Friday, October 23, 2015

Rezeki, biar sedikit tetapi berkat

HIDUP senang-lenang memang idaman manusia. Islam pun tidak melarang umatnya menjadi kaya-raya asalkan cara mengumpul harta dan kekayaan itu dibenarkan oleh syarak. Ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan carilah setiap apa yang dikurniakan Allah kepada kamu di akhirat dan jangan kamu lupa nasib kamu di dunia. Dan berbuat baiklah seperti mana Allah berbuat baik kepada kamu. Dan janganlah kamu melakukan kerosakan di atas muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melakukan kerosakan.” (al-Qasas: 77)

Malangnya ada umat Islam yang terlibat dalam rasuah. Punca utama, ingin hidup mewah melalui cara mudah iaitu menindas orang lain. Sebab itu, membaca laporan media Rabu lalu tentang penangkapan 17 suspek oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cukup menyesakkan dada.

Manakan tidak, yang ditahan ialah penguat kuasa dan polis yang cuba meminta suapan daripada dua tauke rumah urut di sekitar Selangor. Sudahlah minta rasuah, wang ra­suah itu pula hasil kegiatan maksiat. Makin bertambah besar dosa mereka yang melakukannya.

Dikatakan, mereka menerima wang suapan antara RM200 ke RM600 sebulan yang dikutip sendiri ketika me­lakukan ‘lawatan’ atau dimasukkan ke dalam akaun bank. Salah seorang suspek didakwa meminta rasuah antara RM30,000 ke RM60,000 bagi mengeluarkan lesen rumah urut.

Kita semua maklum tentang hukum memberi dan me­nerima rasuah. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Rasulullah SAW melaknat pemberi dan penerima rasuah.” (Riwayat at-Tirmidzi)

Jika yang terlibat itu sudah berkeluarga, bermakna dia suami dan bapa. Jika demikian mereka melakukan satu lagi kesalahan kerana mengheret keluarga kepada seksaan api neraka Allah. Sebabnya, hadis Rasulullah SAW menyebut: “Setiap daging yang tumbuh daripada bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya.” (Riwayat at- Tirmidzi)

Walhal Allah memerintahkan para suami dan bapa memelihara dan menjaga isteri serta anak-anak daripada neraka. Ingatlah firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka.” (at-Tahrim: 6)

Kepada mereka, apakah hujah bagi menjawab perta­nyaan Allah di akhirat kelak dalam bab ini. Kenapa kelabu mata sehingga sanggup membawa pulang rezeki haram untuk memberi makan isteri dan anak-anak. Jika kesempitan wang, dengan kudrat yang diberikan Allah, masih ba­nyak kerja atau usaha boleh dilakukan untuk menambah pendapatan. Pokoknya bukan makan rasuah.

Masa depan negara akan tergadai jika rasuah dibiar berleluasa. Dalam kes ini, golongan penguat kuasa yang sepatutnya menegakkan undang-undang jadi lemah akibat ‘dibeli’ oleh pengusaha rumah urut. Bayangkan keadaan yang lebih makro. Pastinya, keadaan negara kita akan lebih parah, jenayah dan maksiat makin berleluasa.

Oleh itu, janganlah kita memberi hadiah atau wang untuk melepaskan diri daripada hukuman atau meringankan hukuman. Walaupun namanya diubah kepada hadiah, tetapi hakikatnya tetap rasuah.

Para hakim, petugas, pemerintah dan penguat kuasa undang-undang juga jangan menerima sebarang bentuk hadiah, ini termasuk ghulul yang diancam dengan ancaman yang berat. Sabda Nabi SAW: “Barang siapa yang kami tugaskan dengan suatu pekerjaan lalu kami tetapkan gaji untuk­nya, maka apa yang dia ambil di luar itu adalah harta ghulul.” (Riwayat Abu Daud)

Harta ghulul adalah yang diperoleh oleh pejabat (kerajaan atau swasta) melalui kecurangan atau tidak syarie, sama ada yang diambil harta negara mahupun masyarakat. Sesiapa yang berbuat curang, pada hari kiamat, dia akan datang membawa hasil kecurangannya. (rujuk ali-’Imran 161).

Islam melarang perbuatan ini bagi mengelakkan kezaliman, apabila orang berharta terlepas daripada dihukum dengan membayar wang, manakala orang yang tidak berharta dihukum. Biar rezeki kita sedikit tetapi halal dan berkat.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/rezeki-biar-sedikit-tetapi-berkat-1.149505#sthash.L4kCfUrB.dpuf

INTEGRITI BUKAN HAK INDIVIDU

APABILA menyentuh tentang isu rasuah, sudah pasti kita akan mengaitkannya dengan nilai-nilai integriti yang ada pada diri seseorang. Namun, sejauh mana kita memahami konsep integriti dan mempraktikkannya dalam kehidupan, khususnya di alam pekerjaan?

Bercakap di hadapan kira-kira 500 penjawat awam pada Seminar Kelestarian Integriti di ibu negara baru-baru ini, bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Zakaria Jaffar memberitahu, seseorang individu tidak akan membuat perkara yang bertentangan jika dia mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan bumi itu adalah milik Allah SWT.

Dengan jelas beliau memberitahu apabila seseorang individu itu mengetahui mereka akan dihitung di depan Allah SWT, mereka pasti akan menjadi seorang yang berintegriti.

“Seseorang yang berintegriti akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Bagaimanapun, apa yang menjadi masalah ialah nilai integriti tidak dipahat dan dipraktikkan.

“Mereka tidak memahami tanggungjawab diri sendiri dan tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukan,” kata beliau dalam seminar yang bertemakan, Integriti: Cabaran Penguatkuasaan dan Realiti di Malaysia.

Jelas beliau, apabila nilai integriti tidak dipraktikkan, seseorang individu itu akan bertindak di luar tatatertib, melanggar undang-undang serta peraturan hidup.

Nilai integriti bukan sahaja perlu dipahat pada diri sendiri, namun perlu ditanam terhadap mereka yang berada di sekeliling kita termasuk ahli keluarga, ujar beliau pada seminar anjuran bersama Pusat Pembangunan Integriti Korporat Akademi Pencegahan Ra­suah Malaysia (MACA), peserta Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Siri 11 Bil 3 /2015 dan Unit Integriti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Sebagai nasihat ke­pada mereka yang mengikuti program CeIO, Zakaria berharap pegawai-pegawai ber­kenaan akan sama-sama mengambil peranan dan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik dan berintegriti.

“Setitik peluh diperlukan oleh setiap individu untuk sama-sama kita tegakkan nilai integriti dan mencegah perbuatan rasuah kerana ini tanggungjawab kita semua,” jelas beliau.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar; mantan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sutan dan Timbalan Pengarah Audit Jabatan Audit Negara, Raja Sunthara Kannan turut mengambil bahagian dalam satu forum sempena seminar itu.

Akhbar turut menyentuh tentang peranan ahli politik dan pucuk kepimpinan dari segi integriti. Katanya, parti politik dianggap sebagai pihak yang paling banyak terlibat dalam rasuah.

Sebab itu, menurut Akhbar, perlunya wujudkan undang-undang baharu iaitu Akta Parti Politik untuk mengurus tadbir dana parti politik bagi mengelak isu penyelewengan.

Ini disebabkan janji-janji ahli politik menerusi manifesto harus ditunaikan kerana inilah yang dinamakan integriti, iaitu kejujuran dalam menunaikan janji.

Dalam pada itu, berhubung integriti yang ada pada seseorang pemimpin, tegasnya, pucuk kepemimpinan memainkan peranan pen­ting kerana mereka akan menjadi contoh dan teladan kepada orang di bawah mereka.

Sementara itu, Sutinah berpendapat bahawa integriti adalah peribadi yang utuh, suci, unggul dan tidak terjejas oleh sebarang kecacatan pada bila-bila masa, tempat atau keadaan.

“Integriti adalah satu kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu serta organisasi, malah berlandaskan etika dan pencerminan dalam tindakan harian.

“Seseorang individu yang berintegriti mempunyai standard tertentu dalam pekerjaannya, tidak kira di bawah pemantauan majikannya atau tidak kerana tugasan yang diberi akan dilakukan dengan baik,” ujar beliau.

Dari segi pencegahan rasuah, jelas beliau, kerangka kerja diperlukan merangkumi tiga tiang asas.

“Pertama, struktur iaitu cada­ngan kerja kepada semua agensi kerajaan supaya mempraktikkan nilai integriti. Kedua, proses iaitu mengadakan aktiviti, seminar dan program khas untuk orang ramai bagi memantapkan nilai integriti dan ketiga pula ialah instrumen, menggunakan arahan, undang-undang dan peraturan untuk memastikan kerja-kerja dilakukan dengan sempurna dan berintegriti,” tegasnya.

Sunthara Kannan berpendapat integriti sinonim dengan moral iaitu beretika dan mempunyai ta­tacara yang boleh diterima secara umum.

Jelasnya, integriti juga bermaksud buat apa yang betul dan bukan buat apa yang popular seperti yang berlaku dalam masyarakat sekarang.

Beliau berpendapat bahawa nilai integriti sukar untuk diukur kerana tidak mempunyai pemarkahan yang objektif.
Tegasnya, nilai integriti perlu diterap dari usia muda kerana adalah sukar ditanamkan kepada individu yang sudah dewasa.

“Sebagai contoh, di Jepun, kanak-kanak perlu mengikuti program, tidak kira di rumah mahupun di sekolah bagi memupuk nilai kejujuran mereka. Kanak-kanak yang lewat ke sekolah secara jujurnya akan mengakui bahawa mereka bangun lewat,” katanya.

Sebaliknya di Malaysia, tambahnya, mereka yang lambat sampai ke pejabat akan memberi pelbagai alasan seperti kesesakan lalu lintas.

“Oleh itu, nilai integriti amat penting. Walaupun contoh yang diberikan itu sifat manusia semula jadi, bagaimanapun, kita perlu cuba untuk mengimbangkan nilai tersebut pada diri kita sendiri,” ujar beliau.

DISEDIAKAN oleh Bahagian Komunikasi Strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/integriti-bukan-hak-individu-1.149513#sthash.QUrXU6fD.dpuf

Tuesday, October 20, 2015

Usaha Malaysia, SPRM banteras rasuah di mata dunia

Orang luar melihat kita. Yang baik perlu dijadikan contoh.
Ini adalah petikan berita daripada Ghana menerusi http://www.ghanaweb.com yang melaporkan mengenai cadangan seorang pensyarah berhubung cadangan pindaan undang-undang berkaitan rasuah di negara tersebut.
Pensyarah tersebut, Ms Diana Asonaba Dapaah menjadikan akta yang dilaksanakan oleh SPRM sebagai contoh. Berikut ialah petikan berita tersebut:
Amend laws on Corruption – Law lecturer

A law lecturer has called on Parliament to amend laws on corruption in order to make it unattractive for perpetrators.

According to Ms Diana Asonaba Dapaah, a lecturer at the Ghana Institute of Management and Public Administration (GIMPA) Faculty of Law, there should also be uniform application of the law and sanctions by the Police to ensure that there was no discrimination.

Ms Dapaah who is also a Barrister and Solicitor in Ghana and New York, made the suggestion at the 8th annual Chief Justice Forum in Accra on Monday, on the theme: Deepening Public Trust and Confidence in justice delivery”.

The event created a platform for all stakeholders in justice delivery to fashion out strategies and best practices in doing business.

She noted that laws on corruption in the country were ineffective and the offence had also been branded as a misdemeanour.

That notwithstanding, Ms Dappah noted that laws of corruption also focused on fines and custodial punishments without recovery of illegal gains by the state.

The GIMPA law lecturer noted that Ghana could emulate the example of Malaysia which has in place an Anti-Corruption Commission Act which focuses on recovery of value or gratification.

According to her, under the Malaysian Anti- Corruption Commission Act 2009, people found culpable of corruption were made to pay five times the sum or value of gratification.

Touching on the theme; Ms Dapaah noted that deepening public trust and confidence in justice delivery was a collective responsibility of all stakeholders.

The stakeholders, she listed, as judges and magistrates, court clerks, bailiffs, lawyers, prosecutors from the Police and the Attorney General’s Department, Parliament and enforcement institutions, Government and the public.

Pointing out the actions and inactions that diminished public trust and confidence, the law lecturer cited incessant adjournments of cases, lack of case management, delay and porous judgments.

In the case of lawyers, Ms Dapaah noted that there were instances where court officials and judges and lawyers colluded to manipulate the system.

She said some prosecutors in their line of duty also hide relevant evidence.

Ms Dapaah therefore tasked judges to be sensitive as gatekeepers and fulfill their responsibility as custodians of the rule of law and justice by ensuring personal integrity.

On the appointment of judges, Ms Dapaah stressed the need for them to undergo rigorous scrutiny based on merit and high proven character involving the public.

“There should be publication of details of proposed magistrate and judges to elicit factual evidence of corrupt and unscrupulous behaviour of persons seeking appointment to the bench.

“Complainant procedures against judges and magistrate should be published and made easily accessible and available to the public,” she stressed.

She entreated the government to avoid political manipulation of judges, magistrates and court officials among others.

Ms Dapaah called for an Anti-Corruption Day that all would take a retrospection and Introspection of the achievements and short comings within the justice delivery system.

Monday, October 19, 2015

Projek rumah urut: 11 individu ditahan reman

PUTRAJAYA - Sebelas individu termasuk kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan orang awam  direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berkaitan projek rumah urut di sekitar Selangor.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman.

Kesemua mereka yang berusia antara 30-an hingga 50-an disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Mereka yang ditahan membabitkan seorang pegawai bahagian pelesenan dan sembilan pembantu penguatkuasa sebuah PBT serta orang awam yang dipercayai bertindak sebagai orang tengah.

Sebelum ini, pegawai bahagian pelesenan serta pembantu penguatkuasa terbabit ditahan di pejabat mereka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) sekitar jam 9 pagi, semalam.

Sementara itu, orang awam terbabit ditahan di rumahnya di Setapak, Kuala Lumpur antara jam 10 pagi hingga 11 pagi semalam.

Turning a blind eye to vice dens

KUALA LUMPUR: Those in Selangor incensed by the open flesh trade in their areas may be hoping against hope for action to be taken against vice dens that seem to be operating with impunity under the noses of law enforcement. 

Authorities fighting to shut down prostitution dens admit that it’s an uphill battle as they confirm the existence of an intricate and complex “protection” system offered by the agencies that are supposed to keep the scourge at bay. 

The New Straits Times Special Probes Team had, for several months, conducted stakeouts at several vice dens in the state. Part of the plan was for the team and its contacts to gain the trust of some operators as well as understand what goes on in this world that allowed the illicit business to thrive. 

The team had, by chance, witnessed what was supposed to have been a raid on a vice den by a local authority’s enforcement team. The operator would have been caught red-handed for abusing its operating licence as his outlet was running the flesh trade under the guise of a reflexology centre. 

Instead, the team of enforcers was basically in and out of the premises. In its past trips to the outlet, the team discovered that the outlet offered everything but the mapping of one’s acupressure points. Even the decor, with partitions and mattresses, was a clear, telltale sign that what was offered required more than a cushioned seat and stretched out legs. 

Later that night, the team noted that the partitions where foreign women served their clients — both local and foreign men — were still standing strong. So were the mattresses and worn-out sheets. Sources familiar with how these operators worked and ran their businesses let the team in on the secret. 

The intricate business of protecting operators of vice dens usually begins from the time they apply for licences from the local authority’s licensing department. An operator told the team that his reflexology centre, which offered sexual services, including the highly sought-after “ping-pong” and body-to-body massages, as well as “full packages” (sexual intercourse for between RM120 and RM300), had been running without hassle from the local authority. 

“The officer at the department made it quite clear that my permit would not be granted... but towards the end of our little chat, he slipped in that his superior could make it happen for some RM50,000. “I paid and, not long after that, I got my reflexology centre operating permit. Of course, while waiting for the permit, there were extra amounts I had to cough up... but it was worth the investment,” said the man in his 40s.

 The team learnt that while the licence for massage parlours had long been frozen, getting an exemption was possible at the right price, using a special licence code. The under-the-counter price for such licences ranges between RM10,000 and RM60,000. 

Another person involved in the illicit business revealed that while those employed to “work” as reflexologists would be required to undergo medical checks, he only paid less than RM200 for every employee and they would be able to skip the process that could risk them being considered unfit for work. 

He told the team that most walk-in customers would ask if his centre offered massages and “extra” services, other than reflexology. Like most in the business, they have no choice but to disguise their operations under such centres. He sourced his “masseuses” from China and Vietnam, among other countries. 

They enter the country with social visit visas. The team learnt that Selangor had, since 2009, frozen the issuance of permits for massage services and allowed only reflexology and foot massage centres to operate. The president of a municipal council told the team that it was easy to detect illegal massage parlours, as those set up after 2008 were unlicensed. 

After the issue of licencing was out of the way, operators of these vice dens often have to deal with enforcers, including those from the local authority that issued them the permit, as well as the police and Immigration. 

Greasing the palms of authorities would give these operators some leeway. This would cost them between RM500 and RM1,000 a month for each agency to look the other way. Paying them would free the operators from having to observe otherwise stringent regulations, including observing their “reflexology” centres’ 1am closing time. 

They do not have to worry about employing illegal foreigners or having workers decently attired or sending them for medical check-ups every six months. Other rules that they get to circumvent include those that state such premises have to be properly lit, doors kept unlocked during operating hours, no partitions installed and that customers had to have their identification details recorded. 

These are requirements that prostitution dens are unlikely to observe. In one district that the team studied, the officer in charge of a nearby police station gets a monthly “income” of RM500 from each owner of a centre there running the illicit flesh trade. 

Another policeman in charge of another station, when asked about the goings-on in the area under his jurisdiction, responded with the familiar refrain: “That comes under the jurisdiction of the local authority”. The team contacted Malaysian Anti-Corruption Commission Investigations and Intelligence chief Datuk Azam Baki to ask why this had been allowed to go on. 

The commission, he said, was aware that some personnel in enforcement agencies were in cahoots with operators of prostitution dens in the state. “Their activities have not gone undetected. 

It is a let-down because these people, who are supposed to uphold and enforce the law, can be so easily bought, allowing crime to take place. “We are on the pulse of what is going on and will come in to stop this nonsense, but at the same time, we are hopeful that the heads of these agencies, including those on the ground, will do their part to make sure there are no rogue officers among them.”

Read More : http://www.nst.com.my/news/2015/10/turning-blind-eye-vice-dens

Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, panel bebas SPRM Mahu Kerajaan Laksana Segera Syor Penambahbaikan Undang-undang Rasuah




JAWATANKUASA Khas Mengenai Rasuah (JKMR), salah satu daripada lima panel bebas yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mahu kerajaan melaksanakan kesemua syor yang pernah dikemukakan demi memperkasakan SPRM dan mewujudkan persekitaran bebas rasuah di Malaysia.

JKMR berpandangan bahawa meskipun beberapa syor dan cadangan telah dikemukakan untuk penambahbaikan undang-undang pencegahan rasuah, tetapi sehingga kini masih belum dibawa ke Parlimen dan dilaksanakan.

“Ini tahun ketiga saya menjadi Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah... kami telah mencadangkan perubahan-perubahan ke atas Akta SPRM 2009 bagi membawa penambahbaikan demi memperkukuhkan SPRM.

“Tetapi sehingga kini belum ada pembentangan di Parlimen,” kata Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang ketika berucap pada majlis Penyerahan Laporan Tahunan SPRM dan Ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah 2014 di Bangunan Parlimen hari ini.

 “Saya tidak pasti sama ada perubahan ini akan dibawa ke Parlimen pada sesi ini (yang akan  bermula 19 Oktober 2015), tetapi saya berharap pindaan-pindaan yang telah disyorkan sebelum ini akan dibawa sebelum penggal saya sebagai ahli Dewan Negara berakhir April 2016,” kata Tan Sri Abu Zahar.

Antara perkara yang pernah disyorkan ialah pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah Malaysia, aspek pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM di bawah Perlembagaan Persekutuan, pindaan Seksyen 23 dan 36 Akta SPRM 2009, serta mewujudkan peruntukan liabiliti korporat dan salah laku penjawat awam.

Tan Sri Abu Zahar berkata, JKMR yang dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen berkomited untuk melihat perubahan dan penambahbaikan dilaksanakan bagi memperkasakan SPRM, yang dibentuk pada Januari 2009, supaya ia menjadi sebuah suruhanjaya yang lebih bebas.

“Kami, ahli JKMR komited untuk melaksanakan perubahan supaya dapat mewujudkan persekitaran bebas rasuah di Malaysia. Justeru, syor dan cadangan sudah dikemukakan, dan kami berharap syor ini menjadi kenyataan dengan pindaan dibawa ke Parlimen," kata beliau.

Pada masa yang sama, Tan Sri Abu Zahar berharap SPRM akan terus bertindak dengan bebas, telus dan profesional sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta SPRM 2009.

“Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim telah memberi penjelasan mengenai isu semasa kepada saya dan ahli JKMR. Saya telah meminta beliau supaya menjalankan tugas yang diamanahkan dengan bebas dan profesional.

“Kita perlu ikut undang-undang, kita perlu praktikal, serius dan tanpa membuat andaian-andaian awal yang tidak berasas. 
Bagaimanapun jika siasatan SPRM mendapati ada pihak yang melakukan kesalahan, kita tidak boleh berkompromi. JKMR akan menyokong tindakan-tindakan yang diambil oleh SPRM,” kata Tan Sri Abu Zahar.

Tan Sri Abu Zahar juga mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Abu Kassim yang hadir pada majlis penyerahan Laporan Tahunan dan Ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah 2014 kepada ahli-ahli JKMR, hari ini.

“Walaupun Tan Sri Abu Kassim keuzuran selepas menjalani pembedahan yang besar pada Ogos lalu, di mana cuti sakit beliau hanya berakhir pada hari ini (16 Oktober), beliau sanggup datang untuk menyerahkan laporan tahunan kepada kami.

“Tan Sri Abu Kassim datang atas rasa tanggungjawab beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya walaupun pakar menasihatkan bahawa beliau memerlukan masa tiga hingga enam bulan untuk pulih sepenuhnya. Kami ucapkan terima kasih kepada beliau,” kata Tan Sri Abu Zahar.

Pertemuan dengan ahli-ahli JKMR hari ini merupakan yang pertama bagi Tan Sri Abu Kassim yang menjalani pembebadan pada 7 Ogos 2015.

Penyerahan kedua-dua Laporan Tahunan dan Ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, salah satu daripada lima panel bebas yang memantau perjalanan SPRM.

JKMR akan memeriksa Laporan Tahunan SPRM dan Ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah yang memperincikan perjalanan Suruhanjaya di bawah Akta SPRM 2009 sebelum mengeluarkan laporan tahunannya, yang akan dikemukakan kepada kerajaan dan Ahli-ahli Parlimen.

Ahli JKMR terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen iaitu Tan Sri Abu Zahar;  Dr. Tan Seng Giaw, Senator Datuk Doris Sophia Anak Brodi, Datuk Ir Irmohizam Ibrahim, Datuk Fauzi Abd Rahman, Dato' Takiyuddin Hassan dan Datuk Noraini Ahmad.

Mengenai pencapaian sepanjang tahun 2014, Tan Sri Abu Kassim berkata, "sesungguhnya 2014 merupakan tahun yang amat mencabar tetapi penuh bermakna bagi SPRM.

"Pelbagai perkembangan dan pencapaian besar di peringkat domestik mahupun antarabangsa berjaya dikecapi hasil usaha gigih dan sokongan semua pihak," kata beliau.

Gabungan antara komponen transformasi dan dasar Merakyatkan SPRM telah memberi nafas baharu kepada SPRM untuk merealisasikan visi dan misi yang direncanakan.

Tan Sri Abu Kassim berkata, masyarakat meletakkan harapan yang sangat tinggi ke atas SPRM. "Harapan masyarakat ini adalah amanah yang wajib dilaksanakan SPRM sedaya upaya demi negara tercinta," katanya.
Dalam pada itu, Ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah 2014 menyebut bahawa SPRM telah mencapai pelbagai kejayaan terutama sekali dalam bidang operasi.

"Pada masa yang sama tahun 2014 juga telah mencatatkan pelbagai cabaran yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk dibawa ke tahun-tahun seterusnya," kata Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, yang merupakan satu lagi panel bebas yang memantau SPRM.

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah juga mengeluarkan Ulasan Tahunan yang merupakan satu bentuk laporan tahunannya panel itu.

Dalam Ulasan 2014, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah juga menggariskan lima syor iaitu SPRM diberi amanah untuk melaksanakan proses tapisan keutuhan berkaitan jawatan penting Syarikat-syarikat Berkepentingan Kerajaan dan Syarikat-syarikat Milik Kerajaan, mewujudkan peruntukan salah laku pegawai awam, mengenakan hukuman setimpal ke atas penjawat awam yang didapati bersalah atas pertuduhan tatatertib, dan mengadakan peruntukan kesalahan liabiliti korporat.

Menurut Lembaga itu, cadangan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah Malaysia dan kenaikan status Ketua Pesuruhjaya SPRM menjadi satu jawatan yang setanding dengan Ketua Audit Negara dan para hakim, perlu dipercepat dan disegerakan pelaksanaan.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

Syarikat Berurusan Dengan Kerajaan Akan Diwajib Tandatangan Ikrar Integriti Korporat


SYARIKAT-syarikat pembekal yang berurusan dengan kerajaan akan diwajib menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) iaitu satu bentuk mekanisme kawalan dalaman, yang boleh menyumbang ke arah persekitaran bebas rasuah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, beliau akan mengemukakan cadangan itu kepada Kementerian Kewangan dan juga kepada Kabinet dalam waktu terdekat.
“Memandangkan kerajaan merupakan pelanggan terbesar, kerajaan perlu melaksanakan peraturan supaya setiap syarikat pembekal perlu menandatangani CIP.

“Langkah tersebut merupakan permulaan bagi menunjukkan komitmen syarikat agar tidak melakukan jenayah rasuah serta memastikan syarikat berkenaan mempunyai sistem khusus membanteras rasuah,” kata beliau ketika berucap pada majlis penutup Bengkel Pemantauan CIP di Kuala Lumpur hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wira Hj Mustafar Ali dan Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, Dato' Mohamad Yusoff Akope juga hadir.
Di SPRM, CIP terletak di bawah penyeliaan Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan.

CIP merupakan satu dokumen yang membenarkan sesebuah syarikat atau agensi membuat komitmen mendukung prinsip mencegah rasuah. Pihak yang menandatangani CIP berikrar dan berjanji untuk tidak terlibat dalam sebarang perlakuan rasuah dan melaksanakan usaha-usaha pencegahan rasuah secara berterusan.

Pada bengkel kali ini, wakil dari 38 organisasi sektor kerajaan dan swasta yang pernah menandatangani CIP sejak tahun 2012 telah menghadiri Bengkel Pemantauan CIP yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini diadakan bagi melihat semula sejauh mana inisiatif-insiastif yang dikemukakan dalam CIP telah dilaksanakan oleh pihak yang telah menandatangani CIP. Selain itu, ia juga bertujuan untuk merumuskan semua amalan baik sekali gus dijadikan contoh kepada industri yang terlibat. Organisasi yang terlibat kali ini terdiri daripada lima industri iaitu kesihatan, majlis perbandaran, pendidikan, yayasan dan perkhidmatan air.

Dalam pada itu, Dato' Paul Low turut memberitahu bahawa sijil pengiktirafan ISO 37001 yang merupakan ukuran kawalan sistem pencegahan rasuah bagi membantu syarikat melaksanakan sistem pengurusan yang efektif, dijangka akan dilaksanakan akhir tahun 2016.

“Ketika ini ISO 37001 masih lagi di peringkat perangkaan badan dunia sistem piawaian dan dijangka akan selesai pada September tahun depan.

“Sehubungan itu, syarikat pembekal boleh memilikinya nanti agar kita tahu syarikat tersebut mencapai standard antarabangsa dalam sistem pencegahan rasuah,” jelas beliau ketika sidang media.

Pada sidang media yang sama, beliau berkata, sesi Parlimen kali ini yang bermula 19 Oktober 2015, tidak akan membahaskan sebarang undang-undang berkenaan antirasuah.

Sebaliknya kata Dato' Paul Low, beliau akan terus berusaha untuk melaksanakan syor dan cadangan bagi memperkukuhkan SPRM sebagai sebuah institusi pencegahan rasuah.

“Kita mahu SPRM lebih bebas dan mempunyai sumber yang cukup serta menjalankan tanggungjawab sebagai suruhanjaya bebas yang berasingan,” kata beliau sambil merujuk kepada keperluan diadakan suruhanjaya perkhidmatan tersendiri bagi SPRM.

Katanya, peruntukan berkaitan liabiliti korporat yang sedang dipertimbangkan dijangka akan dibawa ke Parlimen pada awal tahun depan.


SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

SPRM selesai 85 peratus kes rasuah tahun lalu

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyelesaikan 85 peratus atau 781 daripada 919 kertas siasatan yang dibuka pada 2014 berbanding 81.6 peratus pada 2013 dan 75 peratus pada 2012. 


Menurut kenyataannya hari ini, bilangan pertuduhan yang dibawa ke mahkamah juga meningkat kepada 317 tahun lepas daripada 289 pada 2013. 

"Begitu juga dengan jumlah denda yang dikenakan mahkamah ke atas pesalah rasuah telah meningkat kepada RM13 juta pada 2014 berbanding RM11.6 juta pada 2013," menurut kenyataan itu. 

Daripada 919 kertas siasatan itu, 326 atau 35.5 peratus membabitkan kesalahan menerima rasuah, memberi rasuah (159 atau 17.3 peratus), tuntutan palsu (283 atau 30.8 peratus), salah guna kedudukan (69 atau 7.5 peratus) dan 82 kesalahan lain. 

Menurut SPRM, pencapaian dari segi kadar sabitan masih berada di paras baik iaitu 78 peratus berbanding 54 peratus ketika SPRM dibentuk pada 2009. Dalam pada itu, aset bernilai RM2.8 juta dilucuthakkan pada 2014. 

SPRM berkata, pencapaian itu adalah hasil program transformasi sektor operasinya melalui pelaksanaan pendekatan pengurusan siasatan berpasukan (MTI). 

Ia menarik perhatian bahawa program transformasi SPRM memberi fokus kepada sektor operasi, modal insan dan pencegahan yang dilaksanakan secara berperingkat sejak 2010. 

Dalam pada itu, SPRM telah membuka 136 kertas pemeriksaan dan perundingan yang menghasilkan 231 cadangan penambahbaikan yang telah dikemukakan kepada agensi kerajaan dan swasta. 

Ia termasuk syor penambahbaikan sistem dan prosedur kerja berkaitan penguatkuasaan dan pentadbiran tanah di Cameron Highlands, isu yang menjadi perhatian ramai tahun lepas, kata kenyataan itu. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/89879

Thursday, October 8, 2015

KES RASUAH: SPRM TUDUH EMPAT PEGAWAI TLDM TERMASUK PASANGAN SUAMI ISTERI

EMPAT pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) termasuk pasangan suami isteri didakwa di Ipoh, Perak hari ini, 8 Oktober 2015 berhubung kesalahan menerima rasuah, yang dipercayai ada kaitan dengan urusan pembekalan barangan ke TLDM.

Daripada empat tertuduh itu, seorang merupakan pegawai kanan yang didakwa dua minggu lalu dan hari ini didakwa berhubung kesalahan pengubahan wang haram.

Kesemua mereka merupakan sebahagian pegawai TLDM yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Mac 2015.

Leftenan Komander Rozlin Mustafa, 33, yang memegang jawatan sebagai Pegawai Kawalan Material 3, Depot Bekalan Armada TLDM Lumut ketika ditahan oleh SPRM, menghadapi dua pertuduhan di bawah seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 iaitu menerima rasuah.

Di bawah pertuduhan pertama, Rozlin dituduh menerima suapan daripada Hussin Roslim @ Roslind melalui suaminya, Leftenan Komander Rizalman Ghazali, wang suapan sebanyak RM30,011.44 melalui sekeping kad ATM Affin Bank sebagai upah meluluskan kerja-kerja pembekalan bernilai RM1,363,317.95 kepada syarikat di mana Hussin mempunyai kepentingan.

Bagi tuduhan kedua pula, tertuduh dituduh menerima suapan daripada Hussin melalui suaminya wang suapan bernilai RM200,000 melalui sekeping kad ATM Affin Bank sebagai upah meluluskan kerja-kerja pembekalan bernilai RM1,363,317.95 kepada syarikat di mana Hussin mempunyai kepentingan.

Kedua-dua kesalahan tersebut didakwa dilakukan pada 15 Oktober 2014 dan 2 Januari 2015.

Sementara itu,  Rizalman, 36, dikenakan empat pertuduhan di bawah seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009, menerima suapan daripada Hussin bagi pihak isterinya yang meluluskan kerja-kerja pembekalan kepada syarikat-syarikat di mana Hussin mempunyai kepentingan.

Empat pertuduhan yang dikenakan ke atas Rizalman adalah seperti berikut:

Pertuduhan pertama - menerima daripada Hussin wang suapan RM175,841.41 melalui sekeping kad ATM CIMB Prefered bagi pihak isterinya sebagai upah meluluskan kerja-kerja pembekalan bernilai RM1,363,317.95 kepada syarikat di mana Hussin mempunyai kepentingan.

Pertuduhan kedua - menerima daripada Hussin wang suapan RM15,000 melalui sekeping kad ATM CIMB Prefered bagi pihak isterinya sebagai upah meluluskan kerja-kerja pembekalan bernilai RM1,363,317.95 kepada syarikat di mana Hussin mempunyai kepentingan.

Pertuduhan ketiga – menerima daripada Hussin wang suapan bernilai RM30,011.44 melalui sekeping kad ATM Affin Bank bagi pihak isterinya sebagai upah meluluskan kerja-kerja pembekalan bernilai RM1,363,317.95 kepada syarikat-syarikat di mana Hussin mempunyai kepentingan.

Pertuduhan keempat - menerima daripada Hussin iaitu wang suapan  RM200,000.00 melalui sekeping kad ATM Affin Bank bagi pihak isterinya sebagai upah meluluskan kerja-kerja pembekalan bernilai RM1,363,317.95 kepada syarikat di mana Hussin mempunyai kepentingan.Kesemua kesalahan didakwa dilakukan antara bulan Oktober 2014 sehingga Januari 2015 di No 16, Persiaran Venice Intan 5/1, Desa Sri Manjungg, Manjung Perak.

Jika disabitkan kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan mana-mana yang lebih tinggi.

Dalam pada itu, Leftenan Kuvendran Sukumaran, 32, yang pada masa itu bertugas di Material 2, Depot Bekalan Armada TLDM, Lumut telah menghadapi empat pertuduhan di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaaan iaitu sebagai penjawat awam menerima barangan berharga tanpa balasan.

Empat pertuduhan yang dikenakan ke atas Kuvendran adalah seperti berikut:

Pertuduhan pertama – menerima suapan daripada Mohd Nasir Abdullah wang bernilai RM68,471.97 melalui sekeping kad Debit CIMB di mana syarikat Mohd Nasir mempunyai kepentingan dan ada hubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Pertuduhan kedua – menerima suapan daripada Mohd Nasir Abdullah wang bernilai RM10,000 melalui sekeping kad Debit CIMB di mana  syarikat Mohd Nasir mempunyai kepentingan dan ada hubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Pertuduhan ketiga – menerima suapan daripada Mohd Nasir Abdullah wang bernilai RM4,500 melalui sekeping kad Debit CIMB di mana  syarikat Mohd Nasir mempunyai kepentingan dan ada hubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Pertuduhan keempat – menerima suapan daripada Mohd Nasir Abdullah wang bernilai RM22,000 melalui sekeping kad Debit CIMB di mana  syarikat Mohd Nasir mempunyai kepentingan dan tugas rasmi dengan tertuduh.

Keempat-empat kesalahan berikut didakwa dilakukan antara Januari dan Oktober 2014 di sekitar Lumut, Manjung Perak.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah semasa pertuduhan dibacakan di Roslin, Rizalman dan Kuvendran, dan minta dibicarakan.

SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azah Kasran.

Hakim Rihaida Rafie membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan iaitu sebanyak RM20,000 terhadap Rozlin manakala sebanyak RM40,000 terhadap Rizalman.

Sementara itu, mahkamah turut membenarkan jaminan sebanyak RM32,000 iaitu sebanyak RM8,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Kuvendran.

Kesemua tertuduh juga diarahkan untuk menyerahkan pasport.
Kes akan disebut semula pada 11 November 2015.

Dalam pada itu, seorang pegawai TLDM yang berpangkat Kapten mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan pengubahan wang haram.

Kapten Abdul Aziz Gaffor, 54, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh.

Pada 17 September 2015, tertuduh telah dikenakan tujuh pertuduhan oleh SPRM di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan di mahkamah yang sama.

Tertuduh merupakan sebahagian daripada pegawai TLDM disiasat oleh SPRM sejak Mac 2015.

Kapten Abdul Aziz yang ketika itu bertugas sebagai Pegawai Pemerintah Depot Bekalan Armada TLDM di Lumut, didakwa di bawah kesalahan seksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 iaitu terlibat dalam pengubahan wang haram.

Berikut lima pertuduhan membabitkan Kapten Abdul Aziz, yang dibacakan di bawah seksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001:

Pertuduhan pertama - menerima sekeping cek Maybank bernilai RM300,000 daripada Hussin Roslim@Roslind melalui akaun Maybank pihak ketiga milik AD Julian Lawrence. Kesalahan ini didakwa dilakukan di Maybank Cawangan Lumut.

Pertuduhan kedua - menerima sekeping cek CIMB bernilai RM60,000 melalui akaun Maybank pihak ketiga milik  iaitu AD Julian Lawrence. Kesalahan didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan Sri Manjung, Manjung.

 Pertuduhan ketiga - menerima Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti secara Elektronik Masa Nyata (rentas) sebanyak RM300,000, melalui cek CIMB Islamic milik Fiqnis Tech Engineering bernilai RM307,000, dimasukkan ke dalam akaun Maybank pihak ketiga milik AD Julian Lawrence. Kesalahan didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan Seri Manjung, Manjung.

Pertuduhan keempat - menerima pindahan Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti secara Elektronik Masa Nyata (rentas) berjumlah RM30,000 daripada Hussin melalui akaun CIMB milik akaun pihak ketiga milik Zuraifah Syahirah Khalid. Abdul Aziz melakukan kesalahan pada itu di Lembaga Tabung Haji Cawangan Sitiawan, Manjung.

Pertuduhan kelima - menggunakan wang Tabung Haji milik Hussin melalui  sekeping kad Debit Bank Islam bernilai RM150,000. Kesalahan didakwa dilakukan di No 16 Persiaran Venice Intan 5/1, Desa Manjung Seri Manjung, Manjung .

Abdul Aziz didakwa melakukan kesalahan tersebut antara bulan Jun 2014 hingga Mac 2015.

Jika disabitkan kesalahan di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tidak melebihi 15 tahun dan denda sehingga RM5 juta atau lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau, yang mana lebih tinggi.

SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azah Kasran.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM50,000 iaitu RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin sementara tertuduh pasport ditahan. 

Kes disebut semula pada 11 November 2015.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
8 OKTOBER 2015