Tuesday, July 10, 2018

PROGRAM TAKLIMAT GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH BAGI ANGGOTA PENTADBIRAN DAN AHLI-AHLI PARLIMEN

PUTRAJAYA, 10 Julai 2018: Hampir 160 Ahli Parlimen dan Anggota Pentadbiran Kerajaan mengikuti program sehari Taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah, di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini. Program khusus bagi Anggota Pentadbiran Kerajaan dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan ini adalah julung kali diadakan dan mengumpulkan hampir kesemua Ahli Parlimen dalam Pakatan Harapan.

Ini merupakan julung kali taklimat ini diadakan sejak Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan perutusan khas manakala Ketua Pengarah GIACC, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkongsi mengenai peranan dan fungsi GIACC. Selain itu sebanyak lima pembentangan yang berkaitan dengan pengisytiharan harta, penerimaan hadiah, pengurusan dan pentadbiran peruntukan Ahli-Ahli Parlimen, dan kesalahan-kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan kesalahan-kesalahan lazim dilakukan oleh anggota pentadbiran dan ahli-ahli Parlimen turut disampaikan.

GIACC menganjurkan sesi taklimat selari dengan hasrat Kerajaan pimpinan YAB Tun Dr Mahathir yang beriltizam mahu melahirkan pentadbiran dan negara bebas rasuah.

Oleh itu, taklimat ini diadakan bagi memberi pendedahan mengenai pelbagai aspek berkaitan dengan rasuah dan usaha pencegahan. Adalah diharapkan setelah menghadiri program taklimat ini Anggota Pentadbiran Kerajaan dan Ahli-Ahli Parlimen akan lebih komited dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab tanpa terjebak dalam kancah rasuah serta komited untuk menjayakan agenda antirasuah nasional yang bermatlamatkan “negara dikenali kerana integritinya dan bukan kerana rasuahnya”.

Dalam amanatnya, YAB Tun Dr Mahathir melahirkan harapan agar tiada seorang pun dari kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat akan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah.

"Kita harus mempamerkan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, amanah, berintegriti dan tidak bertoleransi dengan jenayah rasuah," kata beliau yang turut berpesan kepada semua Ahli Yang Berhormat agar tidak sekali-kali menggadai maruah negara dan memastikan pelaksanaan tugas bersandarkan kepada profesionalisme dan menghindari jenayah rasuah.

Oleh itu tegas beliau, wakil rakyat yang dipilih berkewajipan untuk melaksanakan mandat secara jujur, ikhas dan dengan penuh integriti demi membangunkan negara dan kesejahteraan rakyat.

"Setiap kita perlu mendokong agenda antirasuah nasional dan merealisasikan agenda membebaskan negara daripada isu rasuah," tambah YAB Tun Dr Mahathir.

YAB Perdana Menteri juga menegaskan setiap Ahli Parlimen hendaklah mempamerkan ciri-ciri amanah, integriti dan mesra rakyat (people friendly) dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

"Kita perlu memberi perhatian kepada janji-janji semasa pilihan raya dan berusaha untuk melaksanakan semua aku janji berkenaan. Untuk makluman, 21 daripada 60 janji atau 35% (dalam manifesto Pakatan Harapan) adalah berkaitan governans, integriti, antirasuah dan hak asasi manusia.

"Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) telah merangka dan akan menyelaras pelaksanaan kesemua 21 aku janji berkaitan. Aku janji yang dijanjikan pelaksanaannya dalam tempoh 100 hari memegang kuasa mesti dilaksanakan sebagaimana janji," kata beliau.

Program ini juga akan diadakan bagi Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri selepas ini.


DIKELUARKAN OLEH:
PUSAT GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTI RASUAH NASIONAL (GIACC)

PUTRAJAYA
10 JULAI 2018

Friday, July 6, 2018

DATO’ SRI MOHD SHUKRI ANGKAT SUMPAH KETUA PESURUHJAYA SPRM KE-13

KENYATAAN MEDIA SPRM



Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V telah berkenan berangkat ke majlis mengangkat sumpah pelantikan YBhg. Dato’ Sri Mohd Shukri Abdull sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke-13 di Istana Negara, hari ini.

Pada 21 Mei lalu, Kebawah Duli Tuanku telah memperkenankan pelantikan Mohd. Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi tempoh dua tahun iaitu mulai 18 Mei 2018 sehingga 17 Mei 2020.

Majlis angkat sumpah tersebut selaras dengan Seksyen 5 (7) Akta SPRM 2009 iaitu setiap Ketua Pesuruhjaya yang dilantik perlu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Mohd. Shukri, 58, telah berkhidmat selama 32 tahun di SPRM sebelum bersara pada 4 Oktober 2016 dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan berpengalaman luas dalam mengendalikan kes-kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanifa Maidin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Fuzi Harun; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Sri Azam Baki; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme) SPRM; Dato’ Ja'afar Mahad dan pengarah-pengarah bahagian  dan negeri.


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

6 JULAI 2018





Wednesday, July 4, 2018

Najib mengaku tidak bersalah

KUALA LUMPUR  4 Julai - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalah guna kedudukan untuk kepentingan peribadi melibatkan RM42 juta berkaitan syarikat SRC International Sdn. Bhd.

Najib yang genap berusia 65 tahun pada 23 Julai ini membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak.

Pertuduhan terhadap beliau dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Sofian sejurus selepas kes terhadapnya dipindahkan dari Mahkamah Sesyen.

Ketika di Mahkamah Sesyen, pertuduhan hanya dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin  Kamaruddin tanpa sebarang pengakuan direkodkan.

Di hadapan Hakim Mohd. Sofian, Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengetuai pasukan pendakwaan menawarkan jaminan RM4 juta dalam bentuk tunai dengan dua penjamin warga tempatan bagi kesemua pertuduhan.

Peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah bagaimanapun memohon jaminan antara RM500,000 hingga RM800,000 dan hartanah tertuduh di Jalan Langgak Duta sebagai cagaran dengan dua  penjamin memandangkan akaun bank Najib, isteri dan anak-anaknya telah dibekukan.

Hakim Mohd. Sofian  kemudian  membenarkan Najib dibebaskan dengan jaminan  RM1 juta berserta dua penjamin selain dua pasport milik tertuduh diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.

Mahkamah turut membenarkan permohohan perintah larangan sementara  oleh tertuduh terhadap media  bagi menerbitkan komen berkenaan merit berkaitan  pertuduhan yang dihadapi oleh tertuduh.

Hakim Mohd. Sofian juga menetapkan sebutan kes pada  8 Ogos ini serta tarikh sama bagi mendengar permohonan tertuduh untuk mendapat perintah larangan terhadap media daripada menerbitkan perbincangan berkaitan  merit dan pertuduhan yang dihadapinya.

Mahkamah turut menetapkan tarikh perbicaraan pada  Februari dan Mac tahun depan. - UTUSAN ONLINE


http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/najib-mengaku-tidak-bersalah-1.702638#ixzz5KLFx29Ih 

Najib not under remand, so no orange ‘uniform’

PETALING JAYA: When Datuk Seri Najib Tun Razak appeared at the High Court yesterday, many asked why he wasn’t in the orange attire usually worn by most accused persons in corruption cases.
They were referring to the Ma­­lay­sia Anti-Corruption Commission’s (MACC) infamous orange lock-up “uniform”. Instead, Najib was wearing a dark blue suit with white shirt.
The orange uniform is, however, only used when a suspect is being remanded for investigations.
Previously the likes of former Felda chairman Tan Sri Isa Samad, Penang exco Phee Boon Poh and Parti Warisan Sabah chief Datuk Seri Shafie Apdal had been pictured in this uniform while attending court for remand hearings.
A remand process involves a suspect being brought in front of a magistrate, who will then decide whether the authorities will be able to detain the suspect for a specific amount of time, explained a source.
Usually, a suspect is remanded as investigators need more time to question the person, or to gather sufficient evidence for possible prosecution.
In the case of Najib, he wasn’t remanded but was instead held overnight on Tuesday and immediately charged the next morning.
Similarly, Lim Guan Eng was never asked to wear the orange T-shirt with the words “Lokap SPRM” when he was in court to be charged for a corruption trial.
Lawyer N. Surendran said that until someone is convicted of any crime, they should not be forced to wear uniforms of any colour.
“This practice of making people wear these uniforms breaches the presumption of innocence,” he said.
Lawyer Syahredzan Johan, who is also the political secretary to Iskandar Puteri MP Lim Kit Siang, praised the MACC’s decision not to handcuff Najib and to allow him to wear his own clothes when being taken to court.
He said he hoped that the MACC’s practice will be applied to other cases in future.

Panduan mengenai pertuduhan terhadap Najib

SRC International Sdn Bhd (SRC) diasaskan sebagai sebuah "syarikat sumber strategik" pada 7 Jan 2011.

Syarikat itu ditubuhkan atas cadangan oleh bekas ketua pengarah eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim kepada Datuk Seri Najib Razak pada 24 Ogos 2010.

Tujuan anak syarikat 1MDB itu adalah untuk melabur dalam kepentingan strategik melibatkan sumber asli seperti arang batu, uranium, gas asli, minyak, keluli dan aluminium.

Pada Ogos 2011, Nik Faisal Ariff Kamil dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SRC manakala pengarah bukan eksekutifnya ialah Shahrol, Datuk Suboh Md Yassin, Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar dan Vincent Beng Huat Koh. Manakala pengerusinya adalah Tan Sri Ismee Ismail, yang juga anggota lembaga pengarah 1MDB .

SRC International mengambil pinjaman kira-kira RM4 bilion daripada Dana Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam dua peringkat antara Ogos 2011 dan Januari 2012.

Pinjaman itu diberikan dengan syarat jaminan kerajaan, yang dipersetujui kabinet, berdasarkan laporan ketua audit negara.

SRC kemudiannya dikeluarkan dari 1MDB dan diletakkan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan.

Suboh, yang sebelum ini menghilangkan diri, dilaporkan bekerjasama dengan penyiasat dan menerima perlindungan sebagai saksi.

Apa pertuduhan terhadap Najib?

Laporan Ketua Audit Negara memperincikan pelaburan SRC yang dipertikaikan di luar negara dengan RM4 bilion yang diterima, termasuk dalam usaha sama yang tidak mempunyai kajian kebolehlaksanaan.

Bagaimanapun, pertuduhan terhadap Najib adalah khusus kepada urus niaga yang dilakukan di dalam negara. Menurut kertas pertuduhan, Najib didakwa menerima RM42 juta daripada dana SRC.

Najib didakwa menerima jumlah itu dalam tiga transaksi iaitu sebanyak RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta.

Jumlah itu sama dengan apa yang dilaporkan oleh Sarawak Report, yang mendakwa dana SRC diluluskan melalui Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana sebagai pengantara sebelum dipindahkan ke akaun bank Najib di Ambank.

Apa pertuduhan spesifik?

Seksyen 23 Akta SPRM

Tuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM memberi tumpuan terhadap keputusan Najib dalam memberi jaminan kerajaan bagi pinjaman sebanyak RM4 bilion kepada SRC.

Beliau didakwa menggunakan jawatannya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan untuk meluluskan jaminan kerajaan bagi pinjaman RM4 bilion itu dengan menerima suapan RM42 juta.

Tempoh masa untuk kelulusan adalah di antara 17 Ogos 2011 dan 8 Feb 2012.

Seksyen 23 (1) Akta SPRM menyatakan: Mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa suapan, sama ada bagi diriny sendiri, saudaranya atau sekutunya, melakukan suatu kesalahan.

Sekiranya didapati bersalah, Najib boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali jumlah atau nilai suapan.

Seksyen 409 Kanun Keseksaan

Pihak pendakwaan membawa tiga pertuduhan di bawah seksyen ini yang menumpukan kepada RM42 juta yang didakwa dimasukkan dalam akaun Ambank Najib dari SRC International.

Mereka mendakwa Najib atas kapasitinya sebagai perdana menteri, menteri kewangan dan penasihat SRC mempunyai kuasa atas pinjaman RM4 bilion SRC tetapi melakukan jenayah pecah amanah berhubung RM42 juta itu.

Tiga pertuduhan itu adalah sama, dengan satu pertuduhan bagi setiap transaksi - RM27 juta dan RM5 juta antara 24 Disember hingga 29 Disember 2014 dan RM10 juta antara 10 Feb dan 2 Mac 2015.

Seksyen 409 Kanun Keseksaan menyatakan: “Barang siapa yang telah diberi amanah terhadap sesuatu harta, atau kawalan terhadap harta, dalam kapasitinya sebagai penjawat awam atau ejen telah melakukan pecah amanah jenayah mengenai harta itu hendaklah dihukum penjara bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan dengan hukuman sebatan dan denda."

Kecuali kesalahan rogol, mereka berusia 50 tahun ke atas dikecualikan daripada sebatan. Najib akan mencecah umur 65 tahun pada tahun ini.

PANDUANKINI ini disediakan oleh NIGEL AW.


https://www.malaysiakini.com/news/432666

Kronologi pendakwaan Datuk Seri Najib Razak

KUALA LUMPUR: Berikut ialah kronologi pendakwaan Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini:

5 pagi

- Petugas media tempatan dan antarabangsa mula berkumpul di luar perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

6.30 pagi

- Polis membawa Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM bagi menambah keselamatan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

7 pagi

- Petugas media dibenarkan masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

- Lebih 100 penyokong bekas Perdana Menteri mula berhimpun di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

7.25 pagi

- Tujuh kenderaan dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) memasuki perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

7.37 pagi

- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibawa keluar dari bangunan ibu pejabat SPRM menaiki kenderaan Proton Inspira berwarna merah diiringi beberapa kenderaan polis.

8 pagi

- Polis mengambil alih tugas mengawal keselamatan bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur daripada polis bantuan.

8.15 pagi

- Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bersama beberapa penyokong.

8.20 pagi

- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

8.30 pagi

- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibawa masuk ke kamar Mahkamah Sesyen Jenayah untuk pertuduhan.

- Datuk Seri Najib Razak diiringi pasukan peguam belanya yang diketuai, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

- Kedua-dua anak Datuk Seri Najib Razak, Ashman dan Nooryana Najwa hadir memberi sokongan dan memasuki ke bilik mahkamah.

8.40 pagi

- Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengetuai pasukan pendakwaan memasuki kamar mahkamah.

9.10 pagi

- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masuk ke kandang tertuduh dan tuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

9.19 pagi

- Tiga tuduhan pecah amanah jenayah dibacakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

9.27 pagi

- Satu lagi tuduhan dibacakan terhadap Datuk Seri Najib Razak mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya.

- Tiada pengakuan direkodkan daripada Datuk Seri Najib Razak

- Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

10 pagi

- Prosiding terhadap Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Sesyen Jenayah 2 selesai.

10.30 pagi

- Datuk Seri Najib Razak dibawa ke Mahkamah Tinggi Jenayah 3 untuk direkodkan pengakuan di hadapan Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak.

10.46 pagi

- Datuk Seri Najib Razak mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan ke atasnya dan memohon untuk dibicarakan.

11.52 pagi

- Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Sofian Abd Razak membenarkan jaminan sebanyak RM 1 juta dengan dua orang penjamin dan Datuk Seri Najib Razak perlu menyerahkan pasport diplomatik dan pasport awam.

- Bayaran jaminan boleh dibuat secara ansuran sebanyak dua kali.

12 tengah hari

- Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon perintah menghalang media membuat laporan salah atau spekulasi berhubung saksi dalam kes pecah amanah dan rasuah membabitkan Datuk Seri Najib Razak.

12.18 tengah hari

- Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Sofian Abd Razak membenarkan perintah larangan sementara bagi menghalang media daripada membuat komen berhubung merit dan saksi.

12.30 tengah hari

- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 8 Ogos ini untuk pengurusan kes pecah amanah dan rasuah Datuk Seri Najib Razak.

- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 18 Februari tahun depan bagi sebagai hari pertama perbicaraan.

1 petang

- Kekecohan berlaku apabila penyokong Datuk Seri Najib Razak melaungkan bahasa Malaysia ketika Peguam Negara Tommy Thomas mula memberikan sidang media.

1.15 petang

- Polis memberi amaran kepada penyokong Datuk Seri Najib Razak supaya tidak membuat sebarang provokasi atau berdepan tindakan ditahan.

2.30 petang

- Peguam Negara, Tommy Thomas membuat sidang media di tingkat lima Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur berhubung kes pendakwaan Datuk Seri Najib Razak.

- Dua anak bekas Perdana Menteri, Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib membayar jaminan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib Razak.

3 petang

- Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bersama Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media.

3.30 petang

- Datuk Seri Najib Razak meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas diikat jamin dan pulang ke kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/445085/kronologi-pendakwaan-datuk-seri-najib-razak

Tuesday, July 3, 2018

NAJIB DITANGKAP UNTUK PENDAKWAAN

KENYATAAN MEDIA PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB:






Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan telah membuat tangkapan terhadap Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri pada pukul 2.35 petang berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Tangkapan tersebut telah dibuat di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

Mohd. Najib akan dituduh pada 4 Julai 2018 (esok) pada pukul 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur.

PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB
1. TAN SRI ABDUL GANI PATAIL
2. TAN SRI ABU KASSIM MOHAMED
3. DATO’ SRI MOHD SHUKRI ABDULL 
4. DATO’ ABDUL HAMID BADOR

3 JULAI 2018

PUTRAJAYA

Monday, July 2, 2018

SIASATAN 1MDB: 408 AKAUN MELIBATKAN DANA RM1.1 BILION TELAH DIBEKUKAN

KENYATAAN MEDIA PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB:




Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB telah membekukan sebanyak 408 akaun bank melibatkan dana RM1.1 bilion daripada akaun-akaun milik individu, parti politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 26 dan 29 Jun 2018 lalu.

Akaun yang dibekukan turut membabitkan 81 individu serta 55 buah syarikat yang dipercayai pernah menerima dana daripada 1MDB.

Akaun-akaun tersebut dipercayai ada kaitan dengan penyelewengan dan salah guna dana 1MDB. Ia melibatkan hampir 900 transaksi yang dibuat antara Mac 2011 dan September 2015.

Pasukan Petugas Khas 1MDB kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti tahap pembabitan pihak-pihak terbabit. Siasatan dijalankan secara menyeluruh dengan berlaku adil kepada semua pihak yang terbabit.

Sehubungan itu, Pasukan Petugas Khas 1MDB berharap semua pihak yang terlibat akan memberi kerjasama dengan pihaknya.

Pasukan Petugas Khas 1MDB juga tidak menolak kemungkinan akan ada lagi akaun yang bakal dibekukan selepas ini. Kesemua akaun dibekukan mengikut peruntukan undang-undang negara ini sebagaimana lazimnya dilakukan, dan oleh itu, tidak timbul isu tindakan membekukan akaun diambil untuk menganiaya mana-mana pihak.


PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB
1. TAN SRI ABDUL GANI PATAIL
2. TAN SRI ABU KASSIM MOHAMED
3. DATO’ SRI MOHD SHUKRI ABDULL
4. DATO’ ABDUL HAMID BADOR

PUTRAJAYA
2 JULAI 2018

PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB TIDAK TERLIBAT BEKUKAN AKAUN TAFF

KENYATAAN MEDIA PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB:




Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB ingin menjelaskan bahawa pasukan berkenaan tidak pernah terlibat dengan tindakan pembekuan akaun Yayasan Kesuburan Tunku Azizah (TAFF).

Dimaklumkan juga bahawa yayasan tersebut tiada kaitan dengan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas 1MDB ketika ini.

Sehubungan itu, semua pihak diminta agar tidak mengaitkan isu terbabit dengan siasatan kes 1MDB.



PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB

1. TAN SRI ABDUL GANI PATAIL
2. TAN SRI ABU KASSIM MOHAMED
3. DATO’ SRI MOHD SHUKRI ABDULL
4. DATO’ ABDUL HAMID BADOR

PUTRAJAYA
2 JULAI 2018

SPRM, SPR, Audit Negara kini di bawah Parlimen

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Audit Negara adalah antara sembilan agensi kerajaan yang menjadi badan bebas dan melapor langsung kepada Parlimen.

"Ia sebahagian daripada rombakan besar-besaran Jabatan Perdana Menteri (JPM)," lapor media tempatan.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan juga akan menjadi badan bebas kerajaan yang tidak tertakhluk di bawah JPM, lapor The Star.

Laporan itu memetik surat kepada Jabatan Perdana Menteri oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa yang meluluskan pemansuhan 10 jabatan dan agensi termasuklah 19 jabatan yang lebih kecil atau pejabat di bawah Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Ini termasuklah penggabungan lima agensi dan rombakan semula 40 buah agensi kerajaan, kata laporan itu lagi.

Antara jawatan yang dimansuhkan ialah wakil khas negara ke India yang dijawat Tun S Samy Vellu dan wakil khas negara ke China yang jawatannya baru dilepaskan Tan Sri Ong Ka Ting.

Turut dimansuhkan sekretariat Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Bagaimanapun, Pejabat Peguam Negara masih diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.


https://www.malaysiakini.com/news/432150