Wednesday, October 24, 2018

SPRM DAPAT IZIN DAKWA NAJIB, IRWAN SERIGAR DAN HASANAH

KENYATAAN MEDIA SPRM



SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd. Najib Abdul Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah di mahkamah esok.

Kedua-duanya akan dituduh bersama berhubung siasatan beberapa kes pecah amanah yang telah dilakukan oleh mereka melibatkan wang milik Kerajaan Malaysia.

Mohd. Najib dan Mohd. Irwan Serigar akan hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2018, jam 7.30 pagi untuk pertuduhan tersebut.

Mereka juga telah dipanggil di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada jam 2 petang ini bagi melengkapkan proses akhir siasatan dan pendakwaan tersebut.

Sementara itu, dalam kes berasingan, SPRM turut mendapat izin mendakwa terhadap bekas Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasanah Ab Hamid berhubung isu pecah amanah melibatkan wang milik Kerajaan Malaysia.

Hasanah akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada hari yang sama dan mengikut seksyen yang sama.



SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

24 OKTOBER 2018

Monday, October 22, 2018

SPRM BERTERUSAN TANGANI ISU RASUAH AKIBATKAN PENCEROBOHAN TANAH


KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM:

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius dakwaan kononnya kegiatan rasuah semakin berleluasa hingga mengakibat pencerobohan tanah dan penerokaan kebun haram di Cameron Highlands terus berulang seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan semalam.

Dalam hal berkaitan, SPRM berharap pihak berkuasa yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang di tanah tinggi itu segera mengambil tindakan sepertimana keputusan Pasukan Petugas Khas Op Gading yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini. 

Kejadian penerokaan kebun haram yang berulang tidak sepatutnya timbul dan SPRM memandang serius sekiranya perkara itu ada kaitan dengan isu rasuah atau salah guna kuasa. Tindakan undang-undang akan diambil di bawah bidang kuasa suruhanjaya ini bagi menangani isu rasuah tersebut.

Berdasarkan statistik, sejak 2015 sehingga kini, SPRM telah membuat tangkapan terhadap 23 individu dan mendapat izin mendakwa  terhadap 11 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta SPRM 2009 berkaitan isu tersebut.

Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berasas mengenai kegiatan rasuah membabitkan kes-kes pencerobohan tanah dan penerokaan kebun haram di Cameron Highlands untuk melaporkan terus kepada pejabat SPRM terdekatan.

SPRM juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan kegiatan rasuah atau salah guna kuasa hingga menyebabkan isu ini berulang.


DATUK SERI AZAM BAKI
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI)
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

22 OKTOBER 2018

Thursday, October 18, 2018

AHMAD ZAHID DITAHAN UNTUK PENDAKWAAN



SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana sebuah yayasan setelah SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Penahanan itu dibuat pada jam 3.15 petang di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.

Susulan itu, Ahmad Zahid akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ahmad Zahid akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2018, jam 8.00 pagi untuk pertuduhan tersebut.



SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
18 OKTOBER 2018

Comment

Tuesday, October 9, 2018

SPRM TIDAK HUBUNGI, DAPATKAN BUTIR PERIBADI MENERUSI TELEFON

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menegaskan bahawa tidak pernah menghubungi mana-mana pihak menerusi panggilan telefon, emel atau apa-apa medium media sosial untuk mendapatkan butiran peribadi dan sulit bagi tujuan menjalankan siasatan.
Ini berikutan SPRM telah menerima banyak aduan daripada orang awam yang terpedaya dengan panggilan dan permohonan palsu tersebut sejak kebelakangan ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang menerima panggilan meragukan ini, dinasihatkan agar terlebih dahulu mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pejabat SPRM terdekat menerusi talian 1-800-88-6000 dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.sprm.gov.my.
SPRM juga berharap agar orang ramai lebih peka serta berkongsi maklumat ini bersama masyarakat sekeliling.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
9 OKTOBER 2018

Sunday, October 7, 2018

Laksana segera hukuman sebat pesalah rasuah

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, baru-baru ini menyarankan agar hukuman sebat dan penjara mandatori digubal sebagai hukuman bagi kesalahan rasuah.
Sebagai seorang yang cakna dengan isu rasuah yang dilaporkan di media, saya menyokong penuh cadangan ini.

Sudah tiba masanya kerajaan memberi perhatian khusus terhadap cadangan ini dan setiap masyarakat seharusnya menyambut baik perkara berkenaan, demi memastikan negara kita bersih daripada rasuah.

Ketika ini, kita sepatutnya berasa sedih kerana masyarakat masih memandang ringan kesan rasuah, apatah lagi dengan hukuman penjara bukan mandatori.

Bayangkan pesalah rasuah boleh tersenyum apabila keluar dari mahkamah selepas dikenakan denda sehari dan denda RM10,000. Ini menunjukkan seolah-olah hukuman ringan ini tidak membawa apa-apa erti kepada mereka.

‘Ibu’ segala jenayah

Mungkin kita tidak sedar bahawa jenayah rasuah ialah ‘ibu’ segala jenayah dan boleh meruntuhkan serta mengundang ketidakstabilan sesebuah negara.

Misalnya, seseorang penguat kuasa menerima rasuah untuk membenarkan kemasukan dadah, senjata api, pendatang asing tanpa izin dan penyeludupan yang akan menerima kesan buruk ialah masyarakat kerana berisiko dengan kes rompakan, pembunuhan, masalah sosial atau dadah.

Bukan itu sahaja, kesan buruk kepada masyarakat sekiranya sebuah bangunan atau sekolah yang dibina tidak mengikut spesifikasi kerana perbuatan rasuah antara pemaju dan pihak berkuasa, lalu binaan runtuh hingga mengorbankan nyawa.

Bayangkan juga seseorang yang tidak layak memandu kenderaan diberikan lesen memandu kerana bayaran rasuah dan mengakibatkan kemalangan maut.

Ini belum diambil kira kesan rasuah terhadap sistem ekonomi negara, termasuk menjejaskan ekonomi apabila terlampau banyak ketirisan, pembaziran dan penyelewengan projek rakyat.

Kesan rasuah ini amat dahsyat dan tidak boleh dinilai hanya dengan jumlah wang terbabit.

Sekiranya kesalahan jenayah yang membabitkan pecah amanah mengikut Kanun Keseksaan boleh diperuntukkan hukuman sebat selepas disabitkan, jadi mengapa kesalahan jenayah rasuah yang memberi kesan teruk kepada negara dan masyarakat hanya memperuntukkan hukuman ringan, iaitu penjara tanpa mandatori.

Sewajarnya cadangan penjara mandatori dilaksanakan dengan segera demi kebaikan negara dan masyarakat.

IBI, 
Putrajaya

Sebat, penjara seumur hidup bagi pesalah rasuah

RASUAH merupakan satu penyakit sosial yang banyak memberi kesan buruk bukan sahaja terhadap individu bahkan juga kepada masyarakat dan negara.
Walaupun pelbagai usaha dilakukan pihak berkuasa terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyebarkan maklumat dan mendidik masyarakat tentang bahaya rasuah, perbuatan rasuah dilihat masih sukar dibanteras sepenuhnya.

Malah, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) untuk tahun 2017 juga menunjukkan kedudukan Malaysia jatuh kepada kedudukan ke-62 daripada 180 buah negara berbanding 55 pada tahun 2016.

CPI yang dikeluarkan Transparency International (TI) Malaysia juga menurun dua mata kepada 47 berbanding 49 pada tahun lalu.

Sebagai langkah pencegahan dan memberi pengajaran, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull baru-baru ini meminta kerajaan memandang serius cadangan untuk mengenakan hukuman sebat kepada pesalah jenayah rasuah.

Bagi mengupas lebih lanjut mengenai isu hukuman rotan terhadap pesalah rasuah, ikuti temu bual yang dilakukan oleh wartawan Kosmo! Ahad, ROSLI HASSAN bersama Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim di pejabatnya di Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor baru-baru ini.

KOSMO! AHAD: Sejauh mana serius masalah rasuah di negara ini?

JAIS: Masalah rasuah di negara ini boleh dikatakan serius, namun masih terkawal. Rasuah sering mendapat perhatian kerana kerap kali dilaporkan di media dan rakyat juga ingin melihat kerajaan serta penguat kuasa mengambil tindakan ke atas perasuah.

Keseriusan dan kemahuan kerajaan membasmi rasuah terpapar apabila pihak SPRM melalui pelbagai operasi penguatkuasaan telah berjaya membuahkan hasil apabila banyak tangkapan rasuah dibuat.

Data atau statistik tangkapan daripada SPRM yang semakin meningkat tidak menggambarkan masalah rasuah di dalam negara bertambah serius.

Dari segi persepsi, kita akan nampak ia bertambah serius. Namun, dari segi realitinya, ia membuktikan keazaman agensi penguatkuasaan kita iaitu SPRM berusaha bersungguh-sungguh dalam memerangi rasuah di Malaysia.

Apakah penyebab utama berlakunya rasuah?

Kelemahan pegangan agama individu terbabit merupakan antara penyebab berlakunya gejala rasuah. Saya yakin, jika pegangan dan kefahaman agama individu itu kuat, hampir pasti individu itu tidak akan melakukan perbuatan rasuah.

Selain itu, sindrom untuk menjadi cepat kaya, hidup melebihi daripada pendapatan, terlibat dalam perjudian atau terlampau banyak hutang juga menyumbang kepada gejala ini.

Kurangnya integriti dan sering menganggap memberi rasuah sebagai sebahagian daripada adat dalam perniagaan atau urusan harian turut menyumbang kepada gejala rasuah.

Rasuah juga boleh terjadi seandainya pelaksanaan sesuatu projek tidak dipantau secukupnya. Faktor tamak serta gaji rendah juga boleh menyebabkan seseorang itu mengambil rasuah.

Sejauh manakah bahayanya gejala rasuah ini dan hubungannya dengan jenayah-jenayah lain yang berlaku?

Hasil siasatan dan kajian pihak SPRM sendiri mendapati bahawa rasuah adalah ibu kepada segala jenayah di Malaysia. Mereka mendapati bahawa jenayah-jenayah serius yang berpunca daripada rasuah ialah kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI), kegiatan judi, pelacuran dan penyeludupan barang terlarang.

Jenayah ini ternyata berleluasa kerana agensi penguatkuasaan yang terlibat telah menutup mata kerana menerima wang suapan.

Walaupun hanya segelintir sahaja dalam kalangan mereka terlibat tetapi impaknya adalah amat besar kepada ekonomi dan sosial negara.

Prinsip membanteras rasuah adalah sangat mudah iaitu tiada pemberi maka tiadalah penerima. Pembanterasan jenayah rasuah perlu diperhebatkan. Kekang segera segala faktor yang mendorong jenayah itu. Hakikatnya, pelbagai jenayah berlaku kerana ada sindiket yang sanggup mengeluarkan ‘secebis’ hasil kegiatan haram mereka untuk disumbatkan ke dalam mulut anggota penguat kuasa yang korup.

Apakah bentuk hukuman kepada pesalah rasuah yang terdapat di Malaysia pada masa kini?

Akta khas berkaitan rasuah ialah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Di bawah akta ini, mereka yang didapati bersalah berkaitan rasuah ialah penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Pada pendapat tuan, adakah hukuman ini mencukupi untuk mencegah orang ramai dariapda terbabit rasuah?

Peruntukan hukuman sedia ada ini tidak cukup berat, malah penalti dikenakan juga kurang memberi kesan terhadap pesalah rasuah. Selepas 51 tahun SPRM yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditubuhkan, kita harus belajar daripada pengalaman dan perlu ada kajian menyeluruh untuk menghasilkan undang-undang antirasuah lebih ampuh.

Hukuman yang lebih berat amat diperlukan memandangkan negara kita berhadapan ancaman rasuah yang tinggi

Di negara China, hukuman mati boleh dikenakan ke atas pesalah rasuah dalam kes melebihi 100,000 yuan (RM52,251) dan penangguhan hukuman mati biasanya diringankan menjadi penjara seumur hidup.

Bagaimanapun, hukuman mati sebegini tidak boleh dilaksanakan berikutan kerajaan kita sedang berusaha untuk memansuhkan hukuman mati bagi kesalahan berat yang lain untuk mengikut pelbagai sistem perundangan lain di dunia dan selaras dengan kehendak hak asasi manusia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Disebabkan hukuman mati itu mustahil dilaksanakan di negara ini, jadi saya rasa ia boleh digantikan dengan hukuman sebat mandatori dan penjara seumur hidup kepada mereka yang terbukti bersalah.

Sekurang-kurangnya 10 sebatan mencukupi agar mereka tidak lagi melakukannya dan menjadi amaran kepada orang lain.

Apa kebaikan yang boleh diperolehi dengan pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah rasuah?

Pesalah rasuah mesti dikenakan hukuman rotan mandatori dan penjara seumur hidup. Hukuman berat itu yang dikenakan bagi kesalahan mengedar dadah, perlu dilaksanakan bagi membendung masalah rasuah di negara ini.

MCW meminta agar kajian dan pelaksanaan hukuman rotan mandatori dan penjara seumur hidup dilaksanakan segera agar para pesalah dihukum setimpal dengan kesalahan mereka itu.

Tahanan tanpa jaminan dan had ini perlu supaya tidak memberikan peluang kepada perasuah menghapuskan bahan bukti atau mempengaruhi saksi yang terlibat.

Selain hukuman lebih keras, apakah cara-cara lain yang boleh dilakukan untuk mencegah rasuah?

Salah satu cara ialah membayar gaji pemimpin politik dan pegawai kerajaan setimpal dengan kos kehidupan serta setaraf dengan gaji yang ditawarkan di sektor swasta.

Pegawai kerajaan serta pemimpin politik juga tidak boleh memiliki syarikat atau terlibat secara langsung dalam mana-mana perniagaan.

Mereka juga dilarang menerima sumber kewangan daripada perniagaan atau dana berasingan.

Selain itu, pemimpin politik dan pegawai kerajaan juga wajib isytihar aset tahunan termasuk rumah dan kereta.

Dalam sebarang tender, isytihar penglibatan ahli keluarga supaya mereka dapat dikecualikan daripada membuat keputusan.

Pemimpin politik perlu jadi tokoh teladan dan sama-sama membantu pihak berkuasa membanteras rasuah.

Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) sokong cadangan hukuman lebih keras dikenakan kepada pesalah rasuah sebagai langkah pencegahan dan pengajaran.


http://www.kosmo.com.my/k2/rencana-utama/sebat-penjara-seumur-hidup-bagi-pesalah-rasuah-1.762300

Thursday, October 4, 2018

Rosmah tidak mengaku bersalah 17 tuduhan

KUALA LUMPUR: Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengaku tidak bersalah atas 12 tuduhan berhubung pengubahan wang haram hampir RM7 juta dan 5 tuduhan gagal buat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Berikut ialah senarai 17 tuduhan ke atas Rosmah.

1. Bahawa kamu pada 4 Disember 2013, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM200,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

2. Bahawa kamu pada 16 Disember 2013, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM100,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

3. Bahawa kamu pada 23 Disember 2013, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM200,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

4. Bahawa kamu pada 28 Januari 2014, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM100,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

5. Bahawa kamu pada 29 Januari 2014, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM100,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

6. Bahawa kamu pada 28 Februri 2014, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM200,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

7. Bahawa kamu pada 14 Mac 2014, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM100,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

8. Bahawa kamu pada 8 April 2014, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM100,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

9. Bahawa kamu di antara 4 September dan 22 Disember 2014, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melakukan kesalahan dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam lapan transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram berjumlah RM1,604,450 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

10. Bahawa kamu di antara 21 Januari 2015 dan 12 Disember 2015 di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melakukan kesalahan dalam pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam 127 transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM3,863,300 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

11. Bahawa kamu antara 28 Januari 2016 dan 7 November 2016, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melakukan pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam 87 transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM510, 000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

12. Bahawa kamu antara 29 Mac 2017 dan 8 Jun 2017, di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, telah melakukan kesalahan pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam lima transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram, iaitu dengan menyebabkan hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM30,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

13. LHDN

Bahawa kamu pada 1 Mei 2014, di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim , di Kuala Lumpur telah melibatkan diri dalam melakukan pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan gagal membuat suatu penyata bagi pendapatan berjumlah RM500, 000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu di antara 4 Disember 2013 dan 23 Disember 2013 sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) untuk kamu mengemukakan suatu penyata bagi Tahun Taksiran 2013 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014 dengan tiada sebab yang munasabah, bertentangan dengan Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

14. LHDN

Bahawa kamu pada 1 Mei 2015, di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di Kuala Lumpur telah melibatkan diri dalam melakukan pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan gagal membuat suatu penyata bagi pendapatan berjumlah RM2,204,450 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu di antara 28 Januari 2014 dan 22 Disember 2014 sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) untuk kamu mengemukakan suatu penyata bagi Tahun Taksiran 2014 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2015 dengan tiada sebab yang munasabah, bertentangan dengan Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

15. LHDN

Bahawa kamu pada 1 Mei 2016, di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di Kuala Lumpur telah melibatkan diri dalam melakukan pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan gagal membuat suatu penyata bagi pendapatan berjumlah RM3,853,300 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu di antara 21 Januari 2015 dan 12 Disember 2015 sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) untuk kamu mengemukakan suatu penyata bagi Tahun Taksiran 2015 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2016 dengan tiada sebab yang munasabah, bertentangan dengan Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

16. LHDN

Bahawa kamu pada 1 Mei 2017, di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di Kuala Lumpur telah melibatkan diri dalam melakukan pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan gagal membuat suatu penyata bagi pendapatan berjumlah RM510,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu di antara 28 Januari 2016 dan 7 November 2016 sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) untuk kamu mengemukakan suatu penyata bagi Tahun Taksiran 2016 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2017 dengan tiada sebab yang munasabah, bertentangan dengan Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

17. LHDN

Bahawa kamu pada 1 Mei 2018, di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di Kuala Lumpur telah melibatkan diri dalam melakukan pengubahan wang haram, iaitu kamu telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram, iaitu dengan gagal membuat suatu penyata bagi pendapatan berjumlah RM30,000 dimasukkan ke dalam Affin Bank Berhad milik kamu di antara 29 Mac 2017 dan 8 Jun 2017 sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) untuk kamu mengemukakan suatu penyata bagi Tahun Taksiran 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2018 dengan tiada sebab yang munasabah, bertentangan dengan Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/10/481531/rosmah-tidak-mengaku-bersalah-17-tuduhan

Wednesday, October 3, 2018

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM: ROSMAH DITAHAN UNTUK PENDAKWAAN




SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung siasatan pengubahan wang haram setelah SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Penahanan itu dibuat pada jam 3.20 petang di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.

Susulan itu, Rosmah akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Rosmah akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Oktober 2018, jam 8.00 pagi untuk pertuduhan tersebut.


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

3 OKTOBER 2018

SPRM UCAP TAKZIAH KEPADA ENAM ANGGOTA BOMBA

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM:





SELURUH warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menzahirkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga enam anggota Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia yang terkorban dalam misi menyelamatkan mangsa lemas di Tasik Putra Puchong, Selangor semalam.

Kesemua mangsa merupakan wira negara yang sanggup berkorban nyawa demi memikul amanah dan tanggungjawab terhadap negara untuk kesejahteraan rakyat.

Kami mendoakan agar roh kesemua mangsa ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN.

Al-Fatihah.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

4 OKTOBER 2018

Commen