sris special task force? Is it Tan Sri Gani, Tan Sri Khalid, Tan Sri Zeti or Tan Sri Abu Kassim?," he said, in referring to the Attorney-General Tan Sri Gani Patail, the Inspector General of Police Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar, Bank Negara governor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz and the Malaysian Anti Corruption Commission chief commissioner Abu Kassim Mohamad.
"Or is it headless or do we have a hydra-headed special task force? I don’t think apart from Najib, any one in Cabinet or government can give an answer. What are the terms of reference of this four Tan Sris special task force?" he asked in a statement today.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/who-is-the-head-of-the-four-tan-sris-task-force-asks-kit-siang#sthash.Fb3rx0qe.dpuf

3) SEJAK KELMARIN, DUA INDIVIDU DAH DIREMAN BERKAITAN KES 1MDB...MAKSUDNYA PENYIASATAN INI SEDANG BERJALAN.

4) SUMBER MENDEDAHKAN KINI TERDAPAT 10  INDIVIDU DALAM PERHATIAN.

5) DALAM PADA ITU, SPRM JUGA DIKATAKAN SEDANG MENGESAN 3 INDIVIDU YANG DIKATAKAN TELAH MENGHILANGKAN DIRI. SALAH SEORANG DIPERCAYAI BERADA DI INDONESIA.

6) JADI NAK PERTIKAI APA LAGI...THE LAW MUST PREVAIL AND NOBODY IS ABOVE THE LAW. TUNGGUUUUU...

Tangkap menangkap dah bermula...!!

1MDB: Task Force Showing Seriousness


A Kadir Jasin

I BELIEVE the chips are falling in the 1Malaysia Development Berhad scandal.

[REMINDER: No anonymous comments will be published.  Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym is accepted. Please be respectful .. No swearing. Thank you]

I believe too, albeit with slight reservation, that the 1MDB Task Force is serious about uncovering the truth and acting, without fear and favour, against the guilty parties.

My slight reservation is based on my observation of media statements that suggest a certain member of the Task Force is still playing "kayu tiga".


But with two arrests in two days, the Task Force cannot be engaging in play acting or an act of deceit involving the Attorney General, the police, the Malaysian Anti-Corruption Agency and Bank Negara. They have to be serious.

On July 20, an executive director of a publicly traded construction company was arrested at KLIA as he was about to board a plane bound for Taiwan.

The 39-year old is believed to be a Chinese Malaysia. He has been variously identified as Jerome Lee Tak Loong and his company is Putrajaya Perdana Berhad.

If the information is correct, his arrest has another twist to it. According to the company’s official website, its chairman is (Datuk Panglima) Abdul Azeez Abdul Rahim, the Barisan Nasional MP for Baling and the chairman of Tabung Haji. Tabung Haji is one of the many government agencies embroiled in the 1MDB debt saga.

The 39-year old must be a very important person in the 1MDB saga because his lawyer is the high-profiled (Tan Sri) Muhammad Shafee Abdullah. Not every Dollah, Tong and Harishan (the Malaysian version of Tom, Dick and Harry) can afford or would need his services.

So logically Lee’s arrest must have been very significant to the case so as to warrant Muhammad Shafee’s services.

Media reports quoted Muhammad Shafee as saying that his client was remanded for fours day for investigation under Section 17 (a) of the MACC Act. He said he did not know the grounds for his client's arrest but was told it was on "investigation on national grounds". 

Then yesterday afternoon a high level executive identified as (Datuk) Shamsul Anwar Sulaiman was also arrested and was this morning remanded for five days in relation to the same investigation.

He is the managing director of Ihsan Perdana Sdn Bhd, the company that undertakes corporate social responsibility (CSR) programmes for 1MDB's charity foundation, the Yayasan 1MDB.

Ihsan Perdana was one of the entities mentioned in the Wall Street Journal expose of July 2 as being part of the money trail involving billions of ringgit that led to Mohd Najib's personal accounts.

The MACC prosecutor Ahmad Sazilee Abdul Khairy today said  that Shamsul, 54, was met at The Curve and taken to the agency's headquarters where he was arrested under Section 17 (a) of the MACC Act.

baca artikel penuh di http://kadirjasin.blogspot.com/2015/07/1mdb-task-force-showing-seriousness.html

SPRM TAHAN PENGARAH URUSAN BAGI MEMBANTU SIASATAN KES BERKAITAN DENGAN SRC INTERNATIONAL

Berita semalam...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan
seorang lelaki, berusia 54 tahun, yang merupakan pengarah urusan
sebuah syarikat bagi membantu siasatan yang berkaitan dengan SRC
International.

Dia ditahan di sebuah hotel di Mutiara Damansara, Petaling Jaya,
Selangor pada petang, 21 Julai 2015 dan kini ditahan reman selama lima
hari mulai hari ini (22 Julai 2015).

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Putrajaya.

Lelaki ini ditahan berhubung siasatan yang sedang dijalankan oleh
Pasukan Petugas Khas yang terdiri daripada Bank Negara Malaysia, Polis
Diraja Malaysia dan SPRM.

Siasatan ke atas lelaki ini dijalankan mengikut Akta SPRM 2009.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
22 JULAI 2015

SPRM TAHAN SEORANG AHLI LEMBAGA PENGARAH BANTU SIASATAN 1MDB

Berita 2 hari lepas...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang lelaki
yang merupakan ahli lembaga pengarah syarikat pembinaan, semalam.

Dia yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini ditahan
reman selama empat hari mulai hari ini.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.

Lelaki ini ditahan berhubung siasatan yang sedang dijalankan oleh Pasukan
Petugas Khas, yang terdiri daripada SPRM, Bank Negara Malaysia dan Polis Diraja
Malaysia, berkaitan isu 1MDB.

Siasatan ke atas lelaki ini dijalankan mengikut Akta SPRM 2009.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
21 JULAI 2015